#4kawaiitakenippong ke Tokyo
TOKYO 13 JAN-16 JAN 2018 13/1 星期六 [SABTU] TOKYO SKY TREE TOWER Dalam pukul 9 pagi kami keluar, ambil train dari Hazama Station ke Shin-Okubp Station; untuk check - in guesthouse di bandar Tokyo. Kami bermalam selama lima malam di Go Japan Kokiri; berdekatan dengan Shin-Okubo Station. Guesthouse ini kami berkongsi dengan orang lain juga, maksudnya dapur, tandas dan shower room semua kena berkongsi dengan orang lain. Selepas check-in , kami ke Tokyo Sky Tree Tower. Kami berjalan ke Okubo Station (Line Hijau Yamanote) kemudian naik train 🚊 sampailah ke Tokyo Skytree. Lupa pula nama stesen yang kami turun. Nak naik atas tower dalam 4000 yen, kami tak bercadang untuk naik atas. Setakat lihat, tangkap gambar, baca dalam Google sikit info-II yang diberikan tentang Tokyo Sky Tree Tower ni. Sekitar kawasan ini ada mall , restoran, office . ...