Review: Innisfree Lava Seawater Cream
Assalamualaikum WBT.
Fuh, jujurnya saya bukanlah orang yang pandai tulis review tapi hari ini just nak share Innisfree Lava Seawater Cream dah buat dekat kulit muka saya!
Ceritanya, waktu tu moisturiser habis dan nak beli barulah, of course tapi kulit saya jenis sensitif, jadi sangatlah takut nak guna mana-mana produk sesuka hati. Satu hari ni saya dengan kawan, Dayana pergi ke sebuah pusat beli-belah, masuk Innisfree dan keluar daripada Innisfree dengan satu barang iaitu Lava Seawater Cream.
Produk ini bahan pertama yang perasan ialah ceramide, satu bahan yang bagus untuk pelembapan. Jadi, ambil keputusan beli dan cuba! Fuh! Tak murah yang pastinya tapi itulah bagi merawat kulit muka yang kering lagi menggerunkan dengan cuaca yang tak menentu dekat Beijing ni.
Oh ya produk ini kira untuk anti-aging effect, sebab susah nak dapatkan moisturiser yang elok untuk muka, jadi saya memang berani mati untuk cuba produk ini. Sebelum ni pernah cuba Innisfree Green Tea, cleanser The Face Shop, Nature Republic Aloe Vera, oh man, muka tak boleh terima. Jadi, sangatlah takut untuk cuba produk-produk terkenal ni.
Walau bagaimanapun, produk kali ini tidak mengecewakan langsung! Alhamdulillah, tekstur cream ni tak tebal tapi tak nipis, dia memang cukup-cukup lah orang kata, sapu atas muka dia macam terus meresap gitu. Cream ni pun macam ada bau, susah nak kata bau apa, macam gamat pun ada tapi wangi.
Atas tadi saya ada sebut pasal ceramide, kan? Dalam cream ni ceramide tu dalam bentuk kapsul, dia nampak berbentuk bulat-bulat gitu tapi bila dah sapu atas muka, ceramide capsules tu akan hilang seolah meresap terus ke dalam kulit, ha!
Kesimpulannya, setelah dah pakai berbulan-bulan, dan sekarang dah habis pakai dah pun, alhamdulillah, kulit muka semakin okay, tak naik jerawat seperti dulu kala yang naik bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, kulit pun semakin lembab. Disebabkan dekat Beijing kadang-kadang cuaca kering sangat, kadang-kadang rasa kena pakai tebal sikit cream ni.
➨ 9/10
Sumber Google |

Comments
Post a Comment
Ya, saya?