#TurkiAndalus: Check-in Granada

Check-out Break N Bed Hostel, Barcelona

4:15 pagi dah keluar berjalan 800 meter ke perhentian bas. 正好 pukul 4:33 pagi sampai perhentian bas, bas pun datang. Penuh bas dengan orang yang nak ke lapangan terbang.
Dalam pukul 4:55 pagi, Alhamdulillah kami dah sampai ke lapangan terbang El Prat Terminal 1. Kami menaiki kapal terbang Vueling Airlines, check-in sendiri tau! Macam nak naik AirAsia dekat KLIA2.

Pukul 6:40 pagi kami boarding. Alhamdulillah, dua jam kemudian touch down dengan selamat di Granada Airport. Airport kecil saja. Kami blur juga nak ke mana, buat apa. Lepas Google, dapatlah info: naik bas Alsa sampailah ke stesen bas Granada, kemudian dari situ ambil bas ke AirBnB kami. 


INFO ALSA!

Keluar saja dari airport, terus nampak ramai sangat pelancong yang sedang beratur untuk baik bas Alsa. Oh ya, Alsa ialah syarikat bas, selain daripada pengangkutan awam milik Metropolitano de Granada, banyak juga nampak bas Alsa di Granada ni. Alsa ni kira macam Flixbus lah, cuma dekat Spain ni kami bergerak dari Granada ke Cordoba, Cordoba ke Malaga naik bas Alsa sebab ada route Flixbus tak lalu. Untuk tiket bas Alsa, kami beli online, boleh Hibayar guna UnionPay atau Visa/Mastercard. 

Sambung...

Kami pun pergi menuju ke bas Alsa yang jauhnya hanya mungkin 200 meter dari pintu Keluar airport. Kami pun turut beratur. Suhu di Granada sejuk sangat! Berasap-asap mulut. Tambang bas ialah 3EU seorang. 


Hola, Granada! 

Lebih kurang 15 minit, kami pun sampai di Stesen Bas Granada. Melalui pembacaan kami, pengangkutan di sini sangat convenient, kad Credibus boleh didapatkan di mana-mana kiosk atau beli saja di stesen bas. Kami cari di stesen bas, di kiosk; jawapan yang diberikan ialah beli atas bas dengan pemandu bas.

Ketika sudah menaiki bas, kami cuba berkomunikasi dengan pemandu untuk membeli kad Credibus. Malangnya, disebabkan kekangan bahasa, terjadi kekecohan di dalam bas :') Ramai mak cik, pak cik yang cuba membantu kami tapi tidak berhasil. Tiada seorang pun yang boleh berbahasa Inggeris.

Macam biasa, bas di Eropah, nak naik kena tahan bas dulu. Nak turun, kena tekan butang STOP. Awal awal lagi kami dah terlepas perhentian bas, maka berjalanlah kami. 


Willer, the host!

Rumah di sini tersusun tapi agak kotor sedikit jalannya. Najis anjing merata-rata. Setelah berlorong-lorong rumah kami redahi, akhirnya sampai di AirBnB kami. MashaAllah rumahnya cantik sangat! Bukan saja cantik, bersih malah wangi! Memuaskan! 

Kami hanya letak beg sahaja dan kami keluar ke bandar. Oh ya, Willer bagi kami pinjam kad Credibus beliau, kami hanya topup saja. Kami topup sebanyak 20EU, berkongsi untuk 4 orang. Cukup untuk kegunaan hari esok, InshaAllah.


Cathedral

Setelah 9 hentian, kami tiba di bandar. Di situ, kami berjalan sekitar Cathedral dan Grand Bazar of Granada. Asalnya kami tiada plan lagi di Granada. Nak mudah, kami buka app Visit A City, terus tengok itinerary yang dicadangkan. 

Kemudian, Dayana beritahu bahawa ada restoran Padthaiwok, restoran Thai yang halal. Maka, kami meneruskan langkah ke situ. Kedai dibuka pada pukul 12 tengah hari, kami sampai 4 minit awal.

Tepat 12 tengah hari, kedai pun dibuka dan kami terus serbu! Perut yang sudah berkeroncong ini memang mahukan makanan segera. MashaAllah sedap sangat pad thainya! Nasi goreng yang dipesan oleh Shai dan Shikin pun memang sedap! 10 bintang! 
Usai makan, kami pun bergerak ke rumah, check-in dan berehat untuk pengembaraan hari esok! 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?