#TurkiAndalus: Berita!
Hari ini pukul 1 pagi dah bangun tidur. Semalam punya aktiviti memang lenguh satu badan, nak tidur pun tak boleh. Kalih sana kalih sini, tengok jam dah pukul 11:30 malam. Tepat jam 3 pagi, pintu bilik kami diketuk oleh pemandu shuttle bus kami. Kemudian, kami turut dibawa ke tiga lagi hotel berbeza untuk mengambil penumpang yang lain. Macam biasa, memang laju betul ya pak cik tu bawa bas. Dalam masa 19 minit, beliau sudah siap ambil semua penumpang dan dalam masa 45 minit kami sampai ke Kayseri Erkilet Airport.
Sewaktu dalam van, hati dah mula rasa tak sedap. Bila check app Trip.com, ha sudah!
Berita burukkah?
Penerbangan dari Kayseri ke Sabiha Gokcen dibatalkan. Bila check dekat Google, rupanya ada masalah di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen. Pesawat dari UAE tergelincir dari landasan dek cuaca angin kencang di Istanbul sana.
Maka, huru-haralah suasana di Lapangan Terbang Kayseri ini. Orang di sana di sini berteriak, malah ada juga yang menangis. Pertama kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini.
Beberapa kali ulang alik dari kaunter check-in ke kaunter Pegasus Airlines. Sekejap ada nama, sekejap tak ada nama. Boarding pass pun dah lain. Asal ada sudah, naik terus, katanya. Akhirnya, dapat juga check-in tapi hanya nama Shikin dan Shai saja yang lepas. Ha sudah! Pergi sekali lagi ke kaunter.
Setelah ke sana ke mari, akhirnya kami pun dapat naik kapal terbang dan menjadi penumpang terakhir sekali yang dapat masuk kapal terbang. Dengan kekangan bahasa, sekejap kata kena ambil bagasi, sekejap kata bagasi terus sampai ke Barca, risau juga bagasi kami tidak tersampai ke Barcelona. Haru biru!
Awalnya kami diberitahu bahawa kami akan transit di IST Airport, tiba-tiba ketika kami sudah bersedia untuk masuk ke Security Control, nampak signboard SABIHA GOKCEN AIRPORT. Eh! Eh? Eh!
Hasudah!
Apa-apa pun kami terus saja ke bahagian Security Control dan mencari pintu 205B untuk ke Barcelona. Penat sangat dah, terduduk sahaja di situ. Apabila ada pekerja syarikat penerbangan yang check tiket kami, terus kami lega. Benarlah, kita akan ke Barcelona.
Alhamdulillah, alhamdulillah.
Selamat sampai di Barcelona, check-in Break N Bed Hostel, terus tak keluar dah haritu. Rezeki kami dapat check-in awal juga. Berehat sepuasnya, bersedia untuk cabaran hari esok.
Comments
Post a Comment
Ya, saya?