Posts

Showing posts from 2020

Bercita-citalah Setinggi Bulan!

Image
Percaya atau tidak, yang mendorong diri kita ke depan adalah cita-cita dan daya penolak; yang menolak kita ke hadapan. Ibaratnya, jika kita letakkan bola di atas padang, kita ingin masukkan bola ke dalam gawang,  kita kena sepak bola   tersebut untuk masuk ke dalam gawang gol. Kenapa kita nak masukkan bola ke dalam gawang? Kerana kita inginkan   kemenangan dan berjaya! Andai kata kita seperti bola yang hanya statik di atas padang, tidak bergolek, kita seolah-olah statik sahaja di zon sekarang ini. Sekiranya sekarang, kita merasakan sudah selesa hidup begini, bergelumang dengan kemewahan dunia yang hina dina, maka kita sebenarnya tidak berjaya lagi. Pohon kecil bertumbuh menjadi pokok besar yang bermanfaat; bayi membesar menjadi seorang insan yang berguna; kita belajar dari sekolah rendah hinggalah peringkat sekarang; bahkan perut yang kempis jika diisi boleh jadi buncit! Eh! Ha, begitulah kita dalam kehidupan. Jika statik sahaja, mana mungkin akan berkembang dan bertumbuh? Jika kita in

COVID-19: Thesis Defense Online, Luar Biasa!

Image

COVID-19: Online Class, Buat Thesis Dekat Rumah?

Image
Assalamualaikum WBT Hari ini 31 Mac 2020, sudah tiga bulan kita mengharungi tahun 2020 yang penuh dengan cabaran, bukan hanya kepada seorang dua malah seluruh manusia di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan banyak kewajipan yang perlu kita buat. COVID-19 Di sana, di sini banyak kita dapat baca tentang info, statistik, perkembangan COVID-19 di seluruh dunia. Jadi, virus yang tidak diundang ini, datang dan menyerang. Maka, pada awal episod virus ini muncul, ramai juga yang menuding jari, yang berlepas diri, yang duduk di bawah tempurung sendiri dan akhirnya virus ini menjadi pandemik, tiada siapa yang terkecuali. Maka, kita sebagai seorang hamba Tuhan, seorang rakyat, seorang yang hidup di dalam komuniti masyarakat yang pelbagai, seorang anak, seorang pelajar; kita wajib memberi kerjasama dan saling cakna serta empati. Ujian ini mengajar kita untuk pupuk erti kesabaran, erti kerjasama, erti empati, erti kebergantungan kepada Allah. 我们一起加油吧! KELAS ONLINE

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Image
Assalamualaikum WBT Salam Ramadan! Ramadan Kareem, Alhamdulillah kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadan tahun ini. Sungguh bermakna dan tidak disangka-sangka begini realitinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, maka sebagai seorang yang percaya kepada-Nya, kita mesti bersabar dan bersyukur kerana itulah perkara terbaik untuk kita amalkan sepanjang tempoh PKP ini, pada musim virus ganas ini. Jadi, sepanjang tempoh menjaga nenek di kampung serta tempoh PKP ini, saya telah explore sesuatu di luar perkara kebiasaan yang selalu saya lakukan. Jadi, berbekalkan dengan sedikit ilmu ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa cara mudah untuk kita tolong bayarkan bil letrik untuk atok nenek mak abah kita di kampung. CARA BAYAR BIL ELEKTRIK Pertama, muat turun aplikasi myTNB . Daftar akaun dan klik pada Tambah Akaun. Kemudian, masukkan No Akaun bil elektrik serta kad pengenalan. Tara! Terus keluar bil elektrik atok kita. Sumber: Google Jika tidak mahu m

Cara Pos Barang Dari Rumah Menggunakan Easy Parcel

Image
Assalamualaikum WBT Hari ini saya nak kongsikan dengan anda cara menggunakan Easy Parcel . Kenapa perlu guna Easy Parcel ? Bagi peniaga online , cara ini sangat mudah! Kita tidak perlu pergi ke pejabat pos membawa barangan kita yang banyak itu, hanya dengan sistem atas talian, courier akan datang ke rumah dan mengambil barang kita. Caranya begini: 1. Daftar akaun Easy Parcel , percuma saja! 2. Klik "Top up". Top up kredit akaun kita, paling sikit RM 20. Top up via Maybank2u ke CIMB Clicks ke atau mana-mana akaun bank kita. 3. Untuk menghantar parcel, tengok belah kiri, klik "Send Parcel". Kemudian, klik "Single Parcel" (kalau nak hantar satu). Tengok gambar dekat bawah ni. 4. Kemudian, masukkan poskod pelanggan. Kemudian, isi maklumat pelanggan ya. Mudah! Yang penting, kena tahu berat barang yang ingin dipos tu, sebab harga berdasarkan berat barang. Makin banyak kita top up, 1 kg boleh jatuh harga RM 5.  BUNGKUS BARANG Okay, mac

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Image
Assalamualaikum WBT. Alhamdullillah, masih bernafas atas bumi Tuhan dengan rahmat dan kurnia-Nya, semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan sentiasa tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT, Yang Menciptakan. Hari ini saya nak share lagi dengan anda tentang ilmu baru, yang saya sendiri pun pada awalnya terkial-kial nak melakukannya. Disebabkan sekarang semuanya bergantung kepada kecanggihan teknologi dan pemikiran maju, moden dan cerdas, maka semua perkara juga berlaku mengikut sandaran waktu. Hari ini saya nak bercerita tentang CARA PEMBAYARAN BIL TELEFON RUMAH SECARA ATAS TALIAN. Mudah ke idok? Moh lah kita baca lagi. Setelah melakukan beberapa pembacaan dan melayari laman web Unifi, maka inilah cara terbaik yang saya boleh kongsikan: 1. Muat turun (download) aplikasi myunifi di Google Store atau App Store. 2. Daftar akaun. Walaupun saya tidak melanggan unifi atau ada telefon rumah tapi saya boleh bantu bayarkan bil telefon datuk saya dengan reg

Cara Keluarkan Duit ASB

Image
Assalamualaikum WBT. Fuh, sudah hampir dua minggu di kampung, maka bermulalah kehidupan seorang Najiha menjadi orang yang bermanfaat kepada kedua-dua orang datuk dan nenek sambil berkelas atas talian dan melakukan perkara di luar comfort zone seorang Najiha. Semalam teman Tok Abah ke Bandar Pusat untuk keluarkan duit ASB. Jadi, mulanya kami ke pejabat pos untuk keluarkan tapi pejabat pos tak ada duit yang cukup. Jadi, pekerja pun bagitahu bank-bank yang boleh bawa keluar duit ASB. Jadi, saya mengambil keputusan untuk ke Maybank Bandar Pusat. Orang sentiasa ramai ya, bank pun tidak besar. Semestinya, saya tidak tahu tentang ASB sangat, jadi bila tak tahu, bertanyalah. Tanyalah dekat pegawai keselamatan di situ untuk keluar duit ASB, beliau minta kami ke kaunter 5.Di situ saya beritahu untuk keluarkan duit ASB, kemudian, borang merah diberikan atau namanya ialah borang jual unit. Isi borang, isi nama, nombor kad pengenalan, jumlah wang yang nak dikeluarkan, oh ya cara

#TurkiAndalus: Cordoba

Perjalanan dari Stesen Bas Granada ke Stesen Bas Cordoba mengambil masa selama tiga jam. Selepas Google jalan ke apartment kami, naik bas terus ke sana. Awal kami sampai! Pukul 11:30 pagi, tuan rumah hanya membenarkan kami check-in pada pukul 3 petang. Mujur, Alhamdulillah sederet dengan apartment kami ada sebuah restoran halal. Yang terkejutnya, makanan di situ murah! Murah banyak dari Granada dan Barcelona, apa lagi! Perut yang lapar minta diiisi. Maka, duduklah kami di restoran itu sehingga pukul 3 petang. Nak masuk dalam bangunan rumah ini, nak kata majunya sekarang, guna APP sahaja tau. Download link yang tuan rumah bagi, kemudian tekan OPEN, kemudian tadaaa! Dah buka dah pintunya.  Awalnya kami stuck dekat depan pintu apartment sebab tak tahu cara nak buka. Lepas setengah jam duk cuba nak buka tak lepas-lepas, siap hantar mesej bertalu-talu dekat tuan rumah, saya pun buka semula arahan untuk buka pintu rumah. "You must push the door hard while you hear the opening so

#TurkiAndalus: Alhambra

Keluar pukul 7 pagi, naik bas pukul 8 pagi. Lambat juga bas di sini ya, sejuk-sejuk kami tunggu. Bas berhenti di bandar, dekat-dekat dengan Cathedral, dari situ kami naik bas C32 terus ke Nasrid Palace.  Alhambra: Nasrid Palace & Generalife Kami mula-mula tak berapa pasti macam mana nak meneroka Alhambra ini, rupanya memang masuk melalui Nasrid Palace. Jadi, penting ya untuk pegang tiket Nasrid Palace. Pada tiket tersebut ada QR Code, QR Code itu bukan saja untuk masuk ke dalam Nasrid Palace, malah ketika keluar di pintu EXIT (Keluar) Nasrid Palace pun dia akan scan , malah untuk masuk Generalife juga dia akan scan tiket Nasrid Palace itu. Senang cerita, tiket tu jangan bagi hilang atau buang.  Orang kata, masuk Alhambra memang sangat mengujakan, memang betul!  MashaAllah  sangat! Cantik, bersih, menakjubkan! Setiap ukiran, setiap kalimah, setiap seni yang ada di dalam kawasan Alhambra ini sangat menakjubkan!  Mezquita de Mayor Granada Usai menjelajah Alhambra, puk

#TurkiAndalus: Check-in Granada

Check-out Break N Bed Hostel, Barcelona 4:15 pagi dah keluar berjalan 800 meter ke perhentian bas. 正好 pukul 4:33 pagi sampai perhentian bas, bas pun datang. Penuh bas dengan orang yang nak ke lapangan terbang. Dalam pukul 4:55 pagi, Alhamdulillah kami dah sampai ke lapangan terbang El Prat Terminal 1. Kami menaiki kapal terbang Vueling Airlines, check-in sendiri tau! Macam nak naik AirAsia dekat KLIA2. Pukul 6:40 pagi kami boarding. Alhamdulillah, dua jam kemudian touch down dengan selamat di Granada Airport. Airport kecil saja. Kami blur juga nak ke mana, buat apa. Lepas Google, dapatlah info: naik bas Alsa sampailah ke stesen bas Granada, kemudian dari situ ambil bas ke AirBnB kami.  INFO ALSA! Keluar saja dari airport, terus nampak ramai sangat pelancong yang sedang beratur untuk baik bas Alsa. Oh ya, Alsa ialah syarikat bas, selain daripada pengangkutan awam milik Metropolitano de Granada, banyak juga nampak bas Alsa di Granada ni. Alsa ni kira macam Flixbus lah, cuma de

#TurkiAndalus: Hola Barcelona!

Camp Nou Destinasi pertama kami hari ini ialah Cmp Nou Stadium. Hola, hola! Teruja, gembira, tak sabar! Kami tidak ambil stadium tour, sekadar melihat dari luar stadium dan masuk ke Mega Store. Tangkapan Shikin ialah botol air, beg dan juga keychain . Fuh! Park Guell Semangat nak pergi sebab tengok Google gambar lawa-lawa. Sekali nak ke sana, kena memanjat sepanjang 900 meter, jauh tu nak! Dengan jalan berbukit, dengan anjing-angjing lagi. Kami tak masuk ke dalam, untuk tiket masuk berharga 10EU, kalau nak beli pada pejabatnya kena menggunakan credit card sahaja.  La Rambla Kemudian, kami ambil keputusan untuk ke La Ramblas. Tak mengapalah, Park Guell memang besar, nampak cantik tapi sebab sekadar taman, kami tak bercadang untuk masuk.  Sampai sahaja di La Ramblas, terus teringat kandungan buku teks pada tahun kedua belajar subjek bahasa Inggeris. Ramai dengan pelancong namun tidak kecoh sangat pun, tiada pun orang yang tiba-tiba menari atau tugu-tugu orang yang berger

#TurkiAndalus: Berita!

Hari ini pukul 1 pagi dah bangun tidur. Semalam punya aktiviti memang lenguh satu badan, nak tidur pun tak boleh. Kalih sana kalih sini, tengok jam dah pukul 11:30 malam. Tepat jam 3 pagi, pintu bilik kami diketuk oleh pemandu  shuttle  bus kami. Kemudian, kami turut dibawa ke tiga lagi hotel berbeza untuk mengambil penumpang yang lain. Macam biasa, memang laju betul ya pak cik tu bawa bas. Dalam masa 19 minit, beliau sudah siap ambil semua penumpang dan dalam masa 45 minit kami sampai ke Kayseri Erkilet Airport. Sewaktu dalam van, hati dah mula rasa tak sedap. Bila check app Trip.com, ha sudah!  Berita burukkah? Penerbangan dari Kayseri ke Sabiha Gokcen dibatalkan. Bila check dekat Google, rupanya ada masalah di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen. Pesawat dari UAE tergelincir dari landasan dek cuaca angin kencang di Istanbul sana. Maka, huru-haralah suasana di Lapangan Terbang Kayseri ini. Orang di sana di sini berteriak, malah ada juga yang menangis. Pertama kali saya berhadap

#TurkiAndalus: Green Tour Cappadocia

Niat di hati mahu ke Sunset Point yang jaraknya 700m dari hostel kami tapi terpaksa dilupakan saja, risau juga terkejar-kejar untuk Green Tour hari ini. Pukul 9 pagi kami pun sarapan, MashaAllah berbagai-bagai. Memang menyelerakan! 10 bintang. 9:30 pagi, seperti yang dijanjikan van kami pun sampai. Alhamdulillah, kami pun memulakan perjalanan Green Tour kami hari ini bersama tour guide, Osman dan pemandu van, Ahmet. Destinasi 1: Pigeon Valley Disebabkan angin kencang, maka hari ini tiada belon udara panas yang dinaikkan. Kami juga seperti boleh terbang melayang dibawa angin. Sungguh kencang! Dikatakan di sini dibuat banyak rumah burung merpati sebab zaman dulu burung merpati sangat penting kegunaannya iaitu menyampaikan mesej.  Destinasi 2: Derinkuyu Underground City MashaAllah! Struktur bangunan bawah tanah yang hebat, yang tidak terbayang dek akal saya sebelum ke tempat ini. Pencerahan daripada Osman sangat mendalam, seolah-olah kita dapat menghayati kisah zaman dahu

#TurkiAndalus: Goreme Open Air Museum

Alhamdulillah, perjalanan yang panjang akhirnya menuju ke destinasi kami iaitu Goreme, Cappadocia. Yang menariknya bas kami ini, ada  assistant  yang ala-ala pramugara  serve  teh/kopi untuk sarapan pagi. Feh! Lain macam. Yang menyebabkan kami keliru, sewaktu bas sampai di Nevsehir Otogar, tinggal kami berempat untuk turun di Goreme. Mula-mula, drebar bas minta kami tunggu, tiba-tiba ada seorang pak cik, Osman namanya, naik bas kata bas yang kami naik ada masalah, dia boleh hantarkan sampai Goreme. Kami dah rasa tak sedap hati tapi assistant bas pun siap turun bawah keluarkan beg kami, kami pun turun dan ikut saja Pak Cik Osman. Kami pun dibawa masuk ke dalam otogar, seterusnya dibawa masuk ke pejabat syarikat pelancongannya. Setelah nego harga dengan Pak Cik Osman, kami pun setuju untuk mendapatkan khidmatnya. Walau bagaimanapun, kami tidak punya kesempatan untuk menaiki belon udara panas dek angin kencang. Harga yang ditawarkan oleh Pak Cik Osman untuk pakej belon udara panas

#tTurkiAndalus: Istanbul, Masjid Hopping

Fatih Camii (Masjid Fatih) Pukul 11 pagi kami  check-out , kemudian terus ke destinasi pertama — Masjid Fatih (Fatih Camii). Rumah kami ke perhentian bas dalam 600 meter, kemudian naik bas satu hentian dan berhenti di perhentian Fatih.  Kami terlepas perhentian bas, maka terpaksa kami jalan sejauh 1 km. Alhamdulillah bertemu dengan Ummi di sini. Terdapat banyak sangat anjing besar yang manja-manja. Kalau dia kejar kami, memang pecut sehabis laju! Kucing juga banyak di sini, siap ada orang yang belikan makanan untuk kucing-kucing di situ.  Di bahagian tepi masjid ini ada makam Fatih. Jika dibaca info masjid ini, Masjid Fatih dibina dengan sangat cantik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, klinik dan sebagainya.  Masjid Yavuz Sultan Selim Usai berjalan di Masjid Fatih, kami ke Masjid Sultan Salim yang terletak tidak jauh dari Masjid Fatih. Kami naik bas 90 dan turun di tiga perhentian seterusnya.  MashaAllah cantik sangat pemandangan daripada atas masjid

#TurkiAndalus: Menjejak Sejarah Istanbul

Image
Hagia Sophia Alhamdulillah, dikejutkan lagi dengan alunan azan subuh yang merdu. Usai sarapan, dalam pukul 8:15 pagi kami terus bergerak ke Aya Sofya. Untuk ke Aya Sofya, paling senang adalah dengan menaiki tram. Stesen tram kira-kira 600 meter dari apartment kami. Kami turun di Stesen Sultanahmet. Di sini memang banyak papan tanda Ayasofya, Sultanamet dan beberapa tempat tarikan menarik di Istanbul. Kami bercadang untuk masuk ke dalam Ayasofya dulu. Harga tiket masuk 72L, kami beli di kaunter. Disebabkan kami sampai awal, dalam pukul 8:45 pagi Alhamdulillah, kami antara yang terawal masuk dalam.  Kami berjalan dalam Ayasofya lebih kurang sejam suku, MashaAllah meremang bulu roma. Melihat setiap penjuru masjid, teringat-ingat sejarah Islam di muka bumi Istanbul ini. Blue Mosque (Masjid Sultan Ahmet) Kemudian, kami berjalan pula ke Masjid Sultanahmet. Masuk adalah percuma . Mesti berpakaian sopan. Masjid ini juga merupakan antara tempat tumpuan pelancong. Kami juga mesti

#TurkiAndalus: Istanbul, Seindah Khabar

Image
Feri Bosforus Kedengaran sayup azan subuh, bangkit untuk mengambil wudhu'. Subuh di sini pukul 6:50 pagi. Kemudian, solat subuh, bersiap dan bersarapan.  Selepas itu, kami menaiki bas dan turun di Hentian Eminonu. Oh ya, nak naik bas di sini kena lambai-lambai baru bas berhenti. Kalau tak, bas tak berhenti, terus jalan. Nak turun bas pun kena tekan butang berhenti. Sampai saja di Hentian Eminonu, kami terus turun di jeti feri. Pastikan beli tiket di pejabatnya terus, terjamin. Harga seorang 25L. Kami naik feri yang bergerak pukul 10 pagi. Ada banyak trip untuk naik feri ni, sampai ke petang. Tepat 10 pagi, feri pun bergerak. Orang tidak terlalu ramai, tempat  open view  di bahagian atas memang banyak yang kosong. Dalam feri ada audio  tour guide  yang ceritakan tempat-tempat tarikan di Istanbul. Lama-lama atas feri, boleh mabuk ana. Atas feri ada dijual jus segar, sahlep serta roti-roti.  Oh ya, feri akan berhenti di beberapa tempat. Karikoy, Uskudar dan ada tempat lain