#TurkiAndalus: Persediaan ke Turki & Sepanyol
Tahun akhir, dua lagi cuti semester, Dayana bercadang untuk ke Timur Tengah atau tempat lain. Akhirnya, keputusan akhir ialah ke Turki dan Andalusia. Bukan mudah untuk buat keputusan, setelah berfikir sedalam-dalamnya, akhirnya inilah dia!
Dengan padatnya semester ini, memang tak ada tarikh yang tetap untuk adakan perbincangan formal, ewah! Bila-bila masa teringat terus cari info, beli apa-apa yang perlu dibeli. Namun, kali ini kami bersama lagi dua orang adik berkelana ke dua negara nanti. Semoga perjalanan kelak dapat menaikkan rasa kejaulahan, eh!
Hari ini 17/12/2019, dua minggu lagi untuk memulakan pengembaraan. Kali ini benar-benar teruji, terasa semua benda perlu dilunaskan pada masa yang sama. Fuh! Semoga Allah meredhai perjalanan ini.
Semestinya persediaan yang rapi mesti diambil berat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kami bercadang dari awal semester lagi, kira-kira empat bulan yang lalu. Namun, dengan jadual yang sedikit padat, tidaklah setiap minggu mampu untuk menyambung itinerary. Mana-mana masa terluang, terus cari info.
Saya ingin berkongsi beberapa perkara yang kami buat untuk trip kali ini:
- Penginapan
- Pengangkutan
- Kad sim
- Aplikasi telefon bimbit
- Lain-lain
1. PENGINAPAN
Kami melayari aplikasi Booking.com dan Airbnb untuk mencari hotel atau hostel yang kami ingin menetap. Jangan risau, di Turki harga hotel semalaman pada musim sejuk sangat murah! Boleh dapat RM40 satu malam. Cuma di Sepanyol tidaklah semurah Turki.
Info penting!Untuk cara pembayaran, pastikan kita betul-betul tengok, sama ada mahu gunakan kad bank atau tunai. Oh ya, ada sesetengah tempat menerima cara pembayaran menggunakan Union Pay. Selalunya penginapan di Eropah akan mengenakan cukai.
✰ Istanbul (Airbnb):
Kami menetap di sebuah apartment di kawasan Fatih. Tuan rumah sangat baik! Rumah yang selesa dan cukup besar untuk kami berempat. Solat pun boleh berjemaah untuk empat orang. Ada dapur, mesin basuh, peti ais. Pengangkutan awam juga dekat dengan rumah. Di kiri kanan rumah ialah restoran dan kedai runcit. Cumanya rumah di tingkat tiga, kalau untuk orang tua mungkin sedikit mengah tapi untuk anak muda sepatutnya okay-okay saja.
✰ Cappadocia (Booking.com):
Kami menetap di The Dorm Cave by Traveler. Dorm yang sangat unik! Seperti duduk di dalam gua. Satu bilik ada 4 katil. Tandas di luar, jangan risau, tandas bersih! Bilik pun suam-suam, tidak terlampau sejuk. Sarapan yang disediakan MashaAllah sedap! Boleh minta kettle, iron di receptionist.
✰ Barcelona (Booking.com):
Break N Bed Hostel juga mengingatkan saya kepada hostel yang saya menginap di Switzerland. Cumanya bilik yang kami duduk sangat luas, tidak seperti yang saya bayangkan. Ada lima katil, boleh minta iron. Tandas di luar. Dapur juga ada, sangat memuaskan.
✰ Granada (Airbnb):
MashaAllah tuan rumah sangat baik dan rumahnya juga sangat cantik! Segala kelengkapan disediakan dan ditambah pula dengan adanya Netflix, sambil makan sambil menonton tv. Semua ada kecuali mesin basuh.
✰ Cordoba (Booking.com):
Apartmento El Rincon del Rio sememangnya menawarkan rumah yang sangat mewah! Dengan hanya RM50 seorang untuk dua malam, kami berasa sangat bersyukur dan riang kerana rumah ini menawarkan semuanya! Mesin basuh, peti ais, tea maker, meja makan, kerusi sofa, dua bilik yang luas, tandas yang bersih! Malah, turut menyediakan muffin dan susu, serta teh dan kopi.
2. PENGANGKUTAN
✦ Kapal terbang: boleh cari di Kayak, Trip.com, TravelGo dll
- BEI-IST: Azerbaijan Airlines (Trip.com)
- Kayseri-BARCA: Pegasus Airlines (Trip.com & TravelGo)
- BARCA-GRX: Vueling (beli di laman web Vueling.com)
- Malaga-KL: Turkish Airlines (Trip.com)
Bercerita tentang kapal terbang ini, pada awalnya kami book tiket Beijing-Istanbul (Ukraine Airlines) di Trip.com serta TravelGo. Awal bulan 10 kami dapat notifikasi bahawa penerbangan tersebut dibatalkan. Untuk urusan refund, TravelGo sangatlah lambat, malah servisnya kita pula yang perlu kerah mereka. Setelah dua bulan menunggu, barulah dapat semula duit.
Ketika kami di Kayseri Erkilet Airport, terdapat masalah dengan penerbangan kami pada hari tersebut. Sejam sebelum kami tiba di airport, saya sajalah buka aplikasi Trip.com untuk lihat maklumat penerbangan kami nanti, tiba-tiba saya dapat notis FLIGHT CANCELLED. Allah! Boleh baca cerita kami di entri Cappadocia nanti.
✦ Bas bandar ke bandar:
Bas Istanbul-Cappadocia (Sumber: Google) |
- IST-CAPPADOCIA: kami beli di Istanbul Ottogar (Stesen Bas Istanbul) sehari sebelum ke Cappadocia. Oh ya, pada awalnya saya bayangkan otogar Istanbul ini seperti Hbf di negara Eropah yang lain, atau pun paling kurang seperti TBS. Rupanya, sangkaanku salah!
- Granada-Cordoba: beli tiket di aplikasi ALSA
- Cordoba-Malaga: beli tiket di aplikasi ALSA.
Bas ALSA (Sumber: Google)
INFO ALSA!
Boleh print atau save gambar tiket dalam telefon bimbit anda. Bas ALSA tidak seperti FLIXBUS, tidak strict seperti FLIXBUS: seat boleh pilih mana-mana, beg dan bagasi tidak diberikan tag, letak sendiri di ruangan bagasi. Kalau FLIXBUS, pemandu akan letak tag bagasi pada bagasi kita untuk secure bag kita.
✦ Pengangkutan awam:
- Istanbul: beli istanbulkart pada mesin dan boleh topup kad di mesin tersebut. Boleh guna untuk bas, tram dan subway.
- Barcelona: dari airport ke bandar, kami naik AEROBUS, bayar terus kepada pemandu bas. Untuk perjalanan kembara di Barcelona, kami beli kad HOLA BCN 48HRS, boleh beli di stesen metro. Boleh digunakan untuk subway, bas.
- Granada: tuan rumah bagi kami guna kad CREDIBUS miliknya, kami hanya topup 20EU dengan pemandu bas. Tambang bas di Granada ialah 1.30EU, namun jika guna kad bas ia akan dipotong mengikut jumlah topup kita. Contoh, kami topup 20EU, tambang yang dipotong setiap kali naik bas hanya 0.83EU. Makin banyak topup, makin sikit saja tambang dipotong. Jimat! Satu bas boleh berkongsi dengan kami berempat, sama seperti di Turki.
- Cordoba: mengikut pembacaan kami di internet, pengangkutan di Cordoba menggunakan kad Bonobus. Namun kami tak beli kad bas ini kerana kebanyakan tempat yang kami tidak jauh dari apartment kami, jadi kami hanya membayar kepada pemandu bas saja. Untuk topup kad Bonobus di Cordoba ini, boleh topup sendiri di dalam bas, ada mesin topup kad yang bersaiz kecil di dalam bas.
3. KAD SIM
Sumber: Google |
Comments
Post a Comment
Ya, saya?