#TurkiAndalus: Istanbul, Seindah Khabar

Feri Bosforus


Kedengaran sayup azan subuh, bangkit untuk mengambil wudhu'. Subuh di sini pukul 6:50 pagi. Kemudian, solat subuh, bersiap dan bersarapan. Selepas itu, kami menaiki bas dan turun di Hentian Eminonu. Oh ya, nak naik bas di sini kena lambai-lambai baru bas berhenti. Kalau tak, bas tak berhenti, terus jalan. Nak turun bas pun kena tekan butang berhenti.

Sampai saja di Hentian Eminonu, kami terus turun di jeti feri. Pastikan beli tiket di pejabatnya terus, terjamin. Harga seorang 25L. Kami naik feri yang bergerak pukul 10 pagi. Ada banyak trip untuk naik feri ni, sampai ke petang. Tepat 10 pagi, feri pun bergerak. Orang tidak terlalu ramai, tempat open view di bahagian atas memang banyak yang kosong. Dalam feri ada audio tour guide yang ceritakan tempat-tempat tarikan di Istanbul. Lama-lama atas feri, boleh mabuk ana. Atas feri ada dijual jus segar, sahlep serta roti-roti. Oh ya, feri akan berhenti di beberapa tempat. Karikoy, Uskudar dan ada tempat lain juga. 


Dalam pukul 11:30 pagi, kami pun turun semula di jeti Eminonu. Di situ terdapat 3 buah gerai makan yang menjual sandwic ikan. Besar, sedap, fresh! Dalam bahasa Turki ialah Balik Ehmek. Satu sandwic berharga 15TL. Pagi-pagi, gerai baru buka, tak ramai orang lagi. Menjelang petang, kawasan jeti memang penuh!



Spice Bazaar


Usai brunch Balik Ehmek, kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazar, betul betul terletak berhadapan dengan jeti Eminonu. Besar juga Spice Bazar ya. Dekat sini kami tak membeli pun, jalan-jalan saja. Puas berjalan, kami pun bercadang ke Eminonu New Mosque 🕌 untuk solat. Saya dan Dayana mahu ambil wudhu', tandas terletak di bahagian luar masjid dan masuk berbayar ya di sini, sebanyak 1TL, manakala Shikin dan Shai masuk ke dalam masjid terlebih dahulu.

Saya dan Dayana keluar saja dari tandas, ruangan solat sudah penuh dan tidak boleh masuk ke dalam. Oh lupa! Hari ini ialah hari Jumaat. Ramai jemaah lelaki berpusu-pusu masuk ke dalam masjid sehingga terpaksa membentang sejadah di luar masjid. Ada juga mak cik-mak cik yang solat di bahagian tangga di luar masjid. Maka, kami terpaksa tunggu di luar masjid. Nampak gaya, memang kena tunggu solat Jumaat selesai baru boleh solat di dalam.

Usai solat Jumaat, saya dan Dayana cuba untuk masuk ke dalam masjid tapi berbondong-bondong jemaah yang keluar, memakan masa yang lama juga ya. Subhanallah! Shikin dan Shai pun dah keluar dari ruangan solat, maka saya dan Dayana pula meluru masuk untuk solat. 

Subhanallah! Ruangan dalam masjid sangat wangi. Karpet masjid pun wangi. Oh ya, sebelum masuk masjid, plastik diagihkan untuk kita letak kasut dalam plastik dan bawa kasut kita bersama kita ke dalam masjid. Di ruang solat terdapat rak-rak kasut, jadi kita letak kasut kita di situ. 


Menara Galata

Usai solat, kami pun ke Menara Galata dengan menaiki bas, menara ini punya sejarahnya. Setelah mengalami beberapa siri kerosakan, akhirnya menara ini dijadikan sebagai tempat pelancongan. Ramai orang beratur di sini, kami tidak naik ke dalam menara. Hanya melihat dan mengambil gambar dari luar menara.


Istiklal Street

Kemudian, kami menaiki bas menuju Istiklal Street. Di sini terdapat banyak kedai mewah, kalau di Beijing, Istiklal Street ini lebih kurang seperti di Wangfujing. Kemudian, sepanjang Istiklal Street berjalan sampailah ke Taksim Square. 


Taksim Square

Sekitar Taksim Square ini terdapat kedai-kedai, kafe, kedai kebab dan ramai orang di sini beraktiviti, bergambar. Tengok jam, hari masih panjang! Jadi, kami bercadang ke Terminal Eminonu semula untuk melihat matahari terbenam.


Eminonu: Matahari Terbenam

MashaAllah, cantik sangat! Orang semakin ramai, tidak seperti pagi tadi. Kami mencuba makanan Turki seperti sut sahlep, jagung bakar, simmit dan satu jenis manisan seperti kuih keria. Sambil makan, sambil menikmati suasana menjelang senja di Eminonu. Hari pun semakin sejuk, kami pun bercadang untuk pulang ke apartment. 

Bersedia untuk cabaran hari esok!


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?