Sunday, 19 February 2017

Cara Daftar Maybank2u



sumber Google


   Sebelum ni aku posted entry tentang menguruskan urusan di Tabung Haji, JPN dan JPJ klik di sini. Semalam ada pasar tani dekat depan UTC, alang-alang kome pun pergi lah ke Tabung Haji. Peh, kome nunggu dari 8:44 pagi sampailah pukul 9:30 pagi. Orang memang ramai dekat Tabung Haji tu ha. Siap je urusan kome dekat situ, terus turun bawah pergi dekat emak.



   Sekarang nak cerita lain, tentang cara-cara sign up Maybank2u. Mudah saja, InshaAllah. Mula-mula, kita kena ada nombor telefon. Ha ini memang pasti ada lah kan? Jadi, pastikan nombor telefon kita yang kita daftar buat akaun Maybank adalah yang kita guna sekarang. Faham? Macam aku, disebabkan aku tukar nombor baru, aku kena ubah semula nombor di akaun Maybank aku. Ha, bagaimana? Caranya ialah pergi ke ATM Maybank, tekan pada pilihan Maybank2u, kemudian tekan pada nombor telefon. Selepas itu, masukkan nombor telefon anda yang anda pakai sekarang. Mudah. Selesai.



   Kemudian, balik rumah buatlah Maybank2u. 


1. Caranya ialah buka laman web http://www.maybank2u.com.my/ (klik)
2. Tekan pada butang Login di atas page tersebut.
3. Kemudian, klik pada butang Register Now.
4. Masukkan maklumat yang dia nak. 


   Siap. Okay, itu sahaja. Banyak kegunaan Maybank2u antaranya ialah boleh beli topup online, nak shopping online pun mudah dan banyak lagilah.



Tuesday, 14 February 2017

Renew IC, Lesen di UTC Kuantan



UTC Kuantan - sumber Google


Assalamualaikum WBT. 


   Okay, nak cerita lah harini pergi UTC Kuantan atas beberapa urusan. Ceh, ayat, macam drama Melayu set-set orang bisnes. Okay, straight to the main story lah, ada beberapa cerita yang aku nak kongsi.


   Biasalah kan, kalau nak buat apa-apa urusan macam pergi bank ke, buat IC ke, renew passport ke, bayar bil ke, apa-apalah urusan mesti pergi awal pagi, kan? Mesti punyalah, kalau tak ramai je orang. Macam kisah aku harini, mula-mula nak ke Tabung Haji di UTC Kuantan (tingkat 2). Masalahnya, aku sampai pukul 12 tengah hari, giler kau orang menunggu sampai di luar ruang pejabat Tabung Haji! Mak aihhh, lama tu nak tunggu. Jadi, tak jadilah aku nak masuk, sebab urusan aku tak adalah terburu-buru sangat. Dulu aku pergi Tabung Haji di UTC Kuantan pukul 8:30 pagi ha. Tak silap aku pejabat tak buka lagi waktu tu, alah, tunggu sekejap je, lepas tu buka dah ha. Bukan aku je yang datang awal, ada juga beberapa orang yang lain turut menunggu sebelum waktu pejabat dibuka. Ha! 



   Kemudian, aku ke tingkat bawah, pergi pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Fuh, tekan nombor, ambik nombor, duduk sekejap. Tengok dekat skrin paparan nombor, keluar nombor aku. Tempat duduk nampak macam penuh tapi urusan siap cepat belaka, orang yang tunggu pun ada yang tunggu lesen. Lesen P aku tamat 23/3/2017. Aku pun ke JPJ sebab nak renew, lagipun aku dah dekat Beijing waktu tu. Kemudian, kami berdialog, ceh! 




Pegawai JPJ: Lesen paling awal nak renew 5 hari sebelum. Sekarang tak boleh lagi.

Aku: Ya? Kalau saya tak ada, orang lain boleh tolong renewkan?

Pegawai JPJ: Boleh, bawa lesen dan IC, ataupun bawa lesen dan sekeping gambar passport.


Ha, kecewa aku. Ceh, tak apalah, nanti minta tolong abah renewkan.


   Seterusnya, aku ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tujuan aku ke situ untuk renew IC. Ambik nombor, tak sempat duduk nombor dah dipanggil. Disebabkan cap jari kanan aku tak dapat diimbas, IC aku siap mungkin sebulan atau dua bulan kemudian. Fuh, sedih! Aku memang sedia maklum, ibu jari kanan aku merekah sampai hilang bunga :( Abah pun renew IC, IC siap hanya dalam sehari saja, tak silap abah boleh ambil IC sebelum pukul 8 malam hari ini. 


   Okay, sekian daripada aku. Alhamdulillah al kulli hal.