Buat Apa Selepas SPM?



Jyeah! Topik yang agak cliche mungkin. Walaupun begitu, boleh dikatakan penting juga sebenarnya kerana selepas SPM, bukanlah satu fasa untuk bermain-main lagi. Maksud saya, betul-betul selepas SPM iaitu waktu selepas mendapat result dan sebelum menyambung pelajaran.

"Lepas SPM nak kerja lah."

"Lepas SPM nak bercuti."

"Nak qada' tidur sepuas-puasnya!!!"

Antara dialog yang selalu dilontarkan, tapi tahu atau tidak tempoh nak sambung belajar itu 6 BULAN? Lama tu. Kalau nak kerja, okay, pergi lah, tapi ada 'kerja rumah' yang kita kena buat melainkan kita ni top student, ada rezeki lain, kita dah sambung belajar bermula pada bulan Januari ke, Februari ke.


Apa kerja rumah tu?

Selepas SPM, bukanlah fasa untuk mak abah kita yang memilih tempat kita belajar, bukanlah mereka yang sibuk-sibuk untuk kita (mereka akan terlibat sekali tapi fasa ini sangat penting untuk kita sendiri pun ambil berat). Kita yang kena bertindak sendiri. 

Selepas SPM, banyak soalan yang ditanya tentang form 6, matrikulasi, asasi dan diploma. Jadi, kerja rumah yang dimaksudkan adalah mencari segala maklumat yang kita sendiri perlu tahu dan bezakan.

Perlu ke? 

Kalau tanya saya, perlu! Kalau tak, macam mana nak sambung belajar kalau tak tahu langsung pasal tempat yang kita nak sambung belajar, kan? Lepas SPM, rajinkan Google dulu, cari segala info(s) dekat internet ni.

Google pasal apa? 

Okay. Lepas SPM, kita akan isi UPU. Sebelum isi UPU, apa yang kita perlu ada? Cita-cita. Ini penting. UPU ini untuk universiti awam, politeknik dan setarafnya lah. Jadi, kita boleh search pasal tempat-tempat yang nak pergi belajar nanti. Tak kisahlah awam atau swasta. 

Universiti awam ni, ada banyak tempat yang boleh pergi. Maksud saya asasi mahupun diploma. 

"Dekat mana nak baca pasal course yang ditawarkan? Apa pilihan degree kalau ambil asasi dekat mana-mana universiti?"

Mula-mula, search dekat laman web asasi universiti-universiti tersebutlah. Memang ada! Jangan risau. Baca saja pada laman web asasi tu. 

Kemudian, nak feeling lah konon-kononnya, bacalah blog students yang dah belajar dekat asasi-asasi tu ke, mahupun degree tu ke. Boleh? Jangan ambik mudah eh. Contoh, kau nak jadi chemical engineer lah kan, then kau pergi ambik asasi engineering dekat UIA. Untuk pengetahuan kita semua, asasi engineering dekat UIA tak menawarkan kos chemical engineer, mechanical, civil dan yang famous, yang well-known tu lah. UIA menawarkan Biotech engineering, Computer dan sebagainya (sila search). 

Sebab itu, kena search, apa peluang lepas kita masuk asasi dalam mana-mana universiti, okay? Contoh kedualah saya bagi. Kau dapat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER). Kau memang dah nekad, memang nak jadi pharmacist, tak perlu masuk ASPER sebab untuk program degree, UPM tak menawarkan bidang farmasi. Ha, nampak tak dekat situ? Alert, okay!


Benda paling penting sekali, buat kajian dalam mana-mana tempat yang kita nak sambung belajar. Tapi, ada kes lain! Kes apa? Apa? Apa? 


Andai kata, kita dah masuk asasi yang bila degree tak ada course yang kita minat, kita boleh apply degree dekat universiti swasta. Contohnya, dah masuk ASPER, alih-alih tak tahu pun tak ada degree for pharmacy, jadi boleh apply keluar daripada ASPER tu, masuk UNIKL (ke). Faham? UNIKL ada pinjaman MARA okay. So, boleh apply. Faham eh? Risiko dan pilihan sendiri lah selepas dah keluar dari universiti awam ni.

Selain itu, bukan sahaja kita cari info(s) pasal tempat nak sambung belajar, kalau rasa result gempak dan memenuhi syarat-syarat, boleh apply biasiswa. Nak fly overseas ke~ Ada juga ya biasiswa yang diberikan untuk pelajar yang keluarganya berpendapatan sederhana macam Tunas Potensi. Alert lah, baca segala syarat yang ditawarkan oleh mana-mana biasiswa. 


Laman web paling famous sangat lepas SPM adalah After School (klik) . Bagi saya lah, sangat lengkap, sangat berinformasi! 

Selain daripada itu, selalulah menjenguk MOE.GOV.MY (klik) untuk pemberitahuan permohonan ke IPG ke, Timur Tengah ke. 

Selain itu, daripada buka FB tapi tak tahu nak buat apa, bolehlah join group Halatuju Pendidikan Selepas SPM (klik) di FB. Banyak info(s) jugak yang diberi. Ingat, FB bukan untuk orang-orang tua sahaja (bak kata sesetengah orang). Rugilah orang yang tak guna social media untuk kebaikan.

Kalau yang result gempak kebabommm, selalulah jenguk laman web JPA ke, MARA ke, mana tahu nak apply overseas katekooo, sebab both of these websites, tarikh tutup permohonan sangat awal, so, peka! 

Zaman sekarang ni, makin ramai tau pelajar yang semakin pandai, seiring dengan pelan pendidikan negara. Tak ada dah bila dapat straight A's, orang nak offer terus pergi belajar dengan senang, pelajar straight A's pun kena apply jugak, jangan berangan offer nak datang berdessuuppp lepas dapat result tu. Usaha dulu, doa banyak-banyak.

Ingat ya, cari dulu maklumat yang boleh memudahkan pilihan kita. Nak tanya seniors pun boleh, mana tahu, nak sambung asasi ke, matrik ke, diploma ke, form 6 ke. Semuanya ada pros and cons, ikut lah kehendak masing-masing ya, sebab kita yang nak belajar.



MANA SATU LAGI BAGUS?

Saya nak tambah sikit lah; ramai yang tanya "Mana satu yang lebih bagus? Form 6 ke, matrik ke, diploma ke, asasi ke?" Erm. Soalan ni agak mencabar jugak. Seolah-olah tanya, "Mana satu kek yang sedap? Kek coklat ke, kek keju ke, kek red velvet ke?" Haaa gitu. Jadi, jawapannya apa? Soalan macam ni berbentuk umum sangat! Jawapan yang tak ada betul atau salahnya melainkan dalam beberapa keadaan (ini lain cerita). Listen! Eh, read this! 

Sebenarnya, sistem pendidikan yang anda tanya tu, semua ada pros and cons. Saya sendiri tak mampu nak bagitahu mana satu lebih baik sebab jawapan itu ada pada diri anda sendiri. Cakap-cakap orang memang banyak, sebab mereka dah melalui fasa itu. Mungkin awak dengar itu, awak dengar ini. Pastu kejap awak rasa down, kejap awak dah rasa give up habis. No no no. Jangan down awal sangat before awak dah lalui jalan-jalan tersebut. 

Jangan rasa serabut sangat nak pilih tempat belajar ni. At the end, awak akan tahu rasanya pabila Tuhan dah menetapkan sesuatu untuk awak, itulah yang terbaik dan awak perlahan-lahan redha dan selusuri apa sebenarnya yang Tuhan nak bagi dekat akitawak. 

"BERTENANG, BACA TIPS INI PULA."

Macam ni lah, langkah pertama; kita cari maklumat. Kalau boleh catat lah sikit-sikit. Tak semua benda kita boleh ingat. Kita buat catatan sendiri dan tengok apa-apa perbezaannya, sebarang pro and con, apa yang perlu kita ada dsb. Boleh nak bandingkan cerita-cerita seniors yang dah melalui zaman-zaman mereka tu; saya tak kata salah tapi kita sendiri kena ambil cerita tu dengan hati yang lapang. Bukan ambil bulat-bulat dan terus fixed kan keputusan kita. Istikharah sungguh-sungguh. 

Langkah kedua; pilih pilihan yang kita nak dekat UPU tu mengikut kemampuan kita, InshaaAllah ada rezeki, dapatlah. Kita kena fikir, cakap dengan hati; apa yang sebenarnya aku mampu? Apa jalan terbaik untuk aku? Apa yang aku minat sebenarnya? Apa cita-cita aku yang sebenar? Kalau rasa buntu sangat, kita boleh je nak buat ujian kerjaya ke. InshaAllah, itu pun antara jalan yang boleh tolong kita untuk fikir selanjutnya. Jangan terlalu yakin bahawa kita akan dapat apa yang kita nak. Maksud saya di sini, biar berlapang dada dalam setiap keputusan yang kita buat dan keputusan yang akan kita dapat. Istikharah sungguh-sungguh :)

Langkah ketiga; andai kata tak dapat pilihan UPU? Okay, kita masih lagi boleh buat rayuan. Lupa, selain isi dalam talian untuk penempatan ke asasi mahupun diploma, kita juga boleh memohon politeknik. Malah, boleh mohon tau untuk intake ketiga, keempat dan seterusnya (kena peka dan selalu lah tengok laman-laman web universiti; contohnya seperti UiTM). Kalau tak pun, matrikulasi, tingkatan enam pun masih ada tempat serta kolej-kolej swasta yang lain. 


EH, INFO PASAL KOLEJ SWASTA SIKIT

Eh jap! Cerita pasal kolej ni, banyak kolej yang berkualiti dan berjaya melahirkan ramai graduan yang hebat. Dari segi kewangan, memanglah agak payah tapi jangan risau, ada banyak pinjaman yang disediakan dan biasiswa yang ditawarkan. Yayasan negeri turut menawarkan pinjaman pendidikan. Banyak juga kolej-kolej mara yang menawarkan tempat untuk belajar kemahiran.

Langkah keempat; jangan give up dan terus down kalau tak dapat pilihan yang kita pilih. Jangan sedih yang ekstrem. Pegang semula janji Allah. InshaAllah, dengan hati yang terbuka, perlahan-lahan boleh terima jalan yang akan ditempuhi nanti. Pastikan sentiasa dengan Tuhan dalam setiap pilihan, setiap perjalanan yang kita hadapi ada Allah yang sentiasa bersama kita.

Tips di atas bukanlah tips luar biasa pun; memang kita akan lalui tiap-tiap hari tapi itulah, saya cuma nak tekan kan sikit saja supaya kita tak celaru sangat nak pilih tempat belajar, nak pilih course belajar dsb. Mungkin kita terlalu ghairah dalam satu-satu perkara sampai kita lupa nak redha dan akhirnya kita sendiri yang sakit sebab terlalu yakin. 


Ada yang beranggapan; "Buat apa nak tahu semua ni? Last-last, dapat juga tempat belajar?"

Erm, macam ni lah. Ini sebagai permulaan, dapat atau tidak; itu semua rezeki daripada Dia. Ini pun dah dikira awak berusaha nak cari peluang untuk diri sendiri so, why not kan? Banyak kot masa terluang lepas SPM tu. At least, kita tak ada lah rasa, "Ya Allah, dah apehal aku tak dapat ni? Pung pang pung pang..." Pastu give up. Tak ada rasa nak bangkit dan hanya ikut the flow je. Faham? Allah akan sentiasa tolong cuma kita merencana :) InshaAllah.

Dekat sini saya tekankan sikit, tips dekat atas ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan ditulis pada tahun 2015. Mungkin makin lama makin banyak perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia, jadi untuk mengetahui isu semasa pendidikan Malaysia dengan lebih lanjut, bolehlah sentiasa merujuk mana-mana laman web institut pendidikan.


Seperti mana Allah berpesan kepada kita, "Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain daripada Allah: dan ia tidak pula dapat membela dirinya. Pada saat yang demikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)18:43-44


Dekat sini sis bagi lah pengalaman temuduga sikit: UKCG 2015 (klik) Temuduga IPG 2015 (klik) 

 

SELAMAT MAJU JAYA

Comments

  1. Trima kasih atas info2 yang brguna..haha, saya dah "kurang bengong" dah after baca artikel akak ni...thanks

    ReplyDelete
  2. Thank u so much for the info...

    ReplyDelete
  3. Thank u so much for the info...

    ReplyDelete
  4. Hi saya amin. Is that true yg uia tak offerkan banyak kos engine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee, ngade kau eh. Bukan, maksud aku dekat situ, asasi engine dekat UIA bila sambung degree dia ada communications, computer and information, mechatronic, aerospace, automotive, manufacturing, biochemical and biotechnology, materials.

      Delete
  5. Kak, biasanya kalo biasiswa tu syarat yg diletakkan tu tinggi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya syarat yang diletakkan untuk biasiswa ada dinyatakan. Ada yang ikut kemampuan gaji, ada yang ikut gred dan sebagainya. Kena check balik.

      Delete
  6. Kalau nak amik bidang muzik kat mane ye?

    ReplyDelete
  7. Lepas saja spm ingat nk cari kerje senang la~~ Tp mostly dorg nak betul-betul 18 tahun ke atas... Bila interview of course la ada perasaan segan depan dorg.. terus kene reject.. Bila x dpt kerja menganggur.. Help me with some tips...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca blog ni http://jywrite.blogspot.kr/2017/01/perkara-tunggu-result-spm.html?m=1

      InshaAllah membantu.

      Delete
  8. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
    Satu perkongsian menarik tentang panduang untuk pelajar habis SPM. Jemput juga ke blog saya JY Write tentang 5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM

    JY Write

    ReplyDelete
  9. Thank you very much, very helpful! <3

    ReplyDelete
  10. Thanks akak.Your entry is really useful.

    ReplyDelete
  11. lagu ni baek ah kak

    ReplyDelete
  12. hehehe sangat membantu...trima kasih kak..

    ReplyDelete
  13. Masya-Allah, terima kasih atas perkongsian yang berguna kak. May Allah ease everything. ♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama :) May Allah ease your journey .

      Delete
  14. Do we use result trial for apply all of this things? Or we wait for result yg betul2? My trial result kinda teruk so im afraid nak apply univ .

    ReplyDelete
  15. Kalau nak jadi tourismt kat mana ade ekk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. chat wsp akak..akak jaga tourism dan pendidikan awal kanak-kanak 011-16930576..adik bole review blog https://studypelancongan.blogspot.com/2013/ jus share sedkkit...bidg tourism sgt luas prospek...tourism ni under hospitality..diapecah pd hotel..kulinari dan travel....adik kene decide nak pilih apa..if nak jd chef..go to culinary..dun waste time utk bljr semua bende sbb dlm tourism sgt luas scope...bidg kerjaya juga sgt luas....from manager to event planner......keje dgn cruise...flight attendant and cabin crew juga under tourism...ade niat nak jd stewardess?go for tourism...bykla lg....wsp la

      Delete
  16. info ya..utk adik2 yg berminat nak mohon diploma PAKK early childhood under UPSI-masih boleh la ni..silakan wsp akak cepat 011-16930576 utk info..tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online