Posts

Showing posts from November, 2025

28 November 2025 - Banjir Kuala Lipis

Image
Sepatutnya sebagai seorang guru bahasa, saya mungkin boleh buat tajuk penulisan yang lebih berbahasa dan bernyawa, tapi saya memilih untuk menulis tajuk seperti di kebiasaan artikel berita saja. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama saya menghadapi banjir di Kuala Lipis sepanjang tiga tahun saya di sini. Perasaan yang menghentam saya sehari dua ini amat memenatkan tapi kita bertahan dan terus kuat terutamanya untuk anak-anak pelajar SPM serta amanah tugas warden yang diberikan. Jadi, seringkas itu tajuknya, buat saya yang terkejut! Bermula Rabu dan Khamis lagi (26-27/11/2025), hujan sekejap turun sekejap berhenti, tetapi pada Khamis, hujan gerimis dan renyai turun tanpa henti. Hati saya cukup berdebar kerana hujan yang berlarutan serta laporan MET tentang taufan Senyar itu pun sudah memberikan petanda. Khamis malam, kumpulan WhatsApp naik notifikasi tanpa henti. Jadi, PdPC pada Jumaat dibatalkan dan OPS PAYUNG perlu dilancarkan. Jumaat, 28/11/2025 kami seluruh warga sekolah, bergot...