Muslim di Beijing




   Baru setahun jagung, bukan lah sekadar setahun jagung *ewahhh* Makin lama, makin banyak pengalaman, yeah ini sememangnya betul lah. Okay, pernah jugak orang tanya, "Orang sana pandang kita macam mana weh? Apa diorang cakap? Orang sana Islamophobia tak?" Banyak lagi lah soalan tapi lebih kurang sama je maksudnya. Jadi, apa reaksi sis dan rakan-rakan bila dapat soalan macam ni?


   Waktu sem 1, banyak sangat benda yang aku sendiri tak boleh nak cakap dalam bahasa Mandarin. Kosa kata bukan banyak sangat pun. Nak cakap omputih pun sama, tergagap-gagap je. Kadang nak soal jawab pasal agama kita sendiri tak mudah kalau tak tahu, bukan? Kalau soalan tu yang memang dah ada isi dan idea untuk jawapan, sis jawab tapi kalau soalan tu betul-betul mencabar, kita KIV dulu lah. Jadi, sebagai langkah untuk menyelesaikan KIV query tu, kami tanya seniors lah paling convenient sekali. InshaAllah depa bantu.





   Antara soalan yang selalu diajukan ialah (pengalaman sendiri dan kawan-kawan): 


"Kenapa kena pakai tudung?"

"Kenapa lelaki Islam boleh kahwin 4, kenapa ada sesetengah negara Islam undang-undang dia benarkan kahwin 3 je?"

"Kenapa tak makan daging?" [situasinya bila pergi restoran nak makan, lepas tu foreigners order daging ayam, Malaysian students pulak order sea food je haa]

"Waktu solat awak baca apa? Apa kepentingan awak bersolat? Nabi Muhammad tu dikira sebagai hero dalam agama awak? Siapa nama Tuhan awak?"



   Haa itu lah antara soalan yang sis ingat. Kadang ketar lidah nak jawab weh tapi gigihkan diri jugak. Sebab soalan-soalan ni ditanya dengan penuh hemat setakat ni, tak de la pulak orang meninggi suara ke apa. Jadi, kita pun kena lah jawab dengan berhemah :) Dalam banyak soalan yang ditanya, paling femes "Kenapa kena pakai tudung?" Haa sebab tu paling obvious sekali mungkin. 



   Selain itu, bila berkawan dengan foreigners ni pun ada banyak benda yang boleh kita share, tentang negara mereka, tentang negara kita. Mereka tahu je pasal pengeboman negara Arab sekarang, pasal peristiwa yang kononnya melibatkan militan. Ada juga di antara kawan-kawan foreigners yang tahu pasal Syiah, Sunnah tapi tidaklah secara mendalam. Ada juga yang tahu tentang kekejaman Zionis Laknatullah terhadap Palestin, tetapi mereka tidak menangkan sesiapa. Ada sesetengah mereka mengatakan kedua-dua negara itu yang bersalah. Jadi? Banyak perkara sebenarnya yang ada dalam kepala otak mereka tapi tak berapa nak sahih, ye idok? 



   Pernah juga, disoal oleh guru di dalam kelas tentang Presiden Rusia terkini tentang tindakannya sekarang, adakah kami suka terhadap beliau? Woah soalan! Saya tidak mengangkat tangan. Kemudian disoal, "Mengapa?" Ahah! Jawapan guru saya kerana Presiden Rusia boleh digambarkan sebagai seorang lelaki yang kuat kerana dia telah meluaskan kuasanya dengan menakluki beberapa kawasan (macam belajar Sejarah dekat sekolah dulu). Nampak tak macam mana mereka memandang isu dunia kini?



   Semasa dalam teksi, otw ke Beijing Language and Culture University kami pernah juga disoal mengenai MH370. Giler kau, hakhak, pak cik drebar teksi nak menang jugak waktu tu, ilmu dia pun gempak! Pak cik ada cakap dia takut nak pergi Malaysia, nanti dia mati sebab kapal terbang terhempas. Sekali member balas, "Kalau naik kapal terbang pergi Malaysia terhempas, kami selamat je sampai dekat Beijing. Tak mati pun. Haa..." Senyap pak cik. Walau apapun, pengalaman naik teksi dengan traffic jam, sampai kena bayar lebih sikit lah malam tu memberi makna jugak lah. Seronok berbual dengan pak cik teksi :) 


  

   Ada lah lagi dua tiga kejadian yang melibatkan situasi dua hala sebegini. Baru setahun jagung kan... Apa yang aku nampak lah, setakat ni di mata sis yang baru hidup setahun dekat Beijing, orang-orang sana setakat ni okay je. Tak adalah main tarik-tarik tudung ke jubah ke. Ye lah, mereka kebanyakkannya Atheist, kadang benda macam ni baru di mata mereka. Contoh paling dekat, dengan guru-guru kami sendiri. Bila mana kita pergi trip sekolah dan masuk waktu solat. Jadi, kita bagitahu lah nak solat dan perkara berkaitan dengannya. Kenapa ada yang boleh solat, ada yang tak boleh solat *eh?* Kaum wanita lah. Lama-lama, mereka paham.


   Kita tak tahu macam mana orang lain beranggapan terhadap Muslim dan Islam itu sendiri. Nak baca fikiran orang lain pun tak boleh kan. Pengalaman macam ni sememangnya memberi seribu satu makna, banyak benda yang perlu kita buat. 





Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di sekelilingmu



Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?