Temuduga IPG : Sejarah 2015
Assalamualaikum WBT.
Saya datang dari Kuantan, jauh weh dari Lipis, jadi saya dan keluarga bertolak sehari awal dan tidur di Hotel Jelai. Bangun subuh, siap-siap terus nak ke IPG Lipis. Saya cuba mind set dalam kepala, "RILEKS JIHA, RILEKS. JANGAN GELABAH, JANGAN NERVOUS."
Pukul 8 pagi, ada taklimat tapi sebab mak abah ajak bersarapan, singgah lah sekejap dekat warung tepi jalan. Makan nasi lemak, ceh, padahal ada taklimat pukul 8. Sedap-sedap makan nasi lemak, tengok jam tak silap pukul 7.30 pagi dah. Itu baru letak nasi atas meja, tak makan lagi, tak hirup teh susu panas lagi. Rileks je gayenyer~ Banyak lori lalu-lalang, agak sibuk juga jalan pagi-pagi di Lipis, dengan budak-budak nak pergi sekolah lagi.
Sampai saja di sana, terus pergi ke dewan kuliyyah. Jadi, masuk-masuk terus dengar sepatah dua kata daripada Ketua Panel Penemuduga dan juga Ketua Temuduga IPG Lipis. Habis taklimat, semua bergerak ke bilik masing-masing.
Jujur cakap, cuak memang cuak tapi kena kawal juga cuak itu. "Okay rileks, cool, interviewers manusia juga, InshaAllah, urusan dipermudahkan." Ayat pujuk diri sendiri. Kita tak boleh nervous sangat, nervous memang ada tapi itu sememangnya membantu sedikit sebanyak persediaan kita juga lah.
Okay, seterusnya, sebelum sesi interview (iv) bermula, para penemuduga akan suruh kita check fail semula, susun betul-betul. PASTIKAN SEMUA SIJIL YANG DAH DIFOTOSTAT ITU DISAHKAN. Faham? Sahkan lah dengan pengetua ke, guru besar ke. Nanti tak pasal-pasal sibuk pula nak cari pegawai IPG nak sahkan salinan sijil kita. Salinan sijil letak dalam satu sampul surat.
Saya ditemuduga pada sesi 1, maksudnya KUMPULAN PERTAMA YANG DITEMUDUGA! Sis cuba rileks tapi hakikatnya, luaran tampak cool, bila bercakap suara terketar-ketar. Kalau macam sis, sis dapat subjek Sejarah. Jadi, penemuduga itu juga pensyarah Sejarah. Penemuduga ada 2 orang.
1. Kami disuruh memperkenalkan diri dalam English wow bravo!
2. Kami dipertontonkan video, macam kumpulan saya; video tentang seorang ibu yang mendapat tahu bahawa anaknya berkawan dengan gangster. Bincangkan.
3. Kami disuruh membuat perbincangan (sebenarnya panel nak mendengar kita melontarkan idea saja, jadi lontarkanlah saja apa-apa yang anda rasa, asalkan bercakap! Jangan tak bercakap pula.)
4. Kemudian, kami ditanya tentang soalan berkaitan dengan course kami iaitu SEJARAH. Kami ditanya tentang sukatan Sejarah sekolah rendah, asal usul sejarah tempat tinggal kami, kelebihan kami dsb. Banyak jugak soalan, hampir sejam lebih juga bertemuduga, phew~
Tak ada sesi individu, berkumpulan saja tapi saya rasa masa iv tadi santai saja, tak terlalu stress, tak terlalu berat, kena yakin walaupun beberapa kali 'dibelasah' oleh penemuduga, nak rasa malu, itu cerita lain, asalkan bercakap.
Penemuduga suruh saya yang tak pernah-penah bercerita depan orang ramai, disuruh bercerita; bedal saja asalkan yakin! Suara memang terketar-ketar tapi redah saja. Redah memang redah, tapi redah berilmu sikit, cerita lah pasal Hang Tuah, Hang Jebat, fuh...
Di samping itu, panel ada bertanya tentang bahasa tambahan, macam ada belajar Arab ke, Jepun ke, so, cakap sikit-sikit je lah. Suara kena kuat masa bercakap, kalau tak panel mungkin akan ulang, "Kuat sikit cakap tu." Semasa bercakap biar terbit senyuman di bibir cehhh.
Alhamdulillah, selesai temuduga. Yakinlah, setiap apa yang kita dapat, itu semua perancangan Allah yang terbaik bagi kita. Dapat atau tidak, semuanya ada manfaat untuk kita. InshaAllah.

Jadi, kepada anda yang akan menghadapi temu duga, selamat maju jaya, buat sehabis baik InshaAllah.
Klik sini untuk baca: UKCG 2015 IPG Lipis
did u pass?
ReplyDeleteYes, alhamdulillah :)
Deletesis, macam mana klu nak mohon ipg pon tak lepas? inikan pula mahu belajar bahasa mandarin under ipg? kalau kes saya ni macam mana ye?
DeleteTak mengapa, masih ada jalan lain. Ada juga Universiti Awam (UA) lain yang menawarkan kos pengajian bahasa Mandarin ketika peringkat degree. Tak belajar di China, di Malaysia pun apa kurangnya.
DeleteAsssalamualaikum kak. Sekarang ni saya tengah tunggu panggilan iv untuk ipg, harap dapatlah. Saya minta sj dan bm. Ada beberapa soalan saya nak tanya.
ReplyDelete1. Boleh tak akak ceritakan apa yang kita akan pelajari dekat ipg? Sebab saya dengar ada banyak subjek lain.
2. Hari tu saya jalani ujian UKCG di Batu Rakit, Tganu. Kalau saya dapat masuk ipg, di mana saya akan ditempatkan? Ikut subjek atau random?
3. Lepas habis belajar di ipg, memang terus dapat posting praktikal jadi cikgu sk rendah ke?
4. Adakah gaji cikgu sk rendah lebih kurang je dengan cikgu sk menengah? (Saya rasa malu tanya soalan ni tapi saya nak tahu.)
5. Saya rasa agak risau sebab sj bukan subjek upsr..
Harap akak dapat reply ASAP. Thank you in advance.
وعليكم السلام ورØمة الله وبركاته
Delete1. Sebab saya tak belajar di IPG, jadi saya kurang arif. Mungkin boleh bertanya para pelajar di IPG.
2. Soalan ini mungkin pihak atasan yang tetapkan.
3. Habis belajar IPG, ada banyak lagi steps kena buat. Kena interview dulu, baru dapat posting.
4. Saya tak tahu.
5. Tak apa, yakin dengan rezki yang Allah bagi.
Asssalamualaikum kak. Sekarang ni saya tengah tunggu panggilan iv untuk ipg, harap dapatlah. Saya minta sj dan bm. Ada beberapa soalan saya nak tanya.
ReplyDelete1. Boleh tak akak ceritakan apa yang kita akan pelajari dekat ipg? Sebab saya dengar ada banyak subjek lain.
2. Hari tu saya jalani ujian UKCG di Batu Rakit, Tganu. Kalau saya dapat masuk ipg, di mana saya akan ditempatkan? Ikut subjek atau random?
3. Lepas habis belajar di ipg, memang terus dapat posting praktikal jadi cikgu sk rendah ke?
4. Adakah gaji cikgu sk rendah lebih kurang je dengan cikgu sk menengah? (Saya rasa malu tanya soalan ni tapi saya nak tahu.)
5. Saya rasa agak risau sebab sj bukan subjek upsr..
Harap akak dapat reply ASAP. Thank you in advance.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum..kak nak tanya yg ckp bhsa inggeris tu utk intro je kan...and satu lagi yg kpm,program kerajaan kita mmg kna tau erk...isu semasa pon...tq
ReplyDeleteوعليكم السلام ورØمة الله وبركاته
Delete1. Saya rasa terpulang kepada panel penemuduga; dekat bahagian mana dia nak suruh kita cakap English.
2. Kita tahu jugak lah, nampak lah kita ni berilmu.
Assalamualaikum kak. Nak tanya, the whole interview in english ke ? Lepastu sekarang ni memang takde temuduga individu ye ?
ReplyDeleteوعليكم السلام ورØمة الله وبركاته
Delete1. Ada part kena berbahasa English, major cakap Melayu.
2. Tak ada iv individu.
Hi kak. Saya kena panggil temuduga ipg. But tak tahu nak prepare apa? Emm kena tahu isu semasa then apa lagi. Pasal pendidikan ke? Yg lain ke yg maybe dia tanya
ReplyDeletePasal subjek sejarah, yang lain soalan rasional saja
DeleteIv sej ade tnye tntang sejarah mlysia atau dunia tak...nk kne study blek ke sub sejarah nih
ReplyDeleteTak ada lah pula ditanya sejarah Malaysia atau dunia, cuma lebih kepada pengetahuan am. Kalau tahu sejarah Malaysia, dunia itu dikira bagus lah. Tak perlu study kot, kalau ingat satu bonus.
DeleteHi, bagaimana soalan sukatan sejarah tu disoal? dalam bentuk apa?
ReplyDeleteDalam bentuk soalan lisan, ditanya dalam buku teks ada tajuk apa, lebih kurang lah.
DeleteSis, panel tu ada tunjuk video tak? And soalan yg dia tanya berkaitan sejarah malaysia n dunia ke? Saya tak tak tahu nk prepare apa dah sis ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Takut sgt
ReplyDeleteAda video, soalan takda lah terlalu fokus terhadap sejarah.
Deletesalam sy dh lepas iv utk iph,agak2 mudah x dpt bagi pelajar yg ambik sejarah and dia tu lelaki?
DeleteWaalaikummussalam WBT, InshaAllah ada rezki Allah bagi, doa dipermudahkan :)
Deletesis waktu die suruh cakap bahasa tambahan tu..sis cakap bahasa ape..dan cerita pasal ape?? lame tak
ReplyDeleteCakap bahasa Jepun, cakap sikit je tak sampai 30 saat kot serius sebab tak ingat sangat pun.
DeleteIpg subjek sejarah dapat kat ipg kampus mana
ReplyDeleteSaya tak pasti dapat kampus dekat mana, maaf.
DeleteAssalamualaikum sis. Memang interview IPG sampai sekarang takda interview individu ek? Terima kasih :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam, setakat tahun saya pergi iv memang tak ada. Saya tak pasti untuk panggilan seterusnya.
Deletesalam sis..saya dapat 4A+ dlam spm and slah satunya adalah subjek sejarah..Agak" boleh tak saya apply IPG ni untuk kos Sejarah
ReplyDeleteAssalamualaikum kak jiha.. boleh tak emailkan nombor telefon atau username mana mana application yg akak guna. Saya ingin bertanya soalan tentang ipg. Terima kasihh��
ReplyDeleteAssalamualaikum kak jiha.. boleh tak emailkan nombor telefon atau username mana mana application yg akak guna. Saya ingin bertanya soalan tentang ipg. Terima kasihh��
ReplyDeleteWaalaikumussalam, akak minta maaf atas kelewatan membalas. Boleh emel dekat jihajahari@gmail.com
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWah! Tahniah, semoga semuanya berjalan lancar :D
DeleteKampussejarah ipg Kat mana
ReplyDeleteMaaf, saya tidak tahu.
Delete