Saturday, 15 August 2015

BTN Lipis

Assalamualaikum WBT





   Dengan kudrat yang aku ada, izinkan aku menceritakan pengalaman di KBN Lipis bawah program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara KPM. Alhamdulillah, baru selesai semalam dengan penuh jaya! Serius, bagi aku kem BTN ni sudah mencapai matlamatnya untuk menanam jati diri yang selama ni bukanlah langsung tiada tetapi boleh dikatakan kurang dalam diri setiap orang.


   Bukanlah aku menidakkan semangat jati diri ini seolah-olah tiada atau kurang itu menyebabkan kita tidak cintakan negara tetapi pendedahan serta pemahaman kita terhadap dasar negara menyebabkan berlaku pelbagai fenomena yang tidak perlulah aku perkatakan. Anda boleh berfikir sendiri. Jadi, aku teruskan ya dengan cerita BTN aku.


   Aku yakin, mindset orang kalau sebut BTN mesti “politiklah ni!”, “buang masa!” dan sebagainya tapi semua negative thinking itu menyebabkan semua orang berdebar dan banyaklah tohmahan. Kem kali ini disertai oleh pelajar tajaan KPM yang akan ke Beijing dan Jordan yang sememangnya sangat best!





   Serius aku cakap, pengisian BTN bawah nama program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara ini sangat baik dan menarik giler! Aku je rasa macam ni? Tidak. Respon yang positif daripada budak-budak yang lain telah membuktikan kami semua sangat seronok dengan kem ni. Setiap aktiviti yang dijalankan ada objektifnya, dan aktiviti yang aku paling suka ialah BERDEBAT. Pehhhhhh, best sangat! Antara aktiviti yang ada pada setiap LDK yang diadakan adalah perbincangan, pemahaman bermulanya dari Gagasan 1Malaysia, Dasar Perlembagaan dan topik yang seterusnya. Aku dapat rasakan nikmat belajar ilmu baru ni pabila kita sendiri merasakan bahawa para fasilitator sememangnya memberikan penerangan yang tiptop! Yang sangat jelas, terbuka dan tidak ada yang berat sebelah. Paham? Haaa, malam terakhir, kami perlu membuat persembahan mengenai lagu patriotik. Memang best ah! Ada juga games yang dilaksanakan untuk menguji kemahiran serta pemikiran setiap orang dan daripada mata pemerhatian aku, semua peserta untuk kem ini sangat hebat! Setiap orang ada idea tersendiri, ada pemikiran yang sangat jauh dan kata-kata yang tajam.


   Semestinya kem ni turut dijayakan oleh para fasi yang sangat berkaliber dan penyampaian isi yang sememangnya daebak! Pehhhh... Terbaik... Sungguh la aku cakap, sedih nak tinggalkan kem tu, ketua penyelaras program; Kak Mira pun dah jalankan tugas dengan sangat baik! Daebak! Memang pehhhh! Aku pulak bercita-cita nak kerja bahagian BTN nanti cehhh...






   Ok, ok sambung! Jangan kita anggap kem ni satu benda yang bosan dan satu pembaziran. Kalau berkeras juga, cubalah, sekurang-kurangnya cuba untuk buka minda, hati untuk hari pertama tu, barulah ilmu tu meresap, hadam. Tajdid niat. Gigihkan jiwa. InshaAllah, outcome tu dapat je nanti.


    Kem BTN untuk pelajar ke luar negara ini tak ada aktiviti lasak. Nanti injured, haaaa, dah sakit. Cehhh.... Hari terakhir kem akan ada ujian. Objektif semua, 40 soalan. Buku panduan 1Malaysia turut diberikan untuk membantu kita menjawab soalan. Haaaa amekawwwwssss sampai cenggitu sekali. Jadi, macam gitulah cerita BTN aku di Kem Bina Negara, Lipis, Pahang. Amacam?



Ada pertanyaan?


2 comments:

  1. Assalamualaikum jiha :) Thanks sbb share info pasal kem btn ni. Btw, saya nak tanya, kita wajib pakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam ke nanti sewaktu kem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kem yang saya pergi, tak da pula kami berpakaijan sebegitu. Saya pernah dengar juga untuk berpakaian sebegitu, tapi pendapat saya ikut jenis program yang disertai mungkin.

      Delete

Tak salah nak bagi pendapat :)