Posts

Showing posts from January, 2020

#TurkiAndalus: Cordoba

Perjalanan dari Stesen Bas Granada ke Stesen Bas Cordoba mengambil masa selama tiga jam. Selepas Google jalan ke apartment kami, naik bas terus ke sana. Awal kami sampai! Pukul 11:30 pagi, tuan rumah hanya membenarkan kami check-in pada pukul 3 petang. Mujur, Alhamdulillah sederet dengan apartment kami ada sebuah restoran halal. Yang terkejutnya, makanan di situ murah! Murah banyak dari Granada dan Barcelona, apa lagi! Perut yang lapar minta diiisi. Maka, duduklah kami di restoran itu sehingga pukul 3 petang. Nak masuk dalam bangunan rumah ini, nak kata majunya sekarang, guna APP sahaja tau. Download link yang tuan rumah bagi, kemudian tekan OPEN, kemudian tadaaa! Dah buka dah pintunya.  Awalnya kami stuck dekat depan pintu apartment sebab tak tahu cara nak buka. Lepas setengah jam duk cuba nak buka tak lepas-lepas, siap hantar mesej bertalu-talu dekat tuan rumah, saya pun buka semula arahan untuk buka pintu rumah. "You must push the door hard while you hear the opening so

#TurkiAndalus: Alhambra

Keluar pukul 7 pagi, naik bas pukul 8 pagi. Lambat juga bas di sini ya, sejuk-sejuk kami tunggu. Bas berhenti di bandar, dekat-dekat dengan Cathedral, dari situ kami naik bas C32 terus ke Nasrid Palace.  Alhambra: Nasrid Palace & Generalife Kami mula-mula tak berapa pasti macam mana nak meneroka Alhambra ini, rupanya memang masuk melalui Nasrid Palace. Jadi, penting ya untuk pegang tiket Nasrid Palace. Pada tiket tersebut ada QR Code, QR Code itu bukan saja untuk masuk ke dalam Nasrid Palace, malah ketika keluar di pintu EXIT (Keluar) Nasrid Palace pun dia akan scan , malah untuk masuk Generalife juga dia akan scan tiket Nasrid Palace itu. Senang cerita, tiket tu jangan bagi hilang atau buang.  Orang kata, masuk Alhambra memang sangat mengujakan, memang betul!  MashaAllah  sangat! Cantik, bersih, menakjubkan! Setiap ukiran, setiap kalimah, setiap seni yang ada di dalam kawasan Alhambra ini sangat menakjubkan!  Mezquita de Mayor Granada Usai menjelajah Alhambra, puk

#TurkiAndalus: Check-in Granada

Check-out Break N Bed Hostel, Barcelona 4:15 pagi dah keluar berjalan 800 meter ke perhentian bas. 正好 pukul 4:33 pagi sampai perhentian bas, bas pun datang. Penuh bas dengan orang yang nak ke lapangan terbang. Dalam pukul 4:55 pagi, Alhamdulillah kami dah sampai ke lapangan terbang El Prat Terminal 1. Kami menaiki kapal terbang Vueling Airlines, check-in sendiri tau! Macam nak naik AirAsia dekat KLIA2. Pukul 6:40 pagi kami boarding. Alhamdulillah, dua jam kemudian touch down dengan selamat di Granada Airport. Airport kecil saja. Kami blur juga nak ke mana, buat apa. Lepas Google, dapatlah info: naik bas Alsa sampailah ke stesen bas Granada, kemudian dari situ ambil bas ke AirBnB kami.  INFO ALSA! Keluar saja dari airport, terus nampak ramai sangat pelancong yang sedang beratur untuk baik bas Alsa. Oh ya, Alsa ialah syarikat bas, selain daripada pengangkutan awam milik Metropolitano de Granada, banyak juga nampak bas Alsa di Granada ni. Alsa ni kira macam Flixbus lah, cuma de

#TurkiAndalus: Hola Barcelona!

Camp Nou Destinasi pertama kami hari ini ialah Cmp Nou Stadium. Hola, hola! Teruja, gembira, tak sabar! Kami tidak ambil stadium tour, sekadar melihat dari luar stadium dan masuk ke Mega Store. Tangkapan Shikin ialah botol air, beg dan juga keychain . Fuh! Park Guell Semangat nak pergi sebab tengok Google gambar lawa-lawa. Sekali nak ke sana, kena memanjat sepanjang 900 meter, jauh tu nak! Dengan jalan berbukit, dengan anjing-angjing lagi. Kami tak masuk ke dalam, untuk tiket masuk berharga 10EU, kalau nak beli pada pejabatnya kena menggunakan credit card sahaja.  La Rambla Kemudian, kami ambil keputusan untuk ke La Ramblas. Tak mengapalah, Park Guell memang besar, nampak cantik tapi sebab sekadar taman, kami tak bercadang untuk masuk.  Sampai sahaja di La Ramblas, terus teringat kandungan buku teks pada tahun kedua belajar subjek bahasa Inggeris. Ramai dengan pelancong namun tidak kecoh sangat pun, tiada pun orang yang tiba-tiba menari atau tugu-tugu orang yang berger

#TurkiAndalus: Berita!

Hari ini pukul 1 pagi dah bangun tidur. Semalam punya aktiviti memang lenguh satu badan, nak tidur pun tak boleh. Kalih sana kalih sini, tengok jam dah pukul 11:30 malam. Tepat jam 3 pagi, pintu bilik kami diketuk oleh pemandu  shuttle  bus kami. Kemudian, kami turut dibawa ke tiga lagi hotel berbeza untuk mengambil penumpang yang lain. Macam biasa, memang laju betul ya pak cik tu bawa bas. Dalam masa 19 minit, beliau sudah siap ambil semua penumpang dan dalam masa 45 minit kami sampai ke Kayseri Erkilet Airport. Sewaktu dalam van, hati dah mula rasa tak sedap. Bila check app Trip.com, ha sudah!  Berita burukkah? Penerbangan dari Kayseri ke Sabiha Gokcen dibatalkan. Bila check dekat Google, rupanya ada masalah di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen. Pesawat dari UAE tergelincir dari landasan dek cuaca angin kencang di Istanbul sana. Maka, huru-haralah suasana di Lapangan Terbang Kayseri ini. Orang di sana di sini berteriak, malah ada juga yang menangis. Pertama kali saya berhadap

#TurkiAndalus: Green Tour Cappadocia

Niat di hati mahu ke Sunset Point yang jaraknya 700m dari hostel kami tapi terpaksa dilupakan saja, risau juga terkejar-kejar untuk Green Tour hari ini. Pukul 9 pagi kami pun sarapan, MashaAllah berbagai-bagai. Memang menyelerakan! 10 bintang. 9:30 pagi, seperti yang dijanjikan van kami pun sampai. Alhamdulillah, kami pun memulakan perjalanan Green Tour kami hari ini bersama tour guide, Osman dan pemandu van, Ahmet. Destinasi 1: Pigeon Valley Disebabkan angin kencang, maka hari ini tiada belon udara panas yang dinaikkan. Kami juga seperti boleh terbang melayang dibawa angin. Sungguh kencang! Dikatakan di sini dibuat banyak rumah burung merpati sebab zaman dulu burung merpati sangat penting kegunaannya iaitu menyampaikan mesej.  Destinasi 2: Derinkuyu Underground City MashaAllah! Struktur bangunan bawah tanah yang hebat, yang tidak terbayang dek akal saya sebelum ke tempat ini. Pencerahan daripada Osman sangat mendalam, seolah-olah kita dapat menghayati kisah zaman dahu

#TurkiAndalus: Goreme Open Air Museum

Alhamdulillah, perjalanan yang panjang akhirnya menuju ke destinasi kami iaitu Goreme, Cappadocia. Yang menariknya bas kami ini, ada  assistant  yang ala-ala pramugara  serve  teh/kopi untuk sarapan pagi. Feh! Lain macam. Yang menyebabkan kami keliru, sewaktu bas sampai di Nevsehir Otogar, tinggal kami berempat untuk turun di Goreme. Mula-mula, drebar bas minta kami tunggu, tiba-tiba ada seorang pak cik, Osman namanya, naik bas kata bas yang kami naik ada masalah, dia boleh hantarkan sampai Goreme. Kami dah rasa tak sedap hati tapi assistant bas pun siap turun bawah keluarkan beg kami, kami pun turun dan ikut saja Pak Cik Osman. Kami pun dibawa masuk ke dalam otogar, seterusnya dibawa masuk ke pejabat syarikat pelancongannya. Setelah nego harga dengan Pak Cik Osman, kami pun setuju untuk mendapatkan khidmatnya. Walau bagaimanapun, kami tidak punya kesempatan untuk menaiki belon udara panas dek angin kencang. Harga yang ditawarkan oleh Pak Cik Osman untuk pakej belon udara panas

#tTurkiAndalus: Istanbul, Masjid Hopping

Fatih Camii (Masjid Fatih) Pukul 11 pagi kami  check-out , kemudian terus ke destinasi pertama — Masjid Fatih (Fatih Camii). Rumah kami ke perhentian bas dalam 600 meter, kemudian naik bas satu hentian dan berhenti di perhentian Fatih.  Kami terlepas perhentian bas, maka terpaksa kami jalan sejauh 1 km. Alhamdulillah bertemu dengan Ummi di sini. Terdapat banyak sangat anjing besar yang manja-manja. Kalau dia kejar kami, memang pecut sehabis laju! Kucing juga banyak di sini, siap ada orang yang belikan makanan untuk kucing-kucing di situ.  Di bahagian tepi masjid ini ada makam Fatih. Jika dibaca info masjid ini, Masjid Fatih dibina dengan sangat cantik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, klinik dan sebagainya.  Masjid Yavuz Sultan Selim Usai berjalan di Masjid Fatih, kami ke Masjid Sultan Salim yang terletak tidak jauh dari Masjid Fatih. Kami naik bas 90 dan turun di tiga perhentian seterusnya.  MashaAllah cantik sangat pemandangan daripada atas masjid

#TurkiAndalus: Menjejak Sejarah Istanbul

Image
Hagia Sophia Alhamdulillah, dikejutkan lagi dengan alunan azan subuh yang merdu. Usai sarapan, dalam pukul 8:15 pagi kami terus bergerak ke Aya Sofya. Untuk ke Aya Sofya, paling senang adalah dengan menaiki tram. Stesen tram kira-kira 600 meter dari apartment kami. Kami turun di Stesen Sultanahmet. Di sini memang banyak papan tanda Ayasofya, Sultanamet dan beberapa tempat tarikan menarik di Istanbul. Kami bercadang untuk masuk ke dalam Ayasofya dulu. Harga tiket masuk 72L, kami beli di kaunter. Disebabkan kami sampai awal, dalam pukul 8:45 pagi Alhamdulillah, kami antara yang terawal masuk dalam.  Kami berjalan dalam Ayasofya lebih kurang sejam suku, MashaAllah meremang bulu roma. Melihat setiap penjuru masjid, teringat-ingat sejarah Islam di muka bumi Istanbul ini. Blue Mosque (Masjid Sultan Ahmet) Kemudian, kami berjalan pula ke Masjid Sultanahmet. Masuk adalah percuma . Mesti berpakaian sopan. Masjid ini juga merupakan antara tempat tumpuan pelancong. Kami juga mesti

#TurkiAndalus: Istanbul, Seindah Khabar

Image
Feri Bosforus Kedengaran sayup azan subuh, bangkit untuk mengambil wudhu'. Subuh di sini pukul 6:50 pagi. Kemudian, solat subuh, bersiap dan bersarapan.  Selepas itu, kami menaiki bas dan turun di Hentian Eminonu. Oh ya, nak naik bas di sini kena lambai-lambai baru bas berhenti. Kalau tak, bas tak berhenti, terus jalan. Nak turun bas pun kena tekan butang berhenti. Sampai saja di Hentian Eminonu, kami terus turun di jeti feri. Pastikan beli tiket di pejabatnya terus, terjamin. Harga seorang 25L. Kami naik feri yang bergerak pukul 10 pagi. Ada banyak trip untuk naik feri ni, sampai ke petang. Tepat 10 pagi, feri pun bergerak. Orang tidak terlalu ramai, tempat  open view  di bahagian atas memang banyak yang kosong. Dalam feri ada audio  tour guide  yang ceritakan tempat-tempat tarikan di Istanbul. Lama-lama atas feri, boleh mabuk ana. Atas feri ada dijual jus segar, sahlep serta roti-roti.  Oh ya, feri akan berhenti di beberapa tempat. Karikoy, Uskudar dan ada tempat lain

#TurkiAndalus: Istanbul, Kami Datang!

Image
Masjid di Heydar Aliyez Airport Tiba-tiba saja sudah 1 Januari 2020, satu tahun yang ditunggu kereta terbangnya, eh! Alhamdulillah, akhirnya kita sudah sampai ke tarikh ini. Semalam baru sahaja menduduki kertas peperiksaan Terjemahan Cina-Melayu, fuh mencabar! Hari ini pula terus gerak ke Turki. Bangun saja pagi ini terus mengemas barang-barang.  Sepanjang hari ini terasa ada perasaan yang kurang enak. Dah siap kemas barang, dah basuh baju, dah siap makan; masih lagi rasa tak keruan.   Hah! Check Maybank, overseas transaction tak aktif! Rasa-rasa dah aktifkan haritu, ha, tunggu apa lagi, terus aktifkan! MashaAllah nervous ana, tapi masih lagi rasa kurang sesuatu. Kemudian, Dayana ada cakap, "Awak kena call mak ayah awak sebelum bertolak ni." Then , terus call Abah. Mak yang angkat panggilan. Lepas borak-borak, rasa lega sangat. Inilah rupanya perasaan tu. Selagi tak dengar sikit suara mak, abah; selagi tu rasa tak keruan.  Selalu kita dengar restu ibu bapa, ma

#TurkiAndalus: Persediaan ke Turki & Sepanyol

Image
Tahun akhir, dua lagi cuti semester, Dayana bercadang untuk ke Timur Tengah atau tempat lain. Akhirnya, keputusan akhir ialah ke Turki dan Andalusia. Bukan mudah untuk buat keputusan, setelah berfikir sedalam-dalamnya, akhirnya inilah dia!  Dengan padatnya semester ini, memang tak ada tarikh yang tetap untuk adakan perbincangan formal, ewah! Bila-bila masa teringat terus cari info, beli apa-apa yang perlu dibeli. Namun, kali ini kami bersama lagi dua orang adik berkelana ke dua negara nanti. Semoga perjalanan kelak dapat menaikkan rasa kejaulahan, eh! Hari ini 17/12/2019, dua minggu lagi untuk memulakan pengembaraan. Kali ini benar-benar teruji, terasa semua benda perlu dilunaskan pada masa yang sama. Fuh!  Semoga Allah meredhai perjalanan ini. Semestinya persediaan yang rapi mesti diambil berat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.  Kami bercadang dari awal semester lagi, kira-kira empat bulan yang lalu. Namun, dengan jadual yang sedikit padat, tidaklah se