Bercita-citalah Setinggi Bulan!

Percaya atau tidak, yang mendorong diri kita ke depan adalah cita-cita dan daya penolak; yang menolak kita ke hadapan.

Ibaratnya, jika kita letakkan bola di atas padang, kita ingin masukkan bola ke dalam gawang, kita kena sepak bola tersebut untuk masuk ke dalam gawang gol. Kenapa kita nak masukkan bola ke dalam gawang? Kerana kita inginkan kemenangan dan berjaya!

Andai kata kita seperti bola yang hanya statik di atas padang, tidak bergolek, kita seolah-olah statik sahaja di zon sekarang ini. Sekiranya sekarang, kita merasakan sudah selesa hidup begini, bergelumang dengan kemewahan dunia yang hina dina, maka kita sebenarnya tidak berjaya lagi. Pohon kecil bertumbuh menjadi pokok besar yang bermanfaat; bayi membesar menjadi seorang insan yang berguna; kita belajar dari sekolah rendah hinggalah peringkat sekarang; bahkan perut yang kempis jika diisi boleh jadi buncit! Eh! Ha, begitulah kita dalam kehidupan. Jika statik sahaja, mana mungkin akan berkembang dan bertumbuh? Jika kita ingin berjaya, kita mesti ada matlamat, tujuan dan cita-cita yang jelas. Senang kata, jika kita nak melangkah ke depan, pasti ada sesuatu yang menjadi pendorong semangat kita. Apa cita-cita kita sebenarnya? Dalam masa 10 tahun lagi kita ingin jadi apa? 

Percayalah, adakanlah cita-cita, biarlah cita-citamu tinggi hingga ke bulan. Jika kita sudah nampak perkara yang kita mahukan, jika kita sudah tahu kita mahukan apa, pasti kita berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut. Mungkin kita tidak mampu menggapai bulan tapi sekurangnya kita dapat juga menggapai bintang-bintang di sekitar bulan tersebut.

Samalah dengan kehidupan kita sekarang, jika kita hidup tanpa apa-apa tujuan yang jelas, maka senang sahaja kita terikut dengan aliran dunia, ataupun orang putih kata, follow the flow. Kita tidak ingin sekadar follow the flow tapi kita mahu menjalani hidup yang berlandaskan ketaatan kepada Allah. Kita ini bagaikan air di sungai yang mengalir tapi tidak bermakna kita akan follow the flow sahaja air sungai itu. Kadang kita tersekat di tebing sungai, kadang kita terlanggar batuan, kadang kita akan surut. Dalam kita menghadapi situasi yang berbeza, kita terpaksa dan mesti adapt dengan perkara-perkara baru yang kita bakal tempuh.

Selangkah saya ke sekolah menengah, niat di dalam hati memang nak terbang ke luar negara. Alhamdulillah, biarpun niat asal mahu ke Mesir menimba ilmu tapi rezeki belajar di China dan belajar pula mengenali Islam di sana. Biarpun cita-cita saya tidak dapat menjadi ustazah tapi dapat juga menjadi seorang laoshi, maknanya sama -- cikgu.

Maka, fikir-fikirkanlah, apa cita-citamu kelak. Apa yang kita mahukan? Apa yang kita mahu gapai? Apa cara yang kita boleh lakukan untuk membalas rasa syukur kepada ibu bapa? Apa perkara yang membuatkan Allah redha dengan kita? Apa lagi ilmu yang perlu digali?

InshaAllah, Allah pasti tolong!


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?