Cara Keluarkan Duit ASB

Assalamualaikum WBT.

Fuh, sudah hampir dua minggu di kampung, maka bermulalah kehidupan seorang Najiha menjadi orang yang bermanfaat kepada kedua-dua orang datuk dan nenek sambil berkelas atas talian dan melakukan perkara di luar comfort zone seorang Najiha.

Semalam teman Tok Abah ke Bandar Pusat untuk keluarkan duit ASB. Jadi, mulanya kami ke pejabat pos untuk keluarkan tapi pejabat pos tak ada duit yang cukup. Jadi, pekerja pun bagitahu bank-bank yang boleh bawa keluar duit ASB.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk ke Maybank Bandar Pusat. Orang sentiasa ramai ya, bank pun tidak besar. Semestinya, saya tidak tahu tentang ASB sangat, jadi bila tak tahu, bertanyalah.

Tanyalah dekat pegawai keselamatan di situ untuk keluar duit ASB, beliau minta kami ke kaunter 5.Di situ saya beritahu untuk keluarkan duit ASB, kemudian, borang merah diberikan atau namanya ialah borang jual unit.

Isi borang, isi nama, nombor kad pengenalan, jumlah wang yang nak dikeluarkan, oh ya cara pengeluaran saya tick di kotak tunai sebab tok abah kita nak tunai. Kemudian, tanda tangan tok abah.

Sumber: Google

Kemudian, nombor dipanggil, uruskan urusan di kaunter. Oh ya, yang penting sekali, bawa kad pengenalan ya. Mudah saja.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?