Melancong ke Beijing, China (Bahagian 1)
Awal tahun 2020, siapa sangka itu kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Beijing, terpaksa meneruskan pembelajaran semester terakhir secara atas talian dek COVID-19 yang datang menyerang. Maka, terkuburlah impian untuk bergraduasi di wilayah Tembok Besar China itu di samping keluarga tercinta. Namun, perancangan Allah itu Maha Baik. Walaupun cabaran baharu, halangan luar biasa untuk menamatkan tahun akhir pembelajaran, akhirnya, segulung ijazah dapat ku genggam!
November 2020-November 2021: maka tamatlah juga PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) yang saya serta rakan-rakan ikuti di IPG. Perjuangan menjadi seorang pendidik negara semakin sampai ke hujungnya. Alhamduillah! Berkat sabar, usaha dan tawakal, akhirnya Allah merezekikan saya serta rakan-rakan di tempat yang terpilih untuk kami berbakti. Kini, sudah setahun lebih saya berkhidmat untuk nusa bangsa. Pengalaman setahun jagung ini juga saya merasakan seperti sudah bekerja untuk 10 tahun. Hewhew. Moga terus tabah!
Juga, tak saya sangka bahawa Mei 2024, menjadi tarikh saya ke Beijing sekali lagi! Sungguh, saya juga tidak mampu berkata-kata. Segalanya tampak seperti mimpi. Itinerari seperti di bawah:
Perasaan saya sampai ke bumi Beijing setelah 4 tahun meninggalkan bumi tersebut, tidak terungkapkan di mulut. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat mengucapkan selamat tinggal dengan kasih pada alma mater yang memberi 1001 makna dalam hidup saya.
Gongbaojiding, Mahua BFSU |
Rindu seribu kali rindu. |
Comments
Post a Comment
Ya, saya?