Posts

Showing posts from 2024

Pengalaman Setahun Dua Guru Baharu

Image
Baru setahun lapan bulan saya berkhidmat menjadi seorang guru, namun seolah-olah sudah 10 tahun bekerja! Ah, sudah! Awal-awal bulan berkhidmat, tidak ada hari-hari saya tidak ditemani air mata. Terlampau berat rasanya sehingga tidak mampu diungkapkan dengan ayat yang betul, pada akhirnya, respon saya hanyalah, "Saya okay saja."  Alhamdulillah, masih ada emak dan abah yang sentiasa meminjamkan telinga setiap kali saya pulang ke Kuantan untuk menceritakan segala rasa yang terbuku di dada. Juga, kepada sahabat saya yang sudi menjadi bahu untuk saya lepaskan rasa. Semua ini takdir Allah, tidak mungkin Dia membiarkan saya hidup tanpa saya mampu menghadapi ujian-Nya. Pada akhirnya, kita hanya perlu bersangka baik dalam perihal takdir ini kerana bersama orang, masa, tempat dan lapangan yang kita hadapi sekarang -- adalah sesuatu yang pernah saya doakan juga, agar berada di tempat yang berkah dan diberikan hati yang tabah. Menjadi seorang guru muda, lagi-lagi baru saja berada dalam p

Persediaan Melancong ke Beijing, China (Bahagian 2)

Image
Persediaan Melancong ke Beijing, China 1. Aktifkan transaksi luar negara kad debit anda: Anda hanya perlu mengaktifkan transaksi luar negara semudah ABC. Jika anda menggunakan Maybank, anda hanya perlu log masuk maybank2u dan aktifkan di situ. 2. Pakaian mengikut musim Kami pergi pada hujung bulan 5, jadi cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Jadi, pakaian boleh dipakai seperti semasa di Malaysia. 3. Muat turun aplikasi Alipay WAJIB! Untuk pembayaran, saya hanya melakukan pembayaran menggunakan Alipay. Saya pautkan kad bank serta kad Wise pada Alipay saya. Untuk pembayaran, saya hanya scan kod QR dan settle! Untuk pembayaran menggunakan kad bank, akan ada caj yang dikenakan. Jadi, terpulang sama ada anda mahu membawa cash yang banyak atau bayar melalui Alipay.  4. Tempah Didi (e-hailing) Baca tips di sini Urusan tempahan Didi pun boleh dibuat di Alipay! Sangat mudah. Hanya dengan satu aplikasi sahaja iaitu Alipay, kita boleh membuat pembayaran, menempah Didi dan banya

Melancong ke Beijing, China (Bahagian 1)

Image
   Awal tahun 2020, siapa sangka itu kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Beijing, terpaksa meneruskan pembelajaran semester terakhir secara atas talian dek COVID-19 yang datang menyerang. Maka, terkuburlah impian untuk bergraduasi di wilayah Tembok Besar China itu di samping keluarga tercinta. Namun, perancangan Allah itu Maha Baik. Walaupun cabaran baharu, halangan luar biasa untuk menamatkan tahun akhir pembelajaran, akhirnya, segulung ijazah dapat ku genggam!    November 2020-November 2021: maka tamatlah juga  PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN ( PDPP ) yang saya serta rakan-rakan ikuti di IPG. Perjuangan menjadi seorang pendidik negara semakin sampai ke hujungnya. Alhamduillah! Berkat sabar, usaha dan tawakal, akhirnya Allah merezekikan saya serta rakan-rakan di tempat yang terpilih untuk kami berbakti.  Kini, sudah setahun lebih saya berkhidmat untuk nusa bangsa. Pengalaman setahun jagung ini juga saya merasakan seperti sudah bekerja untuk 10 tahun. Hewhew. Moga terus tab

Ada Apa di Lipis?

Image
Ada Apa di Lipis? Pejam celik, sudah setahun lebih rupanya saya berkhidmat sebagai seorang pendidik di daerah Lipis. Tak ku sangka, tempat pertama posting saya ialah sebuah sekolah menengah di sini. Tak pernah terjangkau dek fikiran saya, bahawa saya akan posting di sekolah menengah kebangsaan, kerana opsyen saya ialah Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), namun, inilah takdirnya. Saya tidak mahu cerita tentang pengalaman menjadi guru di sini, cuma saya mahu kongsikan beberapa perkara menarik yang saya perhatikan di daerah Geopark ini. 1. Parkir Kenderaan di Lipis Jika di Kuantan, ataupun daerah lain, saya hanya perlu akses di PahangGo, tetapi lain pula di Lipis. Saya serta anda yang mahu parkir di Lipis tanpa perlu membeli kupon, adalah melalui aplikasi Lipis EZ Park. Aplikasi ini khusus untuk membayar parkir, tidak seperti di PahangGo, bayaran bil dan lain-lain boleh diakses di situ. Jadi, hendak menyenangkan urusan secara atas talian, muat turun aplikasi tersebut atau walk-in bel

Review: Setahun Menggunakan Komputer Riba dari IMIKA

Image
Gambar iklan IMIKA Assalamualaikum WBT. Para pelajar masih sedang berjuang menghadapi SPM, namun ada juga yang sudah pun menamatkannya! Tahniah dan Syabas, semoga kejayaan mengiringi anda semua. Inshaallah. Pada hari ini, saya ingin berkongsi review penggunaan sebuah komputer riba  yang telah saya beli di IMIKA Cawangan Kuantan pada bulan Jun 2023. Saya sebenarnya sudah ada komputer riba yang saya telah beli pada tahun 2018, iaitu MacBook Air. Namun, disebabkan MacBook terlalu canggih, maka Macbook tidak dapat mengenal pasti perisian AscTimetable. Maka, setelah berhari-hari memikirkan yang terbaik, saya membuat keputusan untuk terpaksa membeli sebuah komputer riba lain yang kegunaannya untuk membuat relief ; setelah dilantik sebagai AJK Relief 2023. Kenapa saya tidak menggunakan komputer riba sekolah? Sekolah saya tidak mempunyai komputer riba yang tersedia untuk kegunaan relief. Itulah nasib guru baharu yang baru posting dan menggunakan MacBook, maka perlulah menggunakan duit sendir

Nak Buat Apa Selepas SPM?

Image
Nak Buat Apa Selepas SPM? Saya pernah berkongsi satu entri Buat Apa Selepas SPM . Ramai rakan-rakan serta anak-anak yang tercari-cari hala tuju selepas SPM. Sama juga seperti saya, tamat saja SPM 2014, saya juga tercari-cari, apakah yang perlu saya lakukan selepas SPM ini? Kali ini, saya menulis sebagai seorang guru. Akhirnya, setelah 9 tahun entri itu ditulis, saya akan menulis pula beberapa perkara yang anda boleh lakukan selepas SPM daripada POV seorang guru. Pertama, rehat. Rehatkan sebentar minda dan fizikal setelah anda berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menghadapi salah satu peperiksaan terbesar dalam hidup iaitu SPM. Tahniah saya ucapkan atas usaha anda yang telah berhempas pulas untuk menikmati perjalanan menuntut ilmu. Syabas anakanda! Rehat dahulu, sentiasa berdoa agar hati pemeriksa lembut ketika menanda, menanda dalam keaadaan yang tenang serta memohon agar Yang Maha Esa melapangkan dada atas segala apa jua keputusan yang Dia beri. Kedua, tahu minat