Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Online?

PBS Online ? Selepas berhempas-pulas belajar dan menghadam segala teori, maka bermulalah episod untuk mendekati dan memahami keadaan, budaya dan warga sekolah. Namun, dek pandemik Covid-19 ini, maka sekolah terpaksa ditutup dan saya serta rakan-rakan perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu secara atas talian. Jadi, syarat utama untuk PBS kami adalah sekolah kebangsaan yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Setelah menghubungi beberapa buah sekolah di Kuantan, rezeki tidak berpihak kepada kami untuk ke sekolah yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU) menjadi tempat saya dan rakan partner untuk menjalani PBS di situ, dengan syarat kami perlu berada dalam kelas bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Hari pertama kami disambut dengan penuh ramah oleh GPK Pentadbiran, Pn Fatma. Minggu pertama kami cuba menyelesaikan portfolio dan berbincang dengan guru pembimbing untuk aktiviti mi...