#NanaEuropeTrip: Edinburgh

EDINBURGH



23 Jan Rabu: Pukul 10 pagi kami checked out dan naik bas 397 menuju ke Schipol Airport. Disebabkan tiket 24 jam kami sudah tidak valid, kami kena beli tiket dengan pemandu bas. Pembelian tiket di atas bas pun hanya menggunakan kad bank sahaja, cashless. Wang tunai tidak diterima.


Pukul 2:50 petang, kami terbang dengan pesawat British Airways menuju ke London Gatwick. Pukul 5:40 petang, kami terbang pula ke Edinburgh. Sampai tersesat dekat Gatwick Airport, mula-mula ke North Terminal, salah pula. Patah balik ke South Terminal. Selepas menunggu dalam setengah jam, kami akhirnya bisa terbang.


Oh ya, tadi sewaktu pemeriksaan kastam, banyak soalan yang ditanya. Alhamdulillah, lancar. Sewaktu security check pula agak strict sebab segala jenis cecair kena letak di dalam plastik yang disediakan awal-awal sebelum masuk ke kaunter pemeriksaan keselamatan.


Alhamdulillah pukul 7:05 petang kami tiba di Edinburgh Airport. Kemudian, kami beli tiket bas Skylink dekat Stop D yang terletak di luar airport sahaja, boleh bayar dengan cara wang tunai atau kad bank. Kami naik bas Skylink 300 menuju ke High Riggs untuk ke rumah senior kerana kami menetap di situ sepanjang berada di Edinburgh.

Malamnya pula saya cari Scotland Tour dekat internet sebab kami nak menjelajah melihat kawasan Highlands di Scotland. Kak Syakirah mencadangkan kami ambil Scotline Tours, bila saya buka laman webnya, sudah penuh! Dah tak ada seat untuk esok. Jadi, kami cari tour lain. Jadi, pilihan kami ialah Rabbie's Tour. Rabbie's Tour yang kami ambil berharga £46 seorang. Kalau harga pelajar pula ialah £43. 

Perbelanjaan:
  • Bas ke Schipol: 13 EU=RM 62.60 
  • Latte Machiato: 4.5 EU
  • McD: 9 EU=RM 43.35
  • Tiket bas Skylink: £9=RM 49.39 
  • Tour Rabbies: £86 =RM 471.93 


24 Jan Khamis: Pukul 10 pagi kami keluar, kali ini bukan berdua tapi keluar bertiga bersama Kak Syakirah, pelajar di Edinburgh. Disebabkan kami tak ada tiket bas lagi, Kak Syakirah cadangkan kami beli di app Mticket. Apps ini sangat memudahkan urusan beli tiket di sini, tak perlu cari mesin tiket atau kaunter tiket tapi dengan syarat pembelian mestilah minimum £10. Jadi, saya beli terus Day Ticket, single ride ticket untuk digunakan esok hari.



EDIN VILLAGE



Kami naik bas menuju kawasan Edin Village. Fuh Edinburgh ni aura dia macam kita masuk kawasan Harry Potter. Cantik sangat! Bangunannya antik, bersih, tak ada grafiti seperti bandar-bandar di Eropah yang lain. Yang saya perasan orang di Edinburgh ini rendah-rendah, comel gitu. Masuk ke Edin Village ini ada sebuah sekolah — Edinburgh Board School. Bangunan sekolahnya memang bangunan lama, cantik! Memang photography spot dekat sini. Kampungnya senyap saja, macam tak ada orang, kedengaran bunyi air sungai yang mengalir.



PRINCES STREET


Usai menghayati alam, mengambil gambar, kami ke Princes Street pula. Di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Cath Kidston, Smiggle, Lush, The Body Shop dan banyak lagi.




OLD TOWN OF EDINBURGH



Dah puas berjalan, kami ke bahagian Old Town of Edinburgh. Di sini terasa seperti di dalam dunia Harry Potter! Ada juga kedai Harry Potter di sini. Kedai makan halal merata-rata di sini. Sebab kami dah lapar, perut minta diisi, kami makan tengah hari di restoran NoodlesnRice. Selepas makan tengah hari, kami berjalan pula di sekitar Old Town. Di sini juga terletaknya Edinburgh Castle.


Disebabkan esok bakal merupakan hari yang panjang, jadi dalam pukul 6 petang kami pulang ke rumah kerana malam ini kami ingin memasak sardin dan nasi untuk dibawa sebagai bekal makan tengah hari esok. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah dahulu di Poundland, kebanyakan barang di sini berharga dari 1-2 pounds. Adalah beli sedikit coklat dan air.


Expenses:

  • Tiket bas day ticket (£4/1 ticket) and 4 single ride (£1.70/ 1 ticket): £14.8 =RM 82.04 
  • Lunch: £23.50=RM 130.02 
  • Poundland: £3=RM 16.69
  • Tesco: £3.40= RM 18.82 




SCOTLAND TOUR WITH RABBIE'S 


25 Jan Jumaat: Terdapat pelbagai tours yang ditawarkan di Scotland. Boleh beli siap-siap kalau betul-betul nak ambil tour. Kalau tak, jadi macam kami, sebab kami memang tak ada plan sangat nak berjalan dekat Scotland, jadi kami beli last minute. Alhamdulillah, ada tempat untuk kami pergi. Kami beli dekat laman Rabbie's Tours (klik sini), kami ambil tour Glencoe - Loch Ness - the Highlands, saya memang recommend tour ni sebab tour guide dia ohsem giler! Hewhew, jadi saya mulakan cerita kami pada hari ini. Malam tadi kami masak nasi dan sardin. Tidur awal sebab kena bangun awal. Pukul 7:30 pagi dah kena ada dekat Rabbie's Cafe yang terletak di Princes Street untuk berkumpul dekat sana. Pagi-pagi lagi kami dah keluar dan naik bas ke Princes Street. Selepas dah check in tour, kami beli roti dan hot chocolate di Rabbie's Cafe untuk sarapan.  

Tour guide kami pada hari ini ialah Douglas atau Douggie, bapak-bapak sangat ha. Kami naik van, satu van maksimum 16 orang, haritu dalam van ada 12 orang saja. Jadi, saya dengan Dayana conquer seat belakang sekali. Fuh kiteorang naik van macam naik roller coaster, dia punya laju memang jantung degup kencang, mengucap dulu. 



Sepanjang perjalanan lebih kurang 6 jam berada di dalam van, Douggie memang bercakap tanpa henti. Nak tanya apa-apa, tanya je! InshaAllah dia boleh jawab. Dalam 6 jam perjalanan, kita dihidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik di luar tingkap van. Sekejap-sekejap Douggie akan berhenti untuk memberi kita peluang mengambil gambar di tepi-tepi jalan. Tempat pertama kami berhenti ialah Glencoe, kawasan Highlands di Scotland. Kawasannya sangat cantik, gunung-ganang megah berdiri bagaikan ketua kawasan di situ. Di celahan gunung-ganang terdapat satu dua buah rumah yang didirikan, ada penduduk di situ. Cantik sangat! Dayana kata bak di New Zealand, jalan raya yang kecil dilengkapi dengan gunung-ganang di kiri dan kanan jalan. 

Oh ya, sebelum kami pergi lebih jauh ke Highlands, Douggie akan memberhentikan kita terlebih dahulu di bandar kecil Stirling untuk ke tandas, minum kopi, keluarkan cash sekiranya tak ada cash, sebab tempat-tempat di Highlands tak guna kad bank katanya. Di Lochness nanti, kita boleh naik feri, seorang 27 pounds, bayar menggunakan wang tunai kepada Douggie. 



Kemudian, kami ada singgah di istana yang paling lama juga istana pertama yang dibina di Eropah katanya! Seni binanya simple saja, yang tinggal hanyalah batuan istana saja. Jadi, kami masuk untuk mengambil gambar. Tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebat sekali. Douggie masih memandu van dengan laju sekali sebab nak kejar feri di Lochness yang kami bakal naik pada pukul 3 petang nanti. 



Pukul 2 petang, kami sampai di Lochness. Ya, di sinilah dikatakan ada misteri gergasi dulu kala yang hidup di dalam Lochness. Nah baca dekat sini pasal Lochness, klik sini. Di sini nak naik feri, harga tak termasuk bayaran 46 pounds tu, feri bayar lain dekat Douggie, seorang 27 pounds. Naik feri lebih kurang sejam, eh tak silaplah, lama betul sejam, ke 30 minit macam tu lah. Sepanjang naik feri ni dia akan berceritalah sedikit tentang sejarah Lochness ni, cumanya struggle sikit nak faham English dia, huhu. 

Pukul 3 petang, turun dari feri dan naik van untuk pulang ke Edinburgh. Kemudian, jalan kaki balik rumah dari Princes Street sebab bas delayed dan masih ada tenaga. Jadi, kami sampai di rumah dan kemas siap-siap beg untuk penerbangan ke London esok hari. Puas hati trip hari ini sebab penuh dengan info sejarah Scotland! Bayar 46 pounds ni berbaloilah, dapat ilmu, dapat pengalaman dan dapat pemandangan yang cantik sangat! Subhanallah, memang kalau ada peluang nak pergi sini lagi. 


Expenses:
  • Breakfast Rabbie: £4.65=RM 25.98 
  • Scotland Pounds: £100=RM 559.78 
  • Cruise Loch Ness: £27
  • Latte: £2.75
  • Twix SPAR: £0.67
  • Noodles n Rice: £15

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?