#TurkiAndalus: Istanbul, Seindah Khabar
Feri Bosforus Kedengaran sayup azan subuh, bangkit untuk mengambil wudhu'. Subuh di sini pukul 6:50 pagi. Kemudian, solat subuh, bersiap dan bersarapan. Selepas itu, kami menaiki bas dan turun di Hentian Eminonu. Oh ya, nak naik bas di sini kena lambai-lambai baru bas berhenti. Kalau tak, bas tak berhenti, terus jalan. Nak turun bas pun kena tekan butang berhenti. Sampai saja di Hentian Eminonu, kami terus turun di jeti feri. Pastikan beli tiket di pejabatnya terus, terjamin. Harga seorang 25L. Kami naik feri yang bergerak pukul 10 pagi. Ada banyak trip untuk naik feri ni, sampai ke petang. Tepat 10 pagi, feri pun bergerak. Orang tidak terlalu ramai, tempat open view di bahagian atas memang banyak yang kosong. Dalam feri ada audio tour guide yang ceritakan tempat-tempat tarikan di Istanbul. Lama-lama atas feri, boleh mabuk ana. Atas feri ada dijual jus segar, sahlep serta roti-roti. Oh ya, feri akan berhenti di beberapa tempat. Karikoy, Us...