Anjing Comel


   Orang kata haiwan kalau dekat dengan kita tanda dia suka kita. Yang jadi masalah, aku takut dengan anjing. Walaupun comel, tapi suka betul depa dekat aku ha. Pegi mana mana mesti ada je yg nk melekat.
   Boleh rituh duduk saje dekat Taman ATM (taman berdekatan dengan asrama sis) datang seekor anjing duk bertenggek dekat sebelah fulamak tuan dia panggil still ngendeng sebelah.
   Tak leh blah anjing macam werewolf kat Beiwai nuh. Woi bapak besar! Mana tak lari aku haaa *ni serious* Debor je kalau setiap kali lalu sebelah dia ha. Tuan dia rileks je lepas kan tali peh kalau dia gomol tu mahu menangis tak berlagu.
   Time beli basikal dulu, dalam reramai manusia yang bertudung dekat kedai basikal tu, pappp! Berdiri tegak, tak bergerak dah aku. Aku dapat merasakan geseran mulus kulit anjing dekat kaki fulamak. Sis dah nak menjerit tapi pak cik kedai basikal tu menenagkan aku. Eceh tapi malangnya anjing comel bulu gebu-gebas tu tak nak blah jugak.
   Lagi mencabar kalau dah solat kat tepi-tepi jalan sekali anjing lalu duk bergesek pehhhh ni memang dugaan. Ikutkan hati nak lari. Fuh cobaan~
   Dekat belakang Beiwai, ada satu gerai makan. Makanan dia dicucuk-cucuk macam sate. Selalunya aku panggil "cucuk-cucuk" tak pun "chuanr". Makanan dia ada sotong, meat ball, daging lembu, daging kambing dan sebagainya. Yang takleh blah, ada anjing yang setia berjalan ke hulur ke hilir dekat area cucuk-cucuk tu. How can people sit there and eat? Fuhhh aku punya fobia tu sampai ingat rupa anjing tu. Ada patut orang nak blah dari tempat cucuk-cucuk tu dia boleh follow sampai kat basikal? Fuh, mengharapkan aku bagi makanan eh, kesian tapi aku takut. Adoi, orang tempatan pun pandang pelik je dekat kita tapi apakan daya aku 😌
   Anjing yang menarik perhatian aku pun 4 beradik anjing kecil, kaki pendek, bulu kerinting-kerinting; yang setiap pagi pakcik yang menetap di rumah belakang asrama sis bawak berjalan pakai baju dengan stoking sekali. Comel je. Anjing-anjing jenis tu je la kot yang takut sikit dengan orang.
   Apa yang menarik sangat pasal anjing ni? Sebab aku rasa anjing dekat sana sangat banyak; ada saja di merata-rata tempat. Haaa tapi lawa lagi la daripada anjing-anjing dekat Malaysia; kang terkejut pulak jiran tetangga dekat Malaysia kalau ada orang bela anjing besar macam serigala tu. Takut esok lusa ada orang report polis, tak pun upload dekat sosial media pastu nanti keluar statement "Membawa darurat kepada anak-anak kecil serta umat Islam" *eh*

Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?