Berjalan di Negeri Cik Siti Wan Kembang


Alhamdulillah, berkesempatan menulis blog! Fuh, dah lama tak menulis ya. Last menulis tentang trip ke Jepun. Sekarang dah pun di hujung-hujung bulan 7, ada lagi baki satu bulan cuti semester. Kalau di Beijing sekarang sedang mengalami musim panas, kalau di Malaysia, beginilah kita. Sekejap panas, sekejap hujan, angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Kali ini berkesempatan untuk Cuti-Cuti Malaysia: Kelantan dan Kuala Lumpur. Fuh, bagai rusa masuk kampung, kita pula terasa asing benar di tanah air sendiri. Makanan, gaya hidup; berbeza lah sedikit. Cewah, bak kata orang sekarang, play tourist dekat tempat sendiri gitu.

Dari Kuantan ke Tanah Merah, Kelantan bukan dekat, bukan cepat ha. Tak fikir banyak, terasa nak pergi Tanah Merah, bagitahu parents, dapat permission, terus beli tiket dekat Terminal Sentral Kuantan. Tak pernah-pernah pun terfikir untuk ke Kelantan. 


Pengangkutan Kuantan-Tanah Merah




Saya beli tiket bas Ekspres Perdana yang berharga RM 32.20, seat seorang. Bas pukul 11 pm gais, fuh mula-mula parents agak risau takut tak ada orang pergi Tanah Merah tapi malam tu ada lah separuh bas penuh dengan penumpang. 

Entah kenapa, tak dapat nak lelapkan mata, gayat rupanya naik bas tinggi, serius, duduk tepi tingkap, tengok luar dengan bas laju MashaAllah! Seriau ghase, nak laju-laju pergi mana :') 

Dalam pukul 5:30 am, sampai sudah di Tanah Merah! Woah! Najiha dah sampai Tanah Merah gais, saya seorang saja yang turun di Tanah Merah. Mujur sedar, kot tertidur mahu terlajak sampai ke Kota Bharu agaknya.

Yeah, saya dijemput ya. Dijemput oleh kawan yang penyayang, Dayana.


Sehari di Kota Bharu



Yeah, memandu dari Tanah Merah ke Kota Bharu dalam 45 minit perjalanan. Iya lah, bandarnya kecil sahaja, perut mula lapar, kita singgah KB Mall dulu makan Seoul Garden fuh. First time makan ni. 

Usai makan tengah hari, pergi jenguk-jenguk kawasan KB. Singgah sekejap di Pasar Siti Khadijah, kemudian terus ke Pantai Senok pula, 13 km dari bandar. Trafik agak sesak ya tapi alhamdulillah selamat sampai di sana. Orang kata bak Nami Island, kita pun pergi nak melihat ciptaan Tuhan, fuh pantai memang tempat kegemaran saya. Menetap di Kuantan, setiap kali cuti semester, mesti pergi pantai. Kalau tak menggelupur, ceh. Kalau di Beijing, geram je rasa nak pergi pantai, tengok laut malangnya tak ada pantai, kalau ada pun mak aih, jauh betul! Walau bagaimanapun, terdapat banyak sampah di merata-rata tempat. 



Duduk di tepian pantai, memndang jauh ke tengah laut, tenang rasanya sambil angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi. Pandang kanan, terlihat ada empat ekor kuda dengan penunggang cilik yang menunggang dengan macho sekali. Fuh, berdebar kita tengok dari jauh kuda berlari laju ke arah kita. Budak-budak tu bagi instruction dekat kuda kecek klate, suko kito dengar.

Dah nak masuk pukul 6 petang, kami pun beransur pulang ke Tanah Merah. Lepas solat Maghrib, keluar pula untuk ke pasar malam. Beli makanan untuk alas perut, balik, rehat. 

Hari kedua pula pusing-pusing Tanah Merah, membonceng motor yang ditunggang Dayana, MashaAllah dah lama tak pusing-pusing kampung naik motor. Pekannya kecil saja, habis pusing, balik berehat sebab malam dah nak gerak ke KL.


MAKANAN

Setakat yang saya makan, makanan di sini memang manis, tak tahulah tahap manis orang lain-lain tapi nasi berlauk sarapan tu pun rasa manis, fuh, manis. Baru sehari setengah dekat Kelantan saya dah rasa tak sabar nak makan makanan masin masin pedas gitu tapi tujuan saya datang ke Kelantan bukanlah untuk food hunting, jadi taklah banyak makan makanan Kelantan. Tak daya nak makan benda manis.


SEJUK MATA MEMANDANG

Perjalanan saya dari Kuantan ke Tanah Merah dengan menaiki bas bagi saya satu pengalaman yang cukup mewah. Apabila bas masuk sahaja kawasan Kemaman, terus ternampak papan tanda dalam tulisan Jawi. Sampailah di Kelantan, papan-papan tanda di situ juga bertulisan Jawi. Sangat amazed dengan papan tanda Jawi sebenarnya.

Selain itu, rakyatnya juga murah senyuman, eh! Harapnya semua orang macam tu kan, murah senyuman, alhamdulillah sehari berjalan dekat Kota Bharu, semua orang senyum, kita pun ada mood lah nak berjalan orang senyum baik macam tu. 

Setakat ini sajalah perkongsian sehari setengah di Kelantan. InshaAllah, mana yang baik kita jadikan pedoman, mana yang buruk kita ambil pengajaran. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online