Wednesday, 20 May 2015

Buat Apa Selepas SPM?





Jyeah! Topik yang agak cliche mungkin. Walaupun begitu, boleh dikatakan penting jugak sebenarnya kerana selepas SPM, bukanlah satu fasa untuk bermain-main lagi. Maksud aku, betul-betul selepas SPM iaitu waktu selepas dapat result dan sebelum sambung belajar.




"Lepas SPM nak kerja lah."

"Lepas SPM nak bercuti."

"Nak qada' tidur sepuas-puasnya!!!"


   Antara dialog yang selalu dilontarkan, tapi tahu tak tempoh nak sambung belajar tu 6 BULAN? Lama tu. Kalau nak kerja, okay, pergi lah, tapi ada 'kerja rumah' yang kita kena buat melainkan awak tu top student, ada rezeki lain, awak dah sambung belajar bermula pada bulan Januari ke, Februari ke.

Apa kerja rumah tu?


   Selepas SPM, bukanlah fasa untuk mak abah kita yang pilih tempat kita belajar, bukanlah mereka yang sibuk-sibuk untuk kita (mungkin mereka akan terlibat sekali tapi erm, fasa ini sangat penting untuk kita sendiri pun ambil berat). Kita yang kena bertindak sendiri. Selepas SPM, banyak soalan yang ditanya tentang form 6, matrikulasi, asasi dan diploma. Jadi, kerja rumah yang dimaksudkan adalah, mencari segala maklumat yang kita sendiri perlu tahu dan bezakan.


   Perlu ke? Kalau tanya aku, aku cakap perlu! Kalau tak, macam mana kau nak sambung belajar kalau tak tahu langsung pasal tempat yang kau nak sambung belajar, kan? Lepas SPM, rajinkan Google dulu, cari segala info(s) dekat internet ni. Jangan tahu nak tanyaaaaaaaa je tapi nak cari sendiri, malas. Lainlah kalau kita memang dah betul-betul buntu, haaa kes macam ni, nak tanya, tanyalah. 


Google pasal apa? 

   Okay. Lepas SPM, kita akan isi UPU. Sebelum isi UPU, apa yang kau perlu ada? Cita-cita. Ini penting. Kalau kau nak jadi engineer, banyak pilihan dekat UPU, dan isi. UPU ni untuk universiti awam, politeknik dan setarafnya lah. Jadi, kau boleh search pasal tempat-tempat yang nak pergi belajar nanti. Tak kisahlah awam ke swasta. 


   Universiti awam ni, ada banyak tempat yang boleh pergi. Maksud aku asasi mahupun diploma lah. Dekat mana nak baca pasal course yang ditawarkan? Apa pilihan degree kalau ambik asasi dekat mana-mana universiti? 




Mula-mula, search dekat laman web asasi universiti-universiti tersebutlah. Memang ada! Jangan risau. Jangan bagi alasan TAK JUMPA PUN~ Memang ada! Baca je lah dekat laman web asasi tu. 

Kemudian, nak feeling lah konon-kononnya, baca lah blog students yang dah belajar dekat asasi-asasi tu ke, mahupun degree tu ke. Faham? Kau jangan ambik mudah eh. Contoh, kau nak jadi chemical engineer lah kan, then kau pergi ambik asasi engineering dekat UIA. Untuk pengetahuan kau, asasi engineering dekat UIA tak menawarkan kos chemical engineer, mechanical, civil dan yang famous, yang well-known tu lah. UIA menawarkan Biotech engineering, Computer dan sebagainya lah (sila search). 

Sebab itu, kena search, apa peluang lepas kau masuk asasi dalam mana-mana universiti, okay? Contoh kedualah aku bagi. Kau dapat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER). Kau memang dah nekad, siap istikharah lagi dapat jadi pharmacist lah kan, tak payah lah masuk ASPER sebab untuk program degree, UPM tak menawarkan bidang farmasi. Haaa, nampak tak dekat situ? Alert, okay!




Benda paling penting sekali, buat kajian dalam mana-mana tempat yang kau nak sambung belajar. Tapi, ada kes lain! Kes apa? Apa beb? Apa? 


Andai kata, kau dah masuk asasi yang bila degree takda course yang kau minat, kau boleh apply degree dekat universiti swasta. Contohnya, kau dah masuk ASPER, alih-alih kau tak tahu pun takda degree for pharmacy, jadi, kau boleh apply keluar daripada ASPER tu, masuk UNIKL (ke). Paham? UNIKL ada pinjaman MARA okay. So, boleh lah apply. Paham eh? 


   Selain itu, bukan sahaja kita cari info(s) pasal tempat nak sambung belajar, kalau rasa result gempak, boleh lah apply biasiswa kan. Nak fly overseas ke~ Ada juga ya biasiswa yang diberikan untuk pelajar yang keluarganya berpendapatan sederhana macam Tunas Potensi. Alert lah, baca segala syarat yang ditawarkan oleh mana-mana biasiswa. 


Laman web paling famous sangat lepas SPM adalah After School (klik) . Bagi aku lah, sangat lengkap, sangat berinformasi! 

Selain daripada itu, selalulah menjenguk MOE.GOV.MY (klik) untuk pemberitahuan permohonan ke IPG ke, Timur Tengah ke. 

Selain itu, daripada buka FB tapi tak tahu nak buat apa, bolehlah join group Halatuju Pendidikan Selepas SPM (klik) di FB. Banyak info(s) jugak yang diberi.

Kalau yang result gempak kebabommmmm, selalulah jenguk laman web JPA ke, MARA ke, mana tahu nak apply overseas katekooo, sebab both of these websites, tarikh tutup permohonan sangat awal, so, peka! 


   Zaman sekarang ni, makin ramai tau budak yang semakin pandai, seiring dengan pelan pendidikan negara (cehhh). Tak ada dah bila kau dapat straight A's, orang nak offer kau pergi belajar dengan senang, budak straight A's pun kena apply jugak, jangan berangan offer nak datang berdessuuppp lepas dapat result tu. Usaha dulu eh, doa banyak-banyak, benda wajib kan, buat lah semua tu.


   Ingat eh, cari dulu maklumat yang boleh memudahkan pilihan kita. Nak tanya seniors pun boleh, mana tahu, nak sambung asasi ke, matrik ke, diploma ke, form 6 ke. Semuanya ada pro and con, ikut lah kehendak masing-masing ya, sebab kita yang nak belajar.


   Sis nak tambah sikit lah; ramai yang tanya "Mana satu yang lebih bagus? Form 6 ke, matrik ke, diploma ke, asasi ke?" Erm. Soalan ni agak mencabar jugak. Seolah-olah tanya, "Mana satu kek yang sedap? Kek coklat ke, kek keju ke, kek red velvet ke?" Haaa gitu. Jadi, jawapannya apa? Soalan macam ni berbentuk umum sangat! Jawapan yang tak ada betul atau salahnya melainkan dalam beberapa keadaan (ini lain cerita). Listen! Eh, read this! 



   Sebenarnya, sistem pendidikan yang anda tanya tu, semua ada pro and con. Saya sendiri tak mampu nak bagitahu mana satu lebih baik sebab jawapan itu ada pada diri anda sendiri. Cakap-cakap orang memang banyak, sebab mereka dah melalui fasa itu. Mungkin awak dengar itu, awak dengar ini. Pastu kejap awak rasa down, kejap awak dah rasa give up habis. No no no. Jangan down awal sangat before awak dah lalui jalan-jalan tersebut. Jangan rasa serabut sangat nak pilih tempat belajar ni. At the end, awak akan tahu rasanya pabila Tuhan dah menetapkan sesuatu untuk awak, itulah yang terbaik dan awak kena perlahan-lahan redha dan selusuri apa sebenarnya yang Tuhan nak bagi dekat awak. 





Macam ni lah, langkah pertama; awak cari maklumat. Kalau boleh catat lah sikit-sikit. Tak semua benda kita boleh ingat. Awak buat catatan sendiri dan awak tengok lah apa perbezaannya, apa pro and con, apa yang perlu awak ada dsb. Boleh awak nak bandingkan cerita-cerita seniors yang dah melalui zaman-zaman mereka tu; saya tak kata salah tapi awak sendiri kena ambik cerita tu dengan hati yang lapang. Bukan ambik bulat-bulat dan terus fixed kan keputusan awak tu eh. Istikharah sungguh-sungguh. 


Langkah kedua; pilih pilihan yang awak nak dekat UPU tu mengikut kemampuan awak, InshaaAllah ada rezeki, dapatlah. Awak kena fikir, cakap dengan hati; apa yang sebenarnya aku mampu? Apa jalan terbaik untuk aku? Apa yang aku minat sebenarnya? Apa cita-cita aku yang sebenar? Kalau rasa buntu sangat, awak boleh je nak buat ujian kerjaya ke. InshaAllah, itu pun antara jalan yang boleh tolong awak untuk fikir selanjutnya. Jangan terlalu yakin bahawa awak akan dapat (paham tak maksudnya?) Erm. Maksud saya di sini, biar berlapang dada dalam setiap keputusan yang awak buat dan keputusan yang akan awak dapat. Istikharah sungguh-sungguh :)


Langkah ketiga; andai kata tak dapat pilihan UPU? Okay, awak masih lagi boleh buat rayuan. Lupa, selain awak isi dalam talian tu untuk penempatan ke asasi mahupun diploma, awak juga boleh memohon politeknik. Malah, boleh mohon tau untuk intake ketiga, keempat dan seterusnya (awak kena peka dan selalu lah usha laman-laman web universiti; contohnya seperti UiTM). Kalau tak pun, matrikulasi, tingkatan enam pun masih ada tempat serta kolej-kolej swasta yang lain. 


   Eh jap! Cerita pasal kolej ni, awak jangan ingat yang kalau namanya swasta; awak hanya pandang sebelah mata *eceh*. I meant, kolej yang berkualiti dan berjaya melahirkan ramai graduan yang hebat. Dari segi kewangan, memanglah agak payah lah kan (kalau golongan sederhana lah macam sis), tapi jangan risau, ada banyak pinjaman yang disediakan. Yayasan negeri turut menawarkan pinjaman pendidikan tau. Haaa... Jadi sila search :) Selain kolej swasta, ada juga namanya SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Boleh search :) Nak cerita, panjang pulak jadinya.




Okay, sambung. Langkah keempat; jangan give up dan terus down kalau tak dapat pilihan yang kita pilih. Jangan sedih yang ekstrem. Pegang semula janji Allah. InshaAllah, dengan hati yang terbuka, perlahan-lahan awak boleh terima jalan yang awak akan tempuhi nanti. Pastikan awak sentiasa dengan Tuhan dalam setiap pilihan, perjalanan yang awak hadapi sebab Tuhan sentiasa bersama kita.


   Tips di atas bukanlah tips luar biasa pun; memang kita akan lalui tiap-tiap hari tapi itulah, saya cuma nak tekan kan sikit je supaya kita tak celaru sangat nak pilih tempat belajar, nak pilih course belajar dsb. Mungkin kita terlalu ghairah dalam satu-satu perkara sampai kita lupa nak redha dan akhirnya kita sendiri yang sakit sebab terlalu yakin. 



Ada yang beranggapan; "Buat apa nak tau semua ni? Last-last, dapat jugak kan tempat belajar?"


   Okay. Okay. Ikut awaklah, awak yang nak belajar *ceh*. Erm, macam ni lah. Ini sebagai permulaan, dapat atau tidak; itu semua rezeki daripada Dia. Faham? Ini pun dah dikira awak berusaha nak cari peluang untuk diri sendiri so, why not kan? Banyak kot masa terluang lepas SPM tu. At least, kita tak ada lah rasa, "Ya Alla, dah apehal aku tak dapat ni? Pung pang pung pang..." Pastu give up. Tak ada rasa nak bangkit dan hanya ikut the flow je. Faham? Kita akan ada back up plan, dan jangan risau, Allah akan sentiasa tolong cuma kita je lah merencana :) InshaAllah.



   Dekat sini saya tekankan sikit, tips dekat atas ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan ditulis pada tahun 2015. Mungkin makin lama makin banyak perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia, jadi untuk mengetahui isu semasa pendidikan Malaysia dengan lebih lanjut, bolehlah sentiasa merujuk mana-mana laman web institut pendidikan.




Seperti mana Allah berpesan kepada kita, "Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain daripada Allah: dan ia tidak pula dapat membela dirinya. Pada saat yang demikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)

18:43-44


Dekat sini sis bagi lah pengalaman temuduga sikit: UKCG 2015 (klik) Temuduga IPG 2015 (klik) .




18 comments:

  1. Trima kasih atas info2 yang brguna..haha, saya dah "kurang bengong" dah after baca artikel akak ni...thanks

    ReplyDelete
  2. Thank u so much for the info...

    ReplyDelete
  3. Thank u so much for the info...

    ReplyDelete
  4. Hi saya amin. Is that true yg uia tak offerkan banyak kos engine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee, ngade kau eh. Bukan, maksud aku dekat situ, asasi engine dekat UIA bila sambung degree dia ada communications, computer and information, mechatronic, aerospace, automotive, manufacturing, biochemical and biotechnology, materials.

      Delete
  5. Kak, biasanya kalo biasiswa tu syarat yg diletakkan tu tinggi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya syarat yang diletakkan untuk biasiswa ada dinyatakan. Ada yang ikut kemampuan gaji, ada yang ikut gred dan sebagainya. Kena check balik.

      Delete
  6. Kalau nak amik bidang muzik kat mane ye?

    ReplyDelete
  7. Lepas saja spm ingat nk cari kerje senang la~~ Tp mostly dorg nak betul-betul 18 tahun ke atas... Bila interview of course la ada perasaan segan depan dorg.. terus kene reject.. Bila x dpt kerja menganggur.. Help me with some tips...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca blog ni http://jywrite.blogspot.kr/2017/01/perkara-tunggu-result-spm.html?m=1

      InshaAllah membantu.

      Delete
  8. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
    Satu perkongsian menarik tentang panduang untuk pelajar habis SPM. Jemput juga ke blog saya JY Write tentang 5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM

    JY Write

    ReplyDelete
  9. Thank you very much, very helpful! <3

    ReplyDelete
  10. Thanks akak.Your entry is really useful.

    ReplyDelete
  11. lagu ni baek ah kak

    ReplyDelete

Tak salah nak bagi pendapat :)