Mereka Berlari di Padang, Aku Bertarung Dalam Diam
Sejak posting 2023, tiga tahun ini terasa berat. Tapi, malaslah aku nak cerita beratnya menanggung rasa, kerana doa mak dan abah, kehadiran mak dan abah, keberadaan adik-adik dan kawan baik, sentiasa ada dan aku yakin, doa-doa mereka diangkat, sehinggakan aku mulai redha dan belajar untuk tunduk. Cuma makin lama bekerja dengan manusia, terasa makin mencabar keimanan dan kesabaran. Ikut rasa, binasa; jadi, diamkan saja. Selagi buat kerja kita, sudahlah. Okay, chin up! Hari ini hari kedua MSSD Olahraga, aku selaku guru pengiring serta juruletih, jantung memang tak senang degup. Berdebar lain macam nengok anak-anak atlet masuk gelanggang perjuangan mereka. Sedikit sebanyak juga memberikan secebis pengalaman dulu-dulu pernah join wakil Kuantan, kita turunkan kepada anak-anak murid. Melihat ada yang menggenggam emas, perak, gangsa dalam acara yang mereka sertai, ada rasa bangga, terharu dan syukur atas kejayaan mereka. Untuk menggenggam pingat, b...