Minggu-minggu Pertama di Beijing

Bismillahhirrahmanirrahim.






   Sudah bermula cuti untuk hari kebangsaan negara China selama seminggu, maka begitu banyaklah perancangan yang sangat pantas bermain di mindaku ini *ceh ayat*. Alhamdulillah, dah masuk hari ke-21 di Beijing dan dalam 21 hari ini banyak lah kenangannya. Bukan tak ada masa nak update blog cuma hal-hal berkaitan dengan internet ni yang membantutkan niat sis nak menulis.


   Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Beijing ini, sis ingat lagi muka-muka seniors yang menyambut ketibaan kami ini dengan hasanah sekali. Sampai di Beijing dalam pukul 12 pagi macam tu dan mendarat dengan selamat alhamdulillah. Rasa teruja, giler kau tak teruja kan. Lagi-lagi minah kampung macam sis ni yang excited sangat naik kapal terbang. Esok dan lusanya ada orientasi di kedutaan Malaysia dan sesungguhnya sis pun berasa seronok. Ceh, erm, seronoklah kot orientasi :P


Jamuan kelas A4



   Bukan setakat belajar tentang kehidupan di Beijing serta bahasanya, sis pun masih belajar untuk menjadi seorang chef. Ceh, kami dekat sini kena memasak. Amacam? Ha, jadi semua orang akan merasa untuk memasak. Sedap tak sedap lain cerita. Oh lupa. Kami duduk dalam satu bangunan, namanya 六号楼 (liuhaolou). Bangunan ini khas untuk pelajar Malaysia sahaja. Alhamdulillah, kehidupan kami dekat sini aman dan harmoni. 

   Amacam kelas mandarin setakat ni? Pehhh... Kalau dah nama belajar bahasa, mesti kena menghafal. Belajar benda lain pun mesti menghafal juga tapi spesifiknya bahasa ini, cara nak menghafal haruslah ada tekniknya. Ceh... Bukan mudah nak menguasai sesuatu perkara. Pernah sekali dalam kelas, laoshi tak paham apa yang sis cakapkan, rupa-rupanya salah sebut intonasi JE. INTONASI JE. Ha, ini antara cabaran belajar Mandarin. 



   Jauh ke kelas dengan liuhaolou tu? Kalau jalan kaki dalam 15 minit kot. Kalau naik basikal, laju sikit. Tujuan beli basikal pun senang. Amacam life dengan room mate? Room mate sis kontra dengan sis so kira serasi la tu, saling melengkapi. Makan minum sana cukup tak? Ha weh, cukup sangat. Memasak sangat menjimatkan. Kalau makan luar pun, tak adalah mahal sangat. Sedap pula! Phew~ Restoran halal banyak dekat sini. Serius. Banyak. Pergilah mana-mana. Makan lah apa-apa. Ada islamophobia ke dekat sana? InshaAllah, tak ada sangat. Muslim pun ramai dekat sini. Sangat ramai. Alhamdulillah.



   Eh okay. Setakat ni sahaja random writing sis. Tak ada topik sangat. Rindu nak menulis. Happy National Day China. Moga sentiasa bertambah ketamadunannya dan lebih awesome!

Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?