Review: Rosken Sensitive Cream
Sumber: Google |
Assalamualaikum WBT
Hari ini saya nak review tentang Rosken Dry to Extra Dry Skin Cream, warna biru gelap seperti dalam gambar di atas.
Okay, masalah utama saya ialah kulit kering. Lagi-lagi ketika belajar di Beijng, badan rasa gatal-gatal sebab kulit kering. Saya sudah cuba banyak losyen untuk lembabkan kulit. Awalnya saya beli losyen Vaseline, losyennya melembabkan kulit cuma saya tak berapa suka tekstur losyen yang lambat menyerap ke dalam kulit. Bila sapu di atas badan, terasa losyen tu di atas badan lagi, sapu nipis-nipis pun ada rasa minyak-minyak, lama-lama saya berasa rimas. Lagi-lagi bila kita rushing nak ke kelas atau nak cepat-cepat keluar, jadi losyen itu membuat rasa mood agak tidak aman.
Tambahan pula, losyen ini selain boleh disapu di bahagian badan, boleh juga disapu di muka. Waktu pergi Eropah bulan lepas, kadang saya pakai cream ini sebagai moisturiser dekat muka, kulit memang lembab dan tak rasa pedih akibat kering pun! Alhamdulillah ohsem!
Jadi, sesiapa yang ada masalah kulit kering, saya sangatlah recommend anda untuk guna produk ini, 75 ml harganya dalam RM 14 di Watsons mahupun Guardian. Sangat berbaloi!
➔ 10/10
Comments
Post a Comment
Ya, saya?