Posts

Showing posts from 2019

Angin Kencang Luruh di Beijing

Image
Angin kencang musim luruh hampir saja menumbangkan saya yang sedang berjalan menuju ke bangunan fakulti. Mujur saja sempat membuka langkah besar, berhenti sebentar untuk menyeimbangkan semula badan dan meneruskan langkah. Waktu ini ada dua perkara yang datang kepada kita:  - Angin kencang  - Usaha Angin --- kadang ia datang sewaktu kita kepanasan, bagaikan nikmat yang tiada tandingannya ketika itu; kadang ia datang sewaktu kita benar-benar sudah kesejukan, maka apa lagi perlunya angin? Kadang ia datang seolah-olah mahu menolak kita jatuh tergelincir daripada jalan yang sedang kita lalui, bagaikan ujian.  Ujian yang kadang datang dalam keadaan yang kita perlukan, kadang tidak diperlukan namun tidak kita sedari semua ini. Selalunya kita benar-benar merasakan angin itu ialah ujian ketika kita sudah selesa berjalan. Datang sekejap angin ketika kita sedang seronok berjalan sudah kita merasakan ujian itu penghalang. Walhal, punya cara untuk menghadapinya. Usaha --

#NanaEuropeTrip: Sejuta Penghargaan, Seribu Pengajaran

Image
Dalam hidup kita, akan ada banyak persoalan.  Kenapa ini, kenapa itu?   Kita akan banyak berfikir, banyak berbicara dengan hati. Kenapa kami ke Eropah? Mimpi.  Sebuah mimpi yang mahu direalisasikan. Sepanjang permusafiran, harus sentiasa perbetulkan, perbaiki, tambah nilai niat. Bumi Allah ini luas, inilah peluangnya untuk meneroka. Bukan untuk berseronok semata tapi untuk belajar. Belajar mengenali diri sendiri, belajar menghargai segala-galanya dan belajar untuk tunduk ke bumi.  Sepanjang permusafiran, sentiasa berdoa di dalam hati, mendoakan yang baik-baik. Mengajar saya untuk sentiasa berdoa untuk semua, berdoa bukan saja tatkala kita susah, mengajar saya berdoa untuk sentiasa sedar bahawa saya ini hanyalah hamba.  Sejauh mana kami berdua berjalan, hanya Dia sebaik-baik penjaga. Melihat sebentar pinjaman yang terbentang di hadapan mata, menjadi peringatan untuk sentiasa menjadi hamba yang sentiasa berusaha meningkatkan kemampuan diri. Sejauh mana cabaran disahut,

#NanaEuropeTrip: London

Image
TOUCHDOWN 26 Jan Sabtu:  Pukul 10:30 pagi kami keluar dari rumah dan naik bas Skylink 100 ke Edinburgh Airport. Flight kami pukul 1:45 petang. Selepas drop luggage, kami pun terbang ke London Luton dan mendarat dengan selamat pada pukul 3 petang, lebih kuranglah. Bob, host Airbnb kami di Enfield ambil kami di Luton Airport dan hanya dikenakan caj sebanyak £35.  Kalau nak naik pengangkutan awam, memang lama dan akan menyusahkan sedikit sebab lebih empat kali kena tukar, naik, tukar, naik. Kalau nak ambil teksi pula lebih kurang £50. Jadi, alang-alang Bob dah tawarkan teksinya, kami naik saja. Setengah jam kemudian kami sampai di apartment Bob. Alhamdulillah, selamat sampai dan oh ya, sebelum ke rumahnya kami singgah sekejap di Coop untuk beli spaghetti buat makan malam dan bekalan hari esok. Expenses : Print Easyjet: £3 Skylink 100: £9=RM 49.79 Teksi: £35 Coop: £4.51 Strawberi: £1.89  HARRY POTTER AND OXFORD TOUR 27 Jan Ahad : Hari ini pukul 8 pagi kami sudah keluar

Berbaloikah Berkorban?

Image
Dalam hidup kita, sering kali tak akan terpisah dengan situasi yang memaksa kita berkorban atau terkorban. • Sukarelawan yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan di kawasan pedalaman kerana merasakan itulah tanggungjawab mereka serta banyak lagi contoh lain yang murni Semakin kita memberikan bantuan, semakin tinggi sense of giving, merasakan bahawa kita perlu memberi sesuatu, semakin kita tunduk terhadap Tuhan. Ya, dua situasi ini sentiasa terjadi, tanpa kita sedar atau tidak. Kadang, di dalam poket kita ada RM5, niat di hati mahu disimpan saja untuk duit makan malam nanti. Tiba-tiba datang seorang pak cik meminta tolong kerana beliau tidak cukup duit untuk isi minyak motor. Sekiranya bagi, tiadalah makan malam. Sekiranya tidak, perut kenyang. Akhirnya, kita memilih untuk memberi RM5 itu kepada pak cik tersebut. Kadang, kita sudah membeli sebungkus kebab untuk dijadikan bekalan perjalanan di dalam bas malam selama 8 jam, namun ketika sampai di terminal bas didatangi seora

Sayonara Jahiliah

Image
Alhamdulillah, masih lagi bernafas, masih lagi dapat hidup hari ini, dapat bangkit daripada tidur dan hidup! Semalam punya mengantuk memang mengantuk betul, pukul 9 dah  start  mengantuk tapi gagahkan juga buat kerja, akhirnya pukul 10 memang dah terlelap.  Seminggu dua ni rasa macam  lost , so  there was someone gave me a present;  39:2 . Jazakillah :) Program hari ini berpandukan satu tema iaitu  Wida': Sayonara Jahiliah.   Tak kenal maka tak cinta  tapi kali ini kita kenal bukan untuk mencintai tapi untuk  mengucapkan selamat tinggal  kepada jahiliah. Slot pertama yang dikendalikan oleh Kak Ainur, semestinya menjelaskan dengan lebih lanjut tentang jahiliah.  Apakah itu jahiliah?  Kalau belajar zaman sekolah, dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 pada  page  sebelah kanan bahagian bawah, ada dalam satu perenggan diterangkan maksud jahiliah.  Jahiliah ; kata dasarnya ialah jahala yang bermaksud bodoh, tidak tahu apa-apa. Itu maksud dari segi bahasa.  Okay,  sekarang

Kadar Bayaran Penghantaran Poslaju Meningkat?

Image
Assalamualaikum WBT Fuh, hari ini saya mengalami pengalaman yang baru! Pertama kali ke Pos Laju untuk pos barang. Caranya sangat mudah sekali, servis di kaunter mengambil/mengepos barang pun laju! Pekerjanya ramah, bekerja dengan sangat tangkas, hampir sama lajunya dengan 快递员 di Beijing, serius, part ni sis tak tipu. Caranya mudah sekali, InshaAllah mudah. FLYERS Nak hantar barang Pos Laju, sekarang guna flyers yang disediakan oleh Pos Laju pun okay, jimat pun jimat. Saya nak cerita flyers warna oren, ada tiga saiz; S, M, L. Seriap saiz ada had berat, contoh S 0.5 kg, M 1.5 kg, L 2 kg rasanya. Harga flyers murah saja, contoh saiz M (10 keping) RM3, cumanya sekarang harga postage itu yang sedikit mahal, ceh! Oh ya, flyers boleh beli di Pejabat Pos Laju! Nak beli dekat Shopee pun boleh, tapi itulah tak berbaloi pula nak bayar postage, boleh jadi RM 8! Kalau pejabat pos laju dekat, lebih baik pergi beli sendiri. POSTAGE Tadi kisahnya, nak hantar ubat lecturer yang keluarg

Cara Simpan Duit Tabung Haji Melalui Maybank

Image
Assalamualaikum WBT Yeah, Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dapat selesaikan satu urusan iaitu menyimpan duit di Tabung Haji melalui Maybank. Kalau sebelum ini, saya pergi pejabat Tabung Haji (TH) untuk urusan penyimpanan duit, namun kini urusan itu boleh dilakukan secara online. Yang paling penting, kita kena ada akaun Maybank! Sewaktu nak link kita punya TH dengan Maybank, bawa sekali buku TH, penting untuk kita tengok nombor akaun dan nombor siri buku (di halaman belakang sekali). Caranya senang sahaja: Pergi ke ATM Maybank , pilih pilihan ⇒ TABUNG HAJI Masukkan nombor akaun dan nombor siri buku. Siap!  Kemudian, kita pun boleh dah transfer secara online! Mudah bukan? Kita juga boleh check baki duit di Tabung Haji di laman web Maybank2u juga. Hanya klik saja pada pautan "Tabung Haji", maklumat akaun dan baki akan dipaparkan.

Beraya di Perantauan

Image
Alhamdulillah, 30 hari kita dapat menjalani ibadah puasa, cuma istimewanya (ceh!) saya berpeluang merasai pengalaman berpuasa di bumi Tembok Besar China. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terlampau banyak cerita semester ini, sebelum tibanya Ramadhan bertubi-tubi dihempap tangga, fuh! Banyaknya rintangan sampai rasa lemas, namun di saat hampir tenggelam, datang pertolongan Allah dari pelbagai arah, pelbagai cara.  Realitinya, kami pelajar yang belajar di negara orang, lagi-lagi negara China. Terlampau banyak perkara yang dulunya masih lagi boleh dipertahankan, namun kini terpaksa akur dengan undang-undang. Dengan sekuriti yang tinggi, segala tingkah laku mesti berhati-hati, kalau tidak, boleh jadi benda lain. Kita acap kali mendengar cerita kalau students overseas boleh solat di merata-rata tempat tanpa rasa takut, namun bukan di bumi Tembok Besar ini. Apa yang paling penting ialah berhati-hati. Sudah terlampau banyak cerita yang kita dengar di mana-mana media sosial tentang nega

Fasbir

Image
Kerana satu perkara salah faham, kita terus meruntuhkan hubungan baik yang sudah terbina bertahun lamanya. Tatkala hati ini sedang membara, panas sehinggakan terbitlah segala kisah lama daripada mulut, yang jiwa amarah itu ditambah lagi dengan bisikan syaitan, yang semakin membuatkan kita bertambah marah, bertambah benci. Banyak kali perkara ini terjadi, bahkan aku sendiri menghadapi saat itu. Saat di mana semuanya rasa tak betul, yang betul hanyalah aku saja, walhal setiap hari doa dititipkan untuk hati-hati ini terus tsabat dan bersama di dalam jalan yang kita pilih ini. Namun, aku sendiri gagal. Pernah gagal untuk menenangkan diri, langsung marah dan menuding segala silap lalu, menambah garam kepada masalah kini. Benar, pabila manusia sedang marah, tak akan didengarnya cakap orang, marah saja! Marahlah! Lagi-lagi perempuan, bila marah sangat, sampai tahap rasa tumbuk dinding, nak menjerit, akhirnya menangis. Penat sangat dah otak, tak mampu nak bertenang. Baru-baru ni terja

Review: El Medina Spa Bekam Kuantan

Image
Asalamualaikum WBT Hari ini saya nak review  tentang servis di El Medina Spa Bekam Kuantan yang terletak di Indera Mahkota 7, berhadapan dengan Restoran Dapur Mama. El Medina Kuantan terletak di tingkat 1, kena naik tanggalah spa di tingkat atas. Masuk-masuk saja Subhanallah sejuk! Pertama kali juga iols masuk spa, interior design dalaman pun sangatlah mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir, ada sofa menunggu, wifi percuma yang laju, ada tempat kanak-kanak bermain, air mineral percuma, staff yang sopan dan baik serta tempat yang sangat strategik.  Ada beberapa pakej yang ditawarkan, boleh tengok gambar dekat bawah: Yang buat bekam ialah mak saya, terlalu stress dengan lambakan kerja, jadi ini kalilah mak pun berbekam, katanya kepala pun rasa ringan sedikit. Nice service , alhamdulillah, mak pun dah beberapa kali berbekam di sini. Recommended !

Review: Rosken Sensitive Cream

Image
Sumber: Google Assalamualaikum WBT Hari ini saya nak review tentang Rosken Dry to Extra Dry Skin Cream, warna biru gelap seperti dalam gambar di atas.  Okay, masalah utama saya ialah kulit kering. Lagi-lagi ketika belajar di Beijng, badan rasa gatal-gatal sebab kulit kering. Saya sudah cuba banyak losyen untuk lembabkan kulit. Awalnya saya beli losyen  Vaseline, losyennya melembabkan kulit cuma saya tak berapa suka tekstur losyen yang lambat menyerap ke dalam kulit. Bila sapu di atas badan, terasa losyen tu di atas badan lagi, sapu nipis-nipis pun ada rasa minyak-minyak, lama-lama saya berasa rimas. Lagi-lagi bila kita rushing nak ke kelas atau nak cepat-cepat keluar, jadi losyen itu membuat rasa mood agak tidak aman. Seorang rakan saya mencadangkan losyen jenama Rosken ini. Itulah kali pertama saya dengar jenama Rosken. B alik Malaysia saya pun beli yang 75ml. Alhamdulillah, losyen ni memang melembabkan, sapu dekat atas badan, bahagian yang kering dah tak gatal, lembab dan y