#NanaEuropeTrip: Venice

VENICE



16 Jan Rabu: Selepas bersarapan, pukul 7 pagi kami ke stesen Interlaken West untuk naik train ke Spiez. Kemudian, turun di Spiez untuk naik train ke Milan Centrale. 11:34 pagi pula train menghala ke Venice. Sampai saja di Venice pada pukul 2 petang, kami terus check-in hotel yang terletak kita-kira 500 m dari stesen kereta api.


Hotel kami terletak berdekatan saja dengan stesen kereta api Venezia Santa Lucia. Kemudian, kami checked in dan berehat. Usai solat, dalam pukul 4:30 petang kami keluar jalan-jalan. Niat asal nak jalan dekat-dekat je, sekali terjalan jauh, sampai ke Rialto Bridge. Seram pun ada, jalan bersimpang-siur dengan gelapnya, allahu berdebar je rasa tapi takkan nak patah balik ha. Bila tengok Google Maps rupanya dah jauh sangat dari kawasan hotel, sedar tak sedar dah berjalan sejauh 1 km. Jadi, kami teruskan saja misi berjalan sehingga ke Rialto Bridge.



View dari atas Rialto Bridge sangat cantik! Dekat situ banyak kedai cenderamata. Terdapat juga pekerja yang mungkin warganegara Bangladesh, mereka menjual bunga-bunga untuk membuatkan gambar kita bertambah romantis gitu tapi kami tak beli pun. Kemudian, dalam pukul 6 petang kami pulang semula ke hotel dan berehat.

Pintu masuk ke hotel 
Oh ya, teringat tadi sewaktu kami keluar dari stesen kereta api, ada seorang lelaki tempatan tiba-tiba datang kepada Dayana untuk tolong angkatkan beg bagasi, mungkin sebab melihatkan kami macam tak larat nak angkat bagasi untuk naik jambatan, turun jambatan. Terus saya teringat sebelum-sebelum ni pernah baca dalam blog blogger yang pernah ke Venice dengan taktik orang tempatan yang suka paw duit orang. Jadi, Dayana terus menolak permintaan dia, kalau tak habislah, bayarlah kau mahal-mahal.


Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam) [Al-Qalam:3]

Perbelanjaan 2 orang:

  • Tax hotel: 5.6 EU
  • Coop: 2.05 EU
  • TOTAL: 7.65 EU



17 Jan Khamis: Pukul 9 pagi kami keluar dan berjalan sampailah ke Canal Grande. Kemudian, kami naik gondola bayar 60 EU sekali naik. Jadi, kami naik berdua, sorang 30 EU. Harga asal ialah 80 EU/1 ride. Alhamdulillah, dapatlah murah sikit.



Kemudian, kami ke Rialto Bridge untuk melihat pemandangan di siang hari dan berjalan ke Plaza San Marco. Di sini sungguh meriah, ramai pelancong. Kemudian, kami berjalan di sekitar Plaza San Marco dengan mengikuti itinerary sedia ada pada app Visit A City.

Kami mencari kedai makan halal berdekatan dengan menggunakan app Halal Trip. Tak lama kemudian, kami menjumpai sebuah kedai Doner Kebab Halal! Alhamdulillah! Walau bagaimanapun, kedai tak buka. Baru saja kami nak melangkah pergi, tauke kedai datang dan kedai baru dibuka! Yeah! Alhamdulillah, terus masuk dan order pizza serta chicken wings! Pizza kami dabao bawa balik hotel untuk makan malam.


Pizza dia MashaAllah! Freshly baked homemade pizza 🍕 Harga satu pizza dalam 9 EU. Kira murah berbanding kedai lain. Kemudian, kami berjalan pulang ke hotel untuk berehat. Harini saja kami berjalan lebih kurang 10 km pusing-pusing pulau Venice ini. Oh ya, untuk ke Venice ini saya ada baca tips daripada traveler di laman web The Vocket. Jadi, kami lebih faham dan sudah ada sedikit persediaan untuk ke Venice.

Perbelanjaan 2 orang:

  • Gondola ride: 60 EU
  • Lunch at Doner Kebab: 26 EU
  • TOTAL= 86 EU


18 Jan Jumaat: Pukul 12 pm kami checked out dan berjalan menuju ke Squero di San Trovaso. Di sini juga terdapat Galleria dell’Academia (masuk berbayar). Kami tak masuk pun. Jalan-jalan, ambik gambar dan nak cari port untuk makan tengah hari lauk pizza beli semalam namun hari ini sejuk sangat, berangin! Nak duduk dekat luar pun tak sanggup, sejuk weh! Jadi, kami berjalan ke stesen kereta api untuk makan.

Kemudian, kami berjalan di sekitar stesen kereta api, ada beberapa kedai makan yang ada tanda halal. Dekat kawasan berhampiran stesen kereta api terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual cenderamata tapi rasanya bukan orang tempatan. Disebabkan cuaca hari ini sangat sejuk, sampai bergetar perut, kami memang tak sanggup nak berjalan dah, kemudian kami beli tiket People Mover dan terus naik People Mover ke Tronchetto.

Sedikit kecewa dengan expectations di Tronchetto People Mover Station sebab takda waiting room or tandas terdekat! Yang ada pun dalam restoran Cina dan of course kena bayar 1 EU. Bas untuk ke Rome pula pukul 11 malam. Sambil-sambil tunggu, ada juga pelajar Malaysia yang sedang menunggu bas. Sejuk sangat, allahu, dengan angin yang kuat, sangatlah menguji kesabaran. Selepas lebih 7 jam menunggu, Alhamdulillah dapat naik Buscenter.it menuju ke Roma Tiburtini. Perasaan tu rasa bahagia sangat sebab dekat luar sejuk, badan masuk angin; naik bas peh warm betul!



PENGANGKUTAN DI VENICE

Kami berjalan kaki saja di kota Venice. Tanpa kami sedar, dalam sehari kami berjalan 10 km, tak terasa pun 10 km sebab di kiri kanan ada kedai-kedai unik, dapat melihat gelagat manusia. Kalau tak larat berjalan, di sini boleh naik water bus atau water taxi tapi agak mahal dalam 7.50 EU/single ride.


Perbelanjaan 2 orang:
  • Bolognese: 8 EU
  • Gelato: 3 EU
  • Kismis: 1.14 EU
  • People Mover: 3 EU
  • Tandas: 1 EU

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?