Kita Sama



Kian gelap penuh noda
Makin tunduk dengan bisikan dusta
Bebas melangkah ke mana sahaja
Tidak sedar tempatnya di dunia

Rahsia kini terbongkar
Sini sana jalan semakin indah
Curahan suci membuang prasangka
Perlu kau sedar dunia kan fana'


Saat ku sebut indah nama-Mu
Berderai laju air mataku
Moga Kau sedar apa kataku


Ku bergelut untuk bernafas
Bukan mudah untuk ku gapai
Kerna tahu jalan berliku 
Bantulah aku selalu

Ku bicara sendiri
Bukan terus meratapi
Kisah silam yang menghantui
Kerna peluang bukan sekali

Andai jatuh jangan berundur
Bangkit lalu kau terus gempur
Genggam semangat juang itu
Engkau mampu


Fatamorgana dunia
Memudarkan cahaya terang
Kentalkan jiwa untuk benar
Kita sama

Sedarlah
Kita sama



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online