Persediaan Melancong ke Beijing, China (Bahagian 2)

Persediaan Melancong ke Beijing, China

1. Aktifkan transaksi luar negara kad debit anda:

Anda hanya perlu mengaktifkan transaksi luar negara semudah ABC. Jika anda menggunakan Maybank, anda hanya perlu log masuk maybank2u dan aktifkan di situ.

2. Pakaian mengikut musim

Kami pergi pada hujung bulan 5, jadi cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Jadi, pakaian boleh dipakai seperti semasa di Malaysia.

3. Muat turun aplikasi Alipay




WAJIB! Untuk pembayaran, saya hanya melakukan pembayaran menggunakan Alipay. Saya pautkan kad bank serta kad Wise pada Alipay saya. Untuk pembayaran, saya hanya scan kod QR dan settle! Untuk pembayaran menggunakan kad bank, akan ada caj yang dikenakan. Jadi, terpulang sama ada anda mahu membawa cash yang banyak atau bayar melalui Alipay. 

4. Tempah Didi (e-hailing)

Urusan tempahan Didi pun boleh dibuat di Alipay! Sangat mudah. Hanya dengan satu aplikasi sahaja iaitu Alipay, kita boleh membuat pembayaran, menempah Didi dan banyak lagi.

5. Hotel


Aplikasi yang sangat mesra foreigner untuk mencari hotel ialah Trip.com. Di sini, kebanyakan hotel memberi akses kepada foreigner untuk menempah hotel. Ada beberapa aplikasi lain yang kebanyakan hotel tidak memberi kebenaran kepada foreigner untuk menduduki hotel mereka. 

6. Pengangkutan 

Tak perlu risau jika anda ingin menaiki pengangkutan awam kerana kad bas, subway boleh didapati di dalam Aliay juga. Sekiranya anda ingin kad fizikal, anda boleh beli di mana-mana stesen subway. Cuma, untuk trip kali ini, saya tidak menaiki pengangkutan awam. 90% menaiki van yang disewa bersama drebar serta 10% menaiki Didi (e-hailing).

7. Tour Guide

Jika anda tidak biasa datang ke Beijing, saya sarankan anda untuk dapatkan seorang yang mahir dengan Beijing atau berbahasa Cina. Boleh juga untuk melancong sendiri, cuma dari segi mendapatkan makanan halal dan lokaliti lain, agak mencabar.

Rindu!



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?