#4kawaiitakenippong ke Nagoya


NAGOYA
17/1 星期三 [RABU]

NABANA NO SATO 







Alhamdulillah, kami sampai di Nagoya Station dalam pukul 7:30 pagi, lebih kurang waktu itulah. Kami naik bas pukul 12 am dari Tokyo, 2900 yen seorang. Seat dia biasa aja, cuma ada tempat letak kaki besar sikit saja. Tak sempat nak tangkap gambar, mengantuk sangat dah waktu tu. Masuk bas terus tertidur ha.

Kami simpan bagasi dekat loker Nagoya Station, 500 yen satu loker. Nagoya Station tutup pukul 11:30 pm, buka semula pukul 4 am. Kami ambil keputusan simpan loker dan ambil esok pagi semula memandangkan kami beli tiket bas ke Kyoto pukul 7:15 pagi.

Keluar dari bas, sejuk lain macam suhunya. Hujan pula makin lama makin lebat, kami memang tak bawa payung apatah lagi baju hujan. Bersebelahan dengan Nagoya Station ada bangunan Meitetsu Bus, kami beli tiket bas dekat situ untuk ke Nabana no Sato (round trip - 1780 yen).

Hujan makin lama makin lebat, kami decided nak makan tengah hari dulu. Jadi, kami search restoran halal dekat Nagoya, terjumpalah dekat Google satu restoran yang berdekatan dengan Masjid Nagoya. 

Nak ke Masjid Nagoya kena naik train, naik line Meitetsu dari Nagoya Station ke Sako Station. Satu station saja, turun station ha kena guna Google Maps, sebab kena masuk simpang sana simpang sini baru sampai masjid. Orang lain berpayung, kami memang ber-hoodie saja, basah lencun winter coat weh!

Suhu dah sejuk sebab memang musim sejuk, hujan pulak, peh! Jalan memang cuba jalan laju-laju nak sampai masjid. Alhamdulillah, dah nampak masjid! Sampai depan masjid, ada notis tulis masjid buka pukul 10 am, waktu itu dah pukul 10:15 am tapi tak ada orang lagi. Pintu masjid masih lagi berkunci. Jadi, kami ambil keputusan pergi makan lunch dulu, Google semula restoran terdekat dan ikut aje lah panduan Google Maps. 

GHANDHAARA RESTAURANT


Tuan kedai bagi payung sebab tengok kami basah lencun tak ada payung

Sampailah kami di restoran bernama Ghandaara. InshaAllah dijamin halal. Sebenarnya kedai itu tak buka pun lagi, orang baru nak masak, kami dah sampai tapi orang kedai bagi masuk aje, ambik order terus. 


Sejuk betul dekat luar, duduk dalam kedai dapatlah memanaskan diri. Lepas lunch, kami bergerak ke masjid. Oh ye, disebabkan hujan lebat dekat luar, tuan kedai bagi kami ambil dua payung yang ada depan kedai tu, fuh, jazakallah tuan! Restoran ini dekat aje dengan masjid, belakang masjid aje.

MASJID NAGOYA


Inilah masjidnya, gambar pun senget dah ha, tangan sejuk ketar-ketar pegang fon.

Tempat muslimah di tingkat atas, berserta dengan tempat wudhu' dan tandas. Sejuk sangat! Waktu tu kami baru pasang heater tapi masih lagi sejuk. Laungan azan Zuhur kedengaran. Lepas solat, kami berjalan semula ke Sako Station untuk pulang semula ke Nagoya Station. 


Tempat solat muslimah

Kemudian, kami naik ke tingkat 4F Bangunan Meitetsu untuk naik bas ke Nabana no Sato. Perjalanan ke Nabana no Sato dari Nagoya Station lebih kurang 45 minit. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 3:30 pm, hujan turun tak berhenti. 

TIKET
Taman Bunga

Nak masuk Nabana no Sato kena beli tiket dululah. Tiket masuk 2300 yen seorang, dia akan bagi sekali tiket nak masuk taman bunga (dekat dalam Nabana no Sato ada taman bunga). Jadi, jangan hilangkan tiket taman bunga, sebab taman bunga dia luas juga lah, kena masuk juga. Selain tiket taman bunga, dia ada bagi voucher 1000 yen sekali, dengan voucher ini kita boleh beli souvenirs, food dsb. Jadi, habiskan jugalah 1000 yen itu, kalau nak claim, I'm not sure lah boleh claim ke tidak. 



Bagi saya, tempat ini lebih kurang macam The Garden of Morning Calm di South Korea. Pabila waktu malam, lampu-lampu yang dililit di pokok-pokok bernyala dan cantik. Yang lebih menarik, dekat bahagian belakang taman ini ada satu tempat; the illuminations of Kumamon was very ohsem guys! Siap ada replika Mt Fuji, gitulah, budak-budak lagi suka tengok kot ceh!





Dekat situ juga siap ada dua terowong yang cantiklah, macam dalam gambar tu. Sepanjang terowong tu lampu berubah-ubah warnanya, kejap merah, kejap oren, kejap hijau, kejap putih. Ha, satu lagi, jangan lupa ambil map, nanti senang sikit nak cari tempat.


COBAAN

Dah puas tangkap gambar, berjalan-jalan, dah pukul 8:30 pm, kami pun pergi dekat tempat menunggu bas. Sampai di Nagoya Station dalam pukul 9:15 pm lebih kurang, hujan dah berhenti. Kami ambil keputusan untuk tunggu dekat McD 24 hrs berdekatan. Pukul 1 am, pekerja McD datang dekat kami sambil cakap, "Sorry, we are closing at 1 am." 

Wow, gelabah itik dah waktu tu. Kami terus bangun, keluar dari McD dengan perasaan buntu. Then, kami carilah mana-mana restoramn 24 hrs berdeketan, tak jumpa juga. Sejuk pula tu, waktu tu dah hampir pukul 2 am. Atin suggest kedai Denny's ni, kami pun tanyalah pekerja kedai, just want to make sure kedai ni memang betul-betul 24 hrs, tak jadilah macam McD tadi. 




Nak masuk kedai of course lah bersyarat, setiap seorang kena order satu menu. Peh, menu dia bukan murah-murah. Nak tak nak, kena order juga, tak sanggup nak habiskan beberapa jam dekat luar sebab sejuk sangat! Pukul 6 am, kami keluar kedai, bergerak semula ke station. Oh ya, kedai ni betul-betul depan Nagoya Station. 

Memang barai dah waktu tu, rasa tak sabar nak sampai Kyoto je. 7:15 am, kami naik bas ke Kyoto,  2550 yen seorang. Nagoya-Kyoto ambil masa dua jam lebih perjalanan. 

Klik link ini untuk baca lebih lanjut tentang Nabana no Sato, sila baca ya, sebab saya pun tahu serba sedikit maklumat melalui laman web ini : Nabana no Sato (klik sini) 


Sekian saja cerita sehari kami di Nagoya. Nantikan pula cerita kami di Kyoto (klik sini).



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online