#TurkiAndalus: Hola Barcelona!

Camp Nou

Destinasi pertama kami hari ini ialah Cmp Nou Stadium. Hola, hola! Teruja, gembira, tak sabar! Kami tidak ambil stadium tour, sekadar melihat dari luar stadium dan masuk ke Mega Store. Tangkapan Shikin ialah botol air, beg dan juga keychain. Fuh!


Park Guell

Semangat nak pergi sebab tengok Google gambar lawa-lawa. Sekali nak ke sana, kena memanjat sepanjang 900 meter, jauh tu nak! Dengan jalan berbukit, dengan anjing-angjing lagi. Kami tak masuk ke dalam, untuk tiket masuk berharga 10EU, kalau nak beli pada pejabatnya kena menggunakan credit card sahaja. 


La Rambla

Kemudian, kami ambil keputusan untuk ke La Ramblas. Tak mengapalah, Park Guell memang besar, nampak cantik tapi sebab sekadar taman, kami tak bercadang untuk masuk. 

Sampai sahaja di La Ramblas, terus teringat kandungan buku teks pada tahun kedua belajar subjek bahasa Inggeris. Ramai dengan pelancong namun tidak kecoh sangat pun, tiada pun orang yang tiba-tiba menari atau tugu-tugu orang yang bergerak-gerak tu. 

Sepanjang kami berjalan di situ, kami nampak ada St Joseph Market. Di situ di jual buah-buahan, coklat, jus segar, smoothie. Kami beli strawberi yang disalut coklat, MashaAllah sedap! 


Plaza Catalunya

Di sini tempat orang beristirahat, duduk melihat bangunan sekeliling, ada juga kedai-kedai cenderamata berdekatan. Terdapat banyak sangat burung merpati!

Sagrada Familia

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Sagrada Familia. Dikatakan di sini gereja dari zaman dahulu lagi tidak henti-henti membina gereja ini. Kami tidak masuk ke dalam, hanya melihat dari luar. Nak masuk, bayor!
Kemudian, kami pulang dan masak makan malam. Feh, lapor.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?