BTN Lipis 2015

Assalamualaikum WBT





   Dengan kudrat yang saya ada, izinkan saya menceritakan pengalaman di KBN Lipis bawah program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara KPM. Alhamdulillah, baru selesai semalam dengan penuh jaya! Serius, bagi saya kem BTN ini sudah mencapai matlamatnya untuk menanam jati diri yang selama ini bukanlah langsung tiada tetapi boleh dikatakan kurang.



   Bukanlah saya menidakkan semangat jati diri ini seolah-olah tiada atau kurang itu menyebabkan kita tidak cinta akan negara tetapi pendedahan serta pemahaman kita terhadap dasar negara menyebabkan berlaku pelbagai fenomena yang tidak perlulah saya perkatakan. Anda boleh berfikir sendiri. Jadi, sis teruskan ya dengan cerita BTN sis.



   Saya yakin, mindset orang kalau sebut BTN mesti “politiklah ni!”, “buang masa!” dan sebagainya tapi semua negative thinking itu menyebabkan semua orang berdebar dan banyaklah tohmahan. Kem kali ini disertai oleh pelajar tajaan KPM yang akan ke Beijing dan Jordan yang sememangnya sangat best!






   Serius saya cakap, pengisian BTN bawah program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara ini sangat baik dan menarik giler! Saya saja rasa macam ni? Tidak. Respon yang positif daripada budak-budak lain telah membuktikan kami semua sangat seronok dengan kem ini. 


Setiap aktiviti yang dijalankan ada objektifnya dan aktiviti yang saya paling suka ialah BERDEBAT. Peh, best sangat! Antara aktiviti yang ada pada setiap LDK yang diadakan ialah perbincangan, pemahaman bermulanya dari Gagasan 1 Malaysia, Dasar Perlembagaan dan topik-topik yang seterusnya. 

Saya dapat rasakan nikmat belajar ilmu baru ini apabila kita sendiri merasakan bahawa para fasilitator sememangnya memberikan penerangan yang tiptop! Yang sangat jelas, terbuka dan tidak ada yang berat sebelah. Paham? Ha, malam terakhir, kami perlu membuat persembahan mengenai lagu patriotik. Ada juga games yang dilaksanakan untuk menguji kemahiran serta pemikiran setiap orang dan daripada mata pemerhatian saya, semua peserta dalam kem ini sangat hebat! Setiap orang ada idea tersendiri, ada pemikiran yang sangat jauh dan kata-kata yang tajam.

   Semestinya kem ini turut dijayakan oleh para fasilitator yang sangat berkaliber dan penyampaian isi yang sememangnya daebak! Sungguh saya cakap, sedih hendak tinggalkan kem itu, ketua penyelaras program; Kak Mira pun dah menjalankan tugas dengan sangat baik! Memang padu! 






   Ok, sambung! Jangan kita anggap kem ini sebagai satu benda yang bosan dan satu pembaziran. Kalau berkeras juga, cubalah, sekurang-kurangnya cuba untuk buka minda, hati untuk hari pertama, barulah ilmu itu meresap, hadam. Gigihkan jiwa. InshaAllah, outcome tu dapat je nanti.


    Kem BTN untuk pelajar ke luar negara ini tak ada aktiviti lasak. Nanti injured pula. Hari terakhir kem akan ada ujian. Objektif semua, 40 soalan. Buku panduan 1 Malaysia turut diberikan untuk membantu kita menjawab soalan. Selain ujian bertulis, ada juga ujian fizikal. Jangan risau, walaupun namanya ujian fizikal tapi tidaklah seperti PLKN, ujian fizikal biasa-biasa saja macam ujian segak dekat sekolah dulu. Jadi, macam itulah cerita BTN sis di Kem Bina Negara, Lipis, Pahang. Amacam?



Ada pertanyaan?


Comments

  1. Assalamualaikum jiha :) Thanks sbb share info pasal kem btn ni. Btw, saya nak tanya, kita wajib pakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam ke nanti sewaktu kem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kem yang saya pergi, tak da pula kami berpakaijan sebegitu. Saya pernah dengar juga untuk berpakaian sebegitu, tapi pendapat saya ikut jenis program yang disertai mungkin.

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online