#4kawaiitakenippong ke Kyoto



KYOTO 
18-20 JAN 2018


18 JAN 2018 星期四 [KHAMIS]

Kami naik bas 7:15 pagi ke Kyoto, fuh tak sabarnya! Perjalanan menaiki bas dari Nagoya ke Kyoto hanya mengambil masa selama 2 jam lebih. Baru nak tidur eh dah sampai Kyoto! Bas berhenti di Kyoto Station, peh stesen dia besar weh! Serius! Busy dia macam dekat airport gituh, eceh.

Sesampai saja di Kyoto, kami ambil subway untuk ke guesthouse kami. Subway di Kyoto Station aras bawah sekali rasanya, ha, sebelum kami ke guesthouse, kami beli siap-siap pass yang kami akan gunakan di Kyoto dekat kaunter subway info gitulah nama dia.




KYOTO PASS







Dekat Kyoto kami memang menyarankan anda untuk guna pass! Serius, sangat berbaloi dan mudah memandangkan pengangkutan di Jepun sangatlah mahal, berganda-ganda harganya kalau nak dibandingkan dengan negara lain.

Waktu beli pass ini akan dapat buku panduan. Jangan risau, ada dalam English, jadi memang mudah lah. Yang penting, jangan hilangkan pass tersebut. Oh ya, pass ini tertakluk kepada terma dan syaratnya seperti contoh: pass ini hanya untuk Kyoto City Bus dan Subway saja. JR bukan subway ye gais. Hanya beberapa jenis line subway saja yang boleh guna untuk pass ini. Nak bagitahu line apa pun tak ingat, kami pun Google saja dekat sana. 




Okay sambung!


Colors Guesthouse

Guesthouse kami agak jauh untuk ke stesen subway tapi bus stop ada di mana-mana saja. Penggunaan bas di Kyoto sangatlah memudahkan urusan kami, alhamdulillah. Jadi, disebabkan kami agak barai, semalaman tak boleh nak tidur dekat Nagoya, jadi kami berehat dulu di guesthouse. 


KINKAJUJI TEMPLE





Lebih kurang pukul 2 petang, kami keluar dan ambil bas untuk ke Kinkakuji Temple. Kawasan dekat dalam ni cantik sangat, serius weh! Hijau daunnya, udara nyamannya, rumah-rumah serta temple yang masih dijaga elok; cantik! Orang pun ramai ha datang sini. 

Nak masuk dalam kawasan ini dikenakan bayaran tiket juga, ha kejap lagi sis letak link yang korang boleh check segala apa maklumat yang korang nak tahu pasal Kyoto.Kiteorang pun tengok laman web ini juga nak buat itinerary. 




Sis excited sebab tiketnya kelihatan unik gitu! 

Jam dah hampir menunjukkan pukul 4 petang, kami berkira-kira sama ada nak pergi atau tidak ke Nijo Castle sebab pukul 5 petang dah tutup. Jadi, kami ambil keputusan untuk pergi ke sana. 



NIJO CASTLE





Kami tiba di sana lebih kurang pukul 4:20 petang ya semestinya castle dah ditutup. Last counter dibuka pukul 4 petang. Tak ada rezki nak masuk. Cuba tengok gambar, nampak tak ada pak guard pegang papan tanda tu? Ha dia tulis castle dah tutup. Orang ramai pun berderu-deru keluar dari castle

Tak mengapa, masih ada tempat lain lagi nak pergi. Jadi, kami pun ambil keputusan ke Nishiki Market. Mujurlah Nishiki Market tidak berapa jauh daripada guesthouse kami, dalam 1.5 km berjalan kaki.



NISHIKI MARKET





Dekat sini ada berbagai jenis street food Jepun. Yang penting, sodap! Tanyalah bahan-bahan makanan sama ada arak ke tidak, pork ke tidak, tanya je. Di sini juga ada kedai-kedai cenderahati; bolehlah nak beli bawa balik Malaysia. Okay sis belanja gambar sikit. 


Abang ni kerja dekat kedai udang ni, sepinggan 500 yen gais!


Stick berbagai jenis, my fav is crab lah of course! 300 yen/per stick

Antara makanan yang dijual

Kesimpulan hari pertama di Kyoto:
  1. Check-in guesthouse
  2. Kinkajuki Temple
  3. Nijo Castle
  4. Nishiki Market


19 JAN 2018 星期五 [JUMAAT]




ARASHIYAMA BAMBOO FOREST


8:30 pagi kami keluar rumah dan naik bas menuju ke Arashiyama, kira-kira 45 mins dari pusat bandar Kyoto. Oh ya, dekat kawasan Arashiyama ini banyak tempat menarik. Jadi, tempat pertama yang kami lawati ialah Arashiyama Bamboo Forest. 


MashaAllah, dingin sekali anginnya. Bayangkanlah, pagi-pagi dah masuk hutan, sejuk. Rasa dah pergi awal, orang tetap ramai juga. Dalam kawasan hutan ini juga terdapat beberapa shrine and temple, kena beli tiket masuk; kami tak masuk pun. Just berjalan sekitar hutan itu saja.




OTAGI NENBUTSU-JI TEMPLE


Rakan 

Kemudian, kami naik bas, ha bus stop dia sebelum masuk Bamboo Forest tadi, naik je bas dekat situ untuk ke Otagi Nenbutsu-ji. Tiket masuk berharga 300 yen. Hanya kami saja di dalam kuil ini OMG sheram rasanya. Patung-patung kecil yang diukir ini katanya sudah beratus tahun lamanya di sini, dipanggil Rakan. Okay sejarah selanjutnya sis tak ingat, engkorang boleh baca dekat Google. Ha tekan link ini: Otagi Nenbutsu-ji.



Makin naik ke atas, makin banyak Rakan. Kawasannya memang dijaga rapi, bersih tapi itulah tak ada orang dan sis rasa macam tak sanggup nak naik atas lagi. So, kami tengok-tengok kawasan, tangkap gambar sikit dan keluar. 



LUNCH - YOSHIYA JAPANESE RESTAURANT




Dah rasa lapar, kami pun Google lah makanan halal di Arashiyama. Jumpalah nama restoran ini --- YOSHIYA JAPANESE RESTAURANT. Naik bas, turun, jalan dan jumpalah restorannya. Kami pilih menu tempura dan mi soba sejuk. Dekat Tokyo kami makan mi soba panas, kali ini kami cuba mi soba sejuk pula.

Fuh, fuh, fuh, tempura dia okaylah, bolehlah dimakan. Cumanya sesiapa yang dah try makan dekat Warung Paksu Moksu dekat Kuantan ni, memang rasa yang hok Poksu Moksu punya lagi peh! Mashaallah sedap! Sotong, udang, ikan celup tepung lagi mengancam berbanding tempura Jepun; pendapat sis saja eh, jangan kecam.


Mi soba sejuk pula fuh sekali dua hirup boleh lah beb, dah separuh halamak, tak habiskan membazir pula, dah lah mahal beb. Kena habiskan juga. Selain itu, ada taufu juga, fuh kalau taufu ni ada air gula melaka, sedap beb! Mesti rasa macam taufu fa! Tapi itulah, dia bagi taufu saja, sesudu boleh tahan lagi, nak masuk bersudu-sudu memang idokler. 


Kemudian, ada nasi, telur dadar dan kicap. Makan isi perut, nak jalan jauh lagi ni ha. 



KIMONO FOREST 





Dari restoran tadi, kami berjalan kaki saja ke Kimono Forest. Oh ya, berdekatan dengan restoran itu ada jambatan. Orang bergambar dekat sini. Ramai tau pelancong, berebut-rebut kita pun nak tangkap gambar.

Jalan punya jalan, kami sampai pun di Kimono Forest. Tempat ni bukanlah hutan betul pun, dia cuma balang-balang besar yang dalamnya ada kain kimono berbagai corak. Kalau malam mungkin cantik, kami pergi waktu siang ni ha. Kimono Forest ini terletak di JR Arashiyama Station. Nak jadikan cerita, kami tak tahu pun situ stesen JR, jadi kami naik, sekali turun pass kami tak lepas, ketor sorang-sorang keluarkan duit syiling nak bayor.

Klik sini untuk baca sejarah tempat ini: Kimono Forest




KATSURA IMPERIAL VILLA


Tekun je mendengar, sis tak tangkap gambar langsung dekat villa ni, gambar ni je ada

Macam biasa lah, kami naik bas juga untuk ke sini. Alhamdulillah, nak kata rezki kami dapat pergi sini. Nak masuk villa ni bukan boleh masuk terus macam itu je tau, ada tour guide yang bawa kita dekat dalam kawasan villa ini. Ha, bukan beshe-beshe tau villa ni.

Turun bas, kami terus Google Map nak jalan ke villa ini. Jalan punya jalan, eh tak jumpa! Jumpa rumah orang lain ada lah. Nasib baik ada pak cik yang dari kejauhan nampak kami macam blur semacam, beliau tunjuk arah villa itu. Dengan tak ada papan tandanya ha, jalan je straight memang tak nampak apa-apa lagi. Pagar buluh luar villa kemain tinggi weh ha sebab tu tak nampak. 

Dari jauh kami nampak ada khemah putih yang berdiri teguh, kemudian ada beberapa orang pelawat sedang duduk menunggu sebelah khemah. Rupanya, khemah putih itu untuk reservation gais! Nak masuk sini kena reserve dulu ha. Kami tanya juga kot lah kena bayar tour guide dekat dalam tu tapi pekerja kata free saja. Cuma kami kena reserve saja, ha jadi tulis nama ikut dalam passport dan nombor passport. Jangan lupa bawa passport ya. Kemudian, kita akan dapat kertas macam tiket masuk lah. Teratur sekali prosedurnya. 

#tips Oh, ya saya perasan ada tiga kali waktu melawat. Waktu terakhir ialah pukul 3 petang. Jadi, kalau nak datang sini, datang sebelum 3 petang. 20 minit sebelum pukul 3 petang baru mereka bagi kita masuk. Dah masuk, kita kena pergi information center untuk ambil audio free guide tu, sebab tour guide cakap bahasa Jepun. Kita pun akan diberikan brochure tentang villa ini, lengkaplah dia bagi dan semuanya FREE 

Dalam pukul 3:30 petang bermulalah penerokaan kami eceh. Kawasan villa ini cantik sangat dan senyap sunyi! Ha nak cerita panjang pasal sejarah villa ini pun tak berapa ingat tapi dulunya dibina oleh kerabat maharaja. Dalam kawasan ini ada rumah teh, ada villa, ada tasik yang jernih, memang rumah Jepun zaman dulu. Cantik weh serius! Ha boleh klik link ini untuk baca tentang Katsura Imperial Villa ini dengan lebih lanjut. 

Lebih daripada 10 orang jugalah yang turut serta bersama-sama kami. Hampir kesemuanya ialah orang Jepun dan mereka sangat tekun mendengar. Hanya kedengaran suara pak cik tour guide sahaja. Bayangkanlah, kami nak bercakap pun berbisik tau. Kami dibawa melihat keseluruhan kawasan villa selama lebih kurang satu jam. 

Pukul 4:30 petang, tamat sudah lawatan kami. Sebelum kami singgah di Gion, kami ke Kyoto Station dahulu untuk membeli tiket JR ke Osaka. 800 yen seorang, perjalanan dari Kyoto ke Osaka menaiki JR train sekejap saja tau! Okay, nanti sis cerita dekat entri Osaka ye.


GION

Dalam bas nak ke Gion, ini bukan Geisha ya, pelancong ni.

Ada apa pula di Gion? Ya, kawasan Gion ini besar tau tapi ada satu street ni yang katanya Geisha memang selalu lalu dekat sini. Ha kawasannya dipanggil Gion Shirakawa. Google je keh nanti sampai lah dekat sini. Kawasan Gion ni besar tau. Klik link ini untuk baca lebih lanjut tentang Gion.

Kami sampai di sini lebih kurang pukul 6 petang, jadi kami pergi cari kedai makan dulu. Dekat kawasan Gion ini ada kedai ramen halal, kami Google juga cari jalan. Dah sampai dekat kedai, ada satu family conquer kedai makan peh tunggu je lah dekat luar kedai sejuk-sejuk tu. Kami masuk makan, siap makan, depa tak siap makan lagi, seat terhad gais, halamak. 

Kemudian, kami berjalan sekitar dan kami nampak ada seorang Geisha bapak laju weh dia jalan! Kiteorang dah macam paparazzi dari jauh tapi itulah hasil tangkapan tak berapa menarik. Bila tengok semula fon macam hantu sekali terbang nampak putih saja. Seorang itu je lah kami nampak, tak ada rezeki nak tengok geisha ramai-ramai lalu.

Kawasan sini cantik tau! Macam 胡同 hutong (small alley) tradisional Jepun. Dah lah bersih, cantik, lawa ha apa lagi. Malam-malam bercahayalah jalannya. Disebabkan kami macam dah barai, kami pun terus pulang ke guesthouse. 

Eh, sebelum pulang ke guesthouse, saya ada perasan satu kedai macam kedai farmasi ni tengah buat sale. Kedai ni terletak di kawasan Shijo Karasuma. Nampak kedai LV, ha kedai farmasi ni berhadapan saja. Ceh ingat! Bukan nak beli product tapi nak beli coklat! Murah weh murah giler berbanding dekat 7E. Borong jugalah kami pun, eh ha Hadalabo pun murah! Memang tengah sale giler, berlambak-lambak Hadalabo. 

Kesimpulan hari kedua di Kyoto:
  1. Arashiyama
  2. Katsura Imperial Villa 
  3. Gion


20/1 星期六 [SABTU]

FUSHIMI INARI TAISHA



Pagi-pagi dah check-out, kami tinggal barang kami di guesthouse. Kami naik train untuk ke Fushimi Inari Taisha, keluar awal jugalah pukul 8 pagi. Sampai dekat sana, orang dah ramai! Fuh, bukan setakat pelancong, orang tempatan pun ramai. Kami dapat tengok show yang macam dalam cerita Kimi No Na Wa (Your Name) tu, yang perempuan tu menari dengan adik dia tu ha. Excited kejap. 

Kawasan dekat sini boleh tahan besar tau, ha orang selalu datang sini tangkap gambar dekat shrine yang warna oren tu. Dekat kuil sini ada macam upacara keagamaan yang dilakukan, kami tengok dari luar kuil saja. Ramai orang beratur nak masuk kuil ha. Ramai betul pelancong. 



Street food dekat kawasan Fushimi Inari Taisha


Lupalah nama makanan ni, ingat dorayaki je. Sedap weh! 

Kemudian, kami berjalan lagi ke belah belakang kawasan ini, fuh, kot kalau nak bergambar boleh je nak tunggu orang tak ada lalu-lalang tapi kena tunggulah. Huhu. Time tak ada orang ha cepat-cepatlah tangkap gambar. Dekat area sini pun ada juga kedai-kedai cenderamata tapi ye lah of course harganya lagi berganda. 




KIYOMIZU DERA TEMPLE


Nampak tu main hall ditutup?

Selepas melawat Fushimi Inari, kami ke Kiyomizu Dera. Macam biasa, naik bas dan Google Map lah nak cari kuil ini. Oh ya, nak sampai ke kuil ini kena mendaki gais mendaki jalan yang berbukit ke atas. Peh, dah lama tak mendaki perasaan dia mengah semacam.

Sepanjang nak naik atas tu, di kiri kanan jalan ada kedai-kedai yang penuh sekali dikunjungi pelancong. Selepas penat berjalan, akhirnya alhamdulillah kami sudah sampai! Fuh, memang duduk dulu dekat tangga gais, penat gais.



Terimalah love daripada Atin, senyuman daripada Dayana


Main hall kuil ditutup, dalam proses renovation, jadi kami tengok-tengoklah kawasan lain. Oh ya, nak masuk kuil ini kena bayar. Kami tak masuk dalam pun, sebab kalau tengok macam kena berjalan jauh ke dalam, macamlah. Sebab dah barai dan nak save energy untuk ke Osaka, jadi kami duduk dekat area depan kuil itu sajalah.

Sebelum ke guesthouse untuk ambil beg dan bergerak ke Kyoto Station, kami singgah dulu di Nishiki Market, tengoklah mana-mana cenderahati yang berkenan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dekat area Shijo Karasuma ada juga kedai halal, boleh Google, Seizeriya pun ada (order seafood sahaja).


Kesimpulan hari ketiga di Kyoto:

  1. Check-out guesthouse
  2. Fushimi Inari Taisha
  3. Kiyomizu Dera 
  4. Nishiki Market


Nantikan pula cerita di Osaka, Nara dan Kobe! 

Comments

  1. Hi Jiha, nice blog you have here :D
    Nice sharing about your Kyoto trip, sis ni pernah sampai ke Tokyo saja (year 2014), one day nnt sis nak visit Kyoto pula :3

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang menarik, permandangan luar seperti negara matahari terbit yang cantik, makanan yang sedap, Ada masa teringin juga nak terbang Kat Sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Kau Belajar dekat China?

Temuduga IPG : Sejarah 2015