Review: Rasa Damai Wellness, Kuantan - Pusat Refleksologi
Assalamualaikum WBT
Phew! Tak sangkanya, saya menulis blog dari zaman persekolahan, sehinggalah sekarang sudah dewasa, bekerja. Alhamdulillah, semoga ada manfaatnya kepada pembaca serta kepada saya. Sudah lama juga tidak menulis blog, agak kekok pula rasanya.
Pulang ke Kuantan, duduk bersama emak dan abah, berkursus di Kuantan selama 3 hari, memberi saya ruang dan masa yang lebih untuk beristirehat. Badan saya memang sengal-sengal, makin lama rasa memandu Lipis-Kuantan-Lipis buat badan saya lesu. Gembira berjumpa ayahanda bonda tersayang tetapi pinggang dan bahu juga sudah beri signal.
Jadi, saya Google dan akhirnya, jumpa tempat untuk urutan satu badan di Indera Mahkota 7. Apa lagi, terus saya buat tempahan dan hadir pada waktu yang dijanjikan. Sesi urutan satu badan selama 1 jam memang melegakan. Kak Azah juga pernah mengurut kaki saya yang terseliuh zaman saya belajar dulu. Urutan refleksologi kaki memang padu! Hilang sengal-sengal, malah dengan kelebihan Kak Azah ini, beliau mengurut sampai jumpa urat simpul dan membuatkan saya hampir menjerit kesakitan. Ketika itu, mereka membuka gerai urutan di Taman Kerang.
Uniknya, tukang urut di sini kesemuanya orang kurang upaya penglihatan. Emak yang mencadangkan kepada saya untuk berurut kerana kaki tidak sembuh-sembuh. Memang best! Untuk urutan seluruh badan pun saya request Kak Azah untuk mengurut. Harga juga sangat berpatutan! Selain urutan seluruh badan, terdapat juga pakej-pakej lain juga. Yang paling best, of course urutan refleksologi kaki.
Jadi, orang Kuantan, bolehlah mencuba untuk mengurut kaki, badan di sini!
Tambahan update hari ini, Sabtu 6 Jun 2026, sekali lagi saya ke sini untuk mengurut seluruh badan yang sengal-sengal. Sekali lagi juga, saya memilih Kak Azza untuk terapis hari ini. Legaaa sangat, sebelum-sebelum ni skala sakit 6/10, tapi hari ini, kerana sengal-sengal badan, sakit betul rasanya, 8/10 haha. Saya hanya mengetap gigi menahan sakit tempat yang di urut, terutama di bahagian pinggang, bahu dan betis. Thanks Kak Azza, next time, I'll come back here again.
Comments
Post a Comment
Ya, saya?