Posts

Showing posts from September, 2016

Safari Beijing

Image
Turun bawah, dah siap nak bergerak ke Safari, eh Anis tak turun lagi. Tunggu Anis sekejap.Baru keluar dari pintu pagar sekolah, eh kad pelajar Syaf tertinggal. Kalau ada kad pelajar, harga boleh kurang sikit.


   Dah sampai dekat bus stop, tunggu 10 minit bas dah sampai. Baru nak naik bas, eh bas berlalu pergi macam tu je. Tak perasan kot ada penumpang dah lama berdiri dekat tepi tu. Kena tunggu lagi. Beberapa minit lepas tu, bas 563 sampai. Kami naik. Berhenti di depan National Library, masuk stesen subway National Library. Perjalanan ke Tiangongyuan bermula.


   Dari stesen National Library sehinggalah ke stesen terakhir di Tiangongyuan harus melalui 26 stesen kesemuanya. Lama memang lama beb! Dapat tempat duduk terus duduk! Akhirnya, selepas hampir sejam lebih dalam ditie, sampai juga di destinasinya. Eh tapi belum sampai lagi ke Safari tu. Kena naik kuai che dulu atau pun teksi untuk ke sana. Pergi balik 120 kuai. Kuai che ni dalam bahasa Melayu ialah kereta laju la kot. Kuai (laju…

Esok Balik Beijing

Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang 🎧
   Kini aku yang akan kembali ke bumi bertuah sana, Beijing! Aku kah kekasih yang Beijing rindukan? Okay, tidak lawak!

   Kembali dengan azam baru? Adakah punya azam baru? Atau kembali dengan barang makanan yang banyak? Ceh! Aku masih di Malaysia, flight esok petang, InshaAllah.

   Masuk semester baru, kalau baca dekat Twitter lah, orang-orang tulis masuk semester baru dengan harapan lagi bagus daripada semester yang lepas. Samalah macam aku. Mengharapkan hari mendatang semuanya lebih baik daripada hari ini dan hari lepas.

   Ramai kawan, seniors dah selamat sampai di bumi Beijing. Pastinya, pastinya dengan senarai nama classmates yang keluar ini bakal menjanjikan pelbagai perkara baru.

 Trust me, kalau sekarang cakap, "Harapnya kita okay, tak ada perang ke apa ke lepas ni."

   Itu hanyalah sekadar kata-kata. Bear in mind, nanti akan ada juga percanggahan, mustahil untuk tidak ada percanggahan.

   Tunggu lah nanti, mesti ad…