#NanaEuropeTrip: Persediaan ke Eropah


Sebelum ke Eropah, pastinya perlu membuat persediaan rapi, saya dan Dayana merancang ke Eropah 5 bulan awal sebelum kami pergi. Ya, 5 bulan merancang Allahu, lama benar. Walaupun sampai 5 bulan merancang tapi kami ada kesempatan untuk cari maklumat, beli tiket hanya pada hujung minggu atau malam lepas kelas saja, waktu lapang yang kami ada kami cuba buat sikit-sikit. Kalau tak, memang tak sempat nak mencari. Dilarang juga saat akhir baru nak buat semua benda sebab di saat akhir itulah banyak benda yang nak kena buat sebenarnya.

Walau bagaimanapun, harus kita ingat bahawa sehebat-hebat perancang ialah Allah SWT. Kita rasa sesempurna mana kita merancang tapi memang perancangan Allah yang terbaik! Sungguh, yang terbaik kerana terdapat banyak hikmah yang kita boleh dapat sekiranya dipandang dengan mata hati.

Jadi, di bawah ini saya sudah menyenaraikan persediaan yang kami buat untuk ke Eropah seperti:
  1. Pengangkutan
  2. Ubat-ubatan
  3. Makanan
  4. Duit
  5. Kad sim
  6. Aplikasi dalam telefon bimbit




PENGANGKUTAN


Sumber: Google


1. Bila? Sila beli awal!

2. Di mana? 
  • Kebanyakannya kami beli di aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon bimbit atau beli di laman web. Segala tiket kereta api atau bas dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain mestilah dibeli awal. Belilah seawal mungkin untuk mengelakkan daripada membeli harga tiket yang mahal.

3. Pengangkutan dalam bandar?
  • Bas: App Flixbus! Download dalam fon saja! Waktu nak naik bas tunjuk QR Code dalam fon. Boleh juga beli di aplikasi Trainline atau GoEuro sebab tak semua tempat Flixbus ada.
  • Kereta api: Kami beli di aplikasi Trainline EU, GoEuro, Westbahn dan OBB. Boleh download di telefon atau beli di laman web. Rujuk di website berkenaan untuk lihat tiket-tiket yang ditawarkan, boleh cuba tulis “transportation at prague” di Google, gitulah kami buat.
  • Beli? Boleh terus beli di kaunter atau vending machine.


UBAT-UBATAN

Sumber: Google

Bawa ubatan penting; panadol, selesema, balm, cool fever, ubat alergik (bagi yang alergik) dll. Oh ya, kami juga ada bawa sedikit hot pack untuk kurangkan sejuk. Biasanya kalau di negara orang, tak sesuai dengan cuaca tempatan, memang kena bawa body lotion. Saya prefer jenama Rosken, boleh didapatkan di Watsons. Sesuailah guna untuk melembabkan kulit. Dekat muka pun kena selalu pakai moisturiser.



MAKANAN

Sumber: Google

Kami bawa bekalan nasi impit, sardin, tuna, jem coklat untuk makan. Jadi, kami boleh masak dan boleh dijadikan bekalan. Kami juga bawa sebekas tupperware makanan dan sebotol botol air. Makanan ringan nak kunyah-kunyah pun siap sedia sikit dalam beg, alas perut. 



DUIT

Sumber: Google


Kalau dari Malaysia, tukar siap-siap kepada matawang yang kita nak gunakan.
  • Czezh Koruna CZK: Prague, Czech Republic
  • EU Euro: Salzburg ðŸ‡¦ðŸ‡¹ , Hallstat ðŸ‡¦ðŸ‡¹ , Venice ðŸ‡®ðŸ‡¹ , Rome ðŸ‡®ðŸ‡¹ , Paris ðŸ‡«ðŸ‡· , Amsterdam ðŸ‡³ðŸ‡±CFH Swiss Franc: Switzerland ðŸ‡¨ðŸ‡­
  • Pound: UK ðŸ‡¬ðŸ‡§
  • Scotland Pound: Scotland (UK juga boleh menerima Scotland Pound tetapi tidak di kedai-kedai kecil.

Macam kami, kami cucuk duit daripada ATM saja sebab caj yang dikenakan di money changer tidak munasabah. Memang sangat melampau caj yang dikenakan, kalau nak bawa duit dekat tangan, tukar siap-siap dekat Malaysia. Kalau tak, guna kad bank saja sebab boleh cucuk dekat ATM luar negara dengan mengaktifkan dahulu kad bank kita untuk urusan luar negara.



KAD SIM

Sumber: Google

Kami beli dari Malaysia siap-siap, kad sim jenama Hello 1010. Kami beli pakej 12 GB internet, 3000 minit panggilan, 3000 mesej dengan harga RM 140. Boleh digunakan seluruh Eropah. Ada banyak lagi kad sim yang ditawarkan, boleh tengok website Hello 101 (klik sini).





APLIKASI DALAM TELEFON BIMBIT

 

Sumber: Google


  • Visit A City: App ini sangat membantu untuk kita merancang itinerary. Kami banyak ikut app ini sebab dia dah bagitahu siap-siap berapa lama berjalan, tiket dll. Jadi, kebanyakan kami berjalan di Eropah menggunakan itinerary yang disediakan dalam aplikasi Visit a City.
  • Booking.com, Airbnb, Hostelworld, Hotels.com, Trivago, Agoda: Tempah hotel, boleh banding-banding harga.
  • Klook, TripAdvisor: Beli tiket-tiket masuk, tour dsb. Berguna sebab mudah dan sangat dipercayai!
  • GoEuro, Trainline EU: Beli tiket bas dan kereta api di Eropah. Sangat berguna!
  • Westbahn, OBB: Beli tiket kereta api di Austria.
  • Flixbus: App yang memudahkan kita beli tiket Flixbus! Sangat murah!
  • Rome2Rio: Berguna untuk merancang perjalanan, tengok anggaran harga pengangkutan dsb.
  • Kayak, Skyscanner, Trip.com: Beli tiket kapal terbang. Boleh banding harga juga.
  • HalalTrip: Sangat membantu untuk kita cari kedai makan halal dan masjid berdekatan!
  • HaveHalalWillTravel: Boleh lihat tips dan pengalaman muslim travellers all around the world!
  • NS: Beli tiket pengangkutan awam di Netherlands. Sekiranya kita beli dengan menggunakan aplikasi ini, kita diberi diskaun! Jadi, sekiranya nak beli tiket, gunakan apps ini kerana beli di vending machine atau di kaunter mahal!
  • Mtickets: Beli tiket bas, tram dan semua jenis pengangkutan di Edinburgh, Scotland. Minimum pembelian sebanyak 10 pound. Jadi, kami beli siap-siap tiket bas dari bandar ke airport, day ticket dan tiket-tiket lain. Caranya, saya kena dan Dayana kena download aplikasi ini, kemudian saya yang beli kesemua tiket. Kenapa tak beli asing? Sebab kalau beli asing, pembelian tak sampai 10 pound pun. Selepas saya dah beli, saya boleh share tiket kepada Dayana melalui WhatsApp. Dayana tekan link yang saya share, automatik tiket itu terus ada di aplikasi Mtickets di dalam telefon bimbit Dayana. Mudah, kan?
  • Citymapper: Kita boleh search pengangkutan underground, overground, bas dan banyak lagi di London.
  • Tfloystercard: Aplikasi yang sangat berguna untuk kita tahu baki duit dalam oyster card, nak top up secara online. Kalau nak guna kad bank cashless pun boleh. Caranya, kami sign up dahulu di laman web ini: Tfl Oyster Card (sila klik sini). Kemudian, sign in dalam aplikasi Tfloystercard di dalam telefon, masukkan maklumat yang dikehendaki. selesai!


Tambahan: Jangan lupa print mana-mana dokumen yang diperlukan seperti flight itinerary, train ticket dan juga photostat sekurang-kurangnya sehelai pasport. 








Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?