Review: Setahun Menggunakan Komputer Riba dari IMIKA
Assalamualaikum WBT.
Para pelajar masih sedang berjuang menghadapi SPM, namun ada juga yang sudah pun menamatkannya! Tahniah dan Syabas, semoga kejayaan mengiringi anda semua. Inshaallah.
Pada hari ini, saya ingin berkongsi review penggunaan sebuah komputer riba yang telah saya beli di IMIKA Cawangan Kuantan pada bulan Jun 2023. Saya sebenarnya sudah ada komputer riba yang saya telah beli pada tahun 2018, iaitu MacBook Air. Namun, disebabkan MacBook terlalu canggih, maka Macbook tidak dapat mengenal pasti perisian AscTimetable. Maka, setelah berhari-hari memikirkan yang terbaik, saya membuat keputusan untuk terpaksa membeli sebuah komputer riba lain yang kegunaannya untuk membuat relief; setelah dilantik sebagai AJK Relief 2023.
Kenapa saya tidak menggunakan komputer riba sekolah?
Sekolah saya tidak mempunyai komputer riba yang tersedia untuk kegunaan relief. Itulah nasib guru baharu yang baru posting dan menggunakan MacBook, maka perlulah menggunakan duit sendiri semata-mata mahu menunaikan tugas sebagai AJK Relief.
Baik, berbalik kepada tajuk entri ini, saya ingin berkongsi tahap kepuasan penggunaan komputer riba refurbished dari UK ini. Ya, pertama sekali yang kita perlu tahu, komputer riba yang dijual di IMIKA adalah refurbished dan bukannya second hand (ini yang diberitahu penjual.) Jadi, kita cuba faham dulu apakah perbezaan antara refurbished dan second hand item ini pada pautan ini: Refurbished Phones vs Second-Hand Phones: What's the Difference?
Berikut adalah perincian produk yang saya telah beli:
Jenama: HP Streambook Mixed
Saiz: 11’ 6 inci
RAM: 4GB
SSD: 64GB
Harga: RM1000
Jadi, kalau kita lihat specs komputer riba yang saya guna pakai ini adalah specs basic untuk sesebuah komputer riba. Jadi, untuk specs di atas, masih boleh lagi untuk membuat kerja-kerja menggunakan Microsoft Word, Excel, PowerPoint. Boleh lagi untuk menggunakan Chrome, mencari maklumat, melayari internet, menonton video YouTube, Netflix serta menggunakan aplikasi Google.
Setakat 8 bulan saya menggunakan komputer riba ini, komputer riba ini dapat digunakan semaksimum yang boleh dan dapat menyelesaikan kerja saya. Saya pernah membuat beberapa PPT untuk PdPc, pernah membuka Google Chrome untuk PdPc; setakat ini tiada masalah dan digunakan dengan kadar sederhana.
Disebabkan saya sudah biasa menggunakan MacBook, yang pada pendapat saya merupakan antara komputer riba yang power, kelajuan HP Streambook itu kadang-kadang menguji saya untuk menunggu masa loading, menunggu satu-satu page dibuka, menunggu dokumen untuk dijana.
Secara keseluruhannya, anak pelajar yang menginginkan komputer riba yang dapat membantu menyiapkan tugasan-tugasan minimal dengan menggunakan Microsoft Words/Excel/PPT, komputer riba yang berharga RM 1000 ini mampu menampung tugasan itu. Namun, jika mahu menggunakan untuk gaming, movie; saya nasihatkan agar tidak menggunakan komputer ini untuk tujuan itu kerana ia akan mengganggu prestasi dan tahap kelancaran penggunaan komputer riba ini.
Jadi, berbaloikah untuk membeli?
Ya, jika digunakan untuk membuat tugasan asas.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam cikgu jiha , sy nk tanya berkenaan tuisyen mandarin utk primary student.. cikgu masih buat lg tak tuisyen mandarin ? Mcm mna ya nk contact cikgu ? Bole tak cikgu pm sy d email wanainzaki@gmail.com
ReplyDeleteTq cikgu jiha