Keluar pukul 7 pagi, naik bas pukul 8 pagi. Lambat juga bas di sini ya, sejuk-sejuk kami tunggu. Bas berhenti di bandar, dekat-dekat dengan Cathedral, dari situ kami naik bas C32 terus ke Nasrid Palace.
Alhambra: Nasrid Palace & Generalife
Kami mula-mula tak berapa pasti macam mana nak meneroka Alhambra ini, rupanya memang masuk melalui Nasrid Palace. Jadi, penting ya untuk pegang tiket Nasrid Palace. Pada tiket tersebut ada QR Code, QR Code itu bukan saja untuk masuk ke dalam Nasrid Palace, malah ketika keluar di pintu EXIT (Keluar) Nasrid Palace pun dia akan scan, malah untuk masuk Generalife juga dia akan scan tiket Nasrid Palace itu. Senang cerita, tiket tu jangan bagi hilang atau buang.
Orang kata, masuk Alhambra memang sangat mengujakan, memang betul! MashaAllah sangat! Cantik, bersih, menakjubkan! Setiap ukiran, setiap kalimah, setiap seni yang ada di dalam kawasan Alhambra ini sangat menakjubkan!
Mezquita de Mayor Granada
Usai menjelajah Alhambra, pukul 10:30 pagi kami turun semula ke bandar dengan naik bas C32 juga. Macam biasa, naik bas di Eropah nak naik bas lambai-lambai dulu, nak turun tekan butang STOP. Kemudian, kami bercadang untuk ke Masjid Granada.
Macam biasa, kita Mr. Google dulu. Masjid ini buka pukul 11 pagi - 2 petang, kemudian 4 hingga 6 petang. Senang kata, buka pada waktu solat saja. Punya gigih kami naik atas ni dengan berjalan kaki, penat! Berbukit! Masjid ini di atas bukit ya.
Rupanya, boleh saja naik bas C31 atau C32. Selesai mendaki bukit, akhirnya sampai sudah di masjid yang cantik ini. Masjid ini juga menjadi tumpuan pelancong, ramai yang datang masuk. Namun, ruangan solat tidak dibuka untuk pelancong. Hanya di luar bangunan sahaja. Masjid ini serba putih, sangat cantik!
Dari masjid ini boleh melihat pemandangan seluruh bandar Granada. Di seberang kelihatan Alhambra yang berdiri dengan megahnya. Subhanallah!
Usai menjengah kawasan bandar Granada ini, kami pun pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan berehat!
Comments
Post a Comment
Ya, saya?