#NanaEuropeTrip: London
TOUCHDOWN
26 Jan Sabtu: Pukul 10:30 pagi kami keluar dari rumah dan naik bas Skylink 100 ke Edinburgh Airport. Flight kami pukul 1:45 petang. Selepas drop luggage, kami pun terbang ke London Luton dan mendarat dengan selamat pada pukul 3 petang, lebih kuranglah.
Bob, host Airbnb kami di Enfield ambil kami di Luton Airport dan hanya dikenakan caj sebanyak £35.
Kalau nak naik pengangkutan awam, memang lama dan akan menyusahkan sedikit sebab lebih empat kali kena tukar, naik, tukar, naik. Kalau nak ambil teksi pula lebih kurang £50. Jadi, alang-alang Bob dah tawarkan teksinya, kami naik saja.
Setengah jam kemudian kami sampai di apartment Bob. Alhamdulillah, selamat sampai dan oh ya, sebelum ke rumahnya kami singgah sekejap di Coop untuk beli spaghetti buat makan malam dan bekalan hari esok.
Expenses:
Print Easyjet: £3
Skylink 100: £9=RM 49.79
Teksi: £35
Coop: £4.51
Strawberi: £1.89
HARRY POTTER AND OXFORD TOUR
27 Jan Ahad: Hari ini pukul 8 pagi kami sudah keluar untuk ke Glocester Road bagi mengikuti Harry Potter and Oxford Tour. Kami topup Oyster Card dulu, pergi dekat kedai runcit berdekatan dengan tube station.
Enfield ni dia macam kawasan luar bandar. Jadi, kena tukar line untuk sampai ke Glocester Road. Cuak dah sebab janji dengan tour guide untuk berjumpa pukul 9:30 am. Kami keluar daripada Glocester Road tepat 9:30 am, keluar daripada tube station tu, tak tentu arah dah.
Terus tengok semula tiket yang kami beli onljne, call hotline! Dayana gelabah dah called office. Pusing belakang, kelihatan seorang lelaki yang memakai kot sejuk, tinggi lampai, sekejap tengok jam, sekejap tengok kami. Kemudian, dia datang tegur, "Hi, are you going to Oxford?"
Yes! Haha. Rupanya dia berdiri dekat situ tengok kami gelabah itik takut kena tinggal sebab lambat.
"We're sorry, we're late."
"Nevermind, you're just late for 2 minutes."
Hah? Ayat ni memang saya ingat sampai sekarang. Adeh, 2 minit lambat, dia ambil kira juga ha. Serba salah kami, waktu berjalan menuju bas tu, rasa berdebar takut orang pandang-pandang.
Naik bas, eh! Tak ada orang? Rupanya kami orang pertama yang dia ambil. Kemudian, kami ke the next pick up location. Sambil-sambil ke sana, tour guide pun cerita sejarah kota London ini, phew free weh! Siapa nak cerita pasal London, kan? Sampai di lokasi kedua ni ramai orang, bolehlah dalam separuh bas juga.
Sepanjang perjalanan dua jam ke Oxford, eh, dua jam ke, kami juga diceritakan sejarah-sejarah di situ. Bila sampai saja di Oxford, MashaAllah, rasa macam tak percaya!
Manusia yang menetap di Oxford ini, kebanyakannya pelajar. Kawasan Oxford ni besar juga ya. Kemudian, kami berjalan dalam sekitar Oxford University, tengok tempat lakonan Harry Potter, fuh unbelievable!
Selepas lebih kurang setengah jam dengar penerangan daripada tour guide, kami dibenarkan beraktiviti bebas. Cantik weh Oxford University ni. Boleh masuk perpustakaan baru dia. Luas! Yang pasti toilet free, huhu.
Kemudian, kami berjalan, tangkap gambar. Hujan sekejap tapi lebat juga. Ada seorang mak cik terdengar saya dan Dayana bercakap dalam bahasa Melayu, minta tolong kami tangkapkan gambar, "My son is studying here." Uwuww 👏🏼
Oh ya, disebabkan kad Maybank ni tak boleh guna cucuk ATM dekat London, kena juga cari money changer. Aduhai, dugaan. Di Oxford, kami jumpa money changer, nego sampao jadi weh! Abang yang jaga kaunter pun muka macam student. Hew, so kami tukar 500USD, dapatlah 358 💷 untuk survive 5 hari dekat London.
Kami bawa bekal sendiri ya ke Oxford, beli cupcake dekat Sainsbury, sedap betul! Serius, tak tipu. Harga memang murah daripada bakery tapi Subhanallah moist dia tuh MashaAllah. Ohsem!
Kami cuba Google masjid terdekat tapi semua jauh. Jadi, kami solat macam mana ya, lupa! Kami ikhtiar jugalah cari kawasan nak solat sebab semua kawasan lapang sangat tak ada tertutup. Dalam kawsan university ini ada mall siap, banyak juga kedai-kedai mewah, cuci-cuci mata saja.
Kemudian, kami menuju ke Warner Bros Studio. Excited! Haha, Dayana paling excited. Dalam trip kami, ada seorang budak lelaki ni, waktu tour guide cerita-cerita pasal tempat lakonan Harry Potter, dia boleh jawab weh watak-watak, scene yang mana satu, wah wah! Minat betul ya. Saya bukan peminat Harry Potter sangat, alang-alang dah sampai, kita jengah juga. Dayana, iya, peminat Harry Potter, so of course dia sangatlah teruja ya.
Warner Bros Studio ni nak masuk ada trip tau, setiap 2 jam satu trip, lebih kuranglah. Pada hari tersebut, kami ialah trip terakhir iaitu pukul 7pm. Studio sangat besar, memang kita dapat tengok prop, tempat lakonan, pakaian, macam-macam lagi! Feeling Harry Potter gitu~
Sebenarnya menarik juga, lepas habis pusing satu studio, Dayana ada shopping barang Harry Potter sikit. Barang dia semestinya tak murah herher tapi boleh saja nak beli ha gitu. Kemudian, kami pun pulang semula ke kota London. Malam masih awal, perut sudah berkeroncong. Jadi, kami Google restoran halal sekitar, ada satu restoran Peri-Peri, kami makan di situ. Harga paling berbaloi berbanding kedai lain. Restoran ini berdekatan dengan King's Cross Station. Dekat sini ada Platform 9 3/4 Harry Potter. Ha, kalau tak nak pergi melawat Warner Bros Studio, boleh beratur dekat King's Cross Station cuma lama sikit beratur, ramai orang.
Perbelanjaan:
Topup Oyster Jiha: £20=RM 112.15
Topup Oyster Dayana: £25=RM 140.19
Sainsbury: RM 12.89
Money changer: 400 USD Jiha, 100 USD Dayana = £358
Harry Potter Dayana: £15
Peri-peri: £8
STAMFORD BRIDGE & OXFORD STREET
28 Jan Isnin: Pukul 10:30 pagi kami checked out, Uncle Bob hantar kami ke Underground Gordon Hill Station dengan menaiki keretanya. Kemudian, kami naik Great Northern menuju Finsbury Park dan naik Victoria Line menuju Queensway.
Sampai saja di Queensway, kami berjalan menuju ke Malaysia Hall London, Queensborough Terrace W2. Alhamdulillah, mudah saja jumpa dan di sini orang Malaysia ada di mana-mana.
Kami ambil dua bilik standard, maksudnya seorang satu bilik. Seorang bayar £10, deposit £20. Pembayaran di Malaysia Hall hanyalah secara wang tunai sahaja, begitu juga di kantin. Check-in bermula pukul 2 petang, manakala check-out sebelum 12 tengah hari. Malam-malam tak boleh keluar atau balik terlalu lewat sebab curfew pukul 11:00 malam.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 12:15 tengah hari, jadi kami terus solat di surau Malaysia Hall. Usai solat, destinasi pertama kami di London ialah Stamford Bridge. Siapa Chelsea Fans kita geng! Mudah saja untuk ke sana, Google saja. Cuma kena tukar-tukar tube. Dekat sana saya tak ambil stadium tour, cuma masuk kedai cenderahati. Excited, dream come true gituh!
Dah puas tengok stadium depan mata, kami pun bergerak ke Oxford Street. Pergi sebab Dayana nak usha beg untuk mummy dia, so ikut je lah. Lepas dah cari-cari, hari menjelang malam, saya tak minat nak masuk kedai. So, tunggulah dekat luar kesejukan tahap apa entah, Dayana pula cari losyen Victoria Secret. Setelah beberapa lama, kami pun pulang semula ke Bayswater. Fuh.
Macam pergi juga beberapa tempat tapi rasanya macam pergi dua tempat ini saja, dalam sehari. Oh ya, kami ada juga masuk drug store, beli Sudafed.
Expenses: Malaysia Hall: £20/2 people
Topup Oyster: £40/2 people
Chelsea bag Jiha: £13.95
Sprite: £1.45
Peri-peri: £9.50
Sudafed: £3.99
VS Dayana: £12
JALAN-JALAN KOTA LONDON
29 Jan Selasa: Hari terakhir di London! Yeah! Akhirnya, dapat melawat kota London. Tempat pertama kami pergi ialah Buckingham Palace. Orang ramai tapi kami dapat tangkap gambar depan pintu pagar dia dengan tiada sesiapa yang photobomb huhu. Gigih pergi awal nak tengok askar berkawad, tiba-tiba nampak papan tanda tulis, tiada pertukaran guard hari ini! Weh haha sedih.
Kemudian, kami ke kawasan tengah kota, ramai orang sedang protes, banyak papan tanda Brexit. Berita pun cakap pasal Brexit. Dapat tengok teksi London yang antik, bas double decker, Big Ben pula under construction. Jadi, kami berjalan sampailah berjumpa dengan sebuah restoran halal.
Lepas makan, kami teruskan perjalanan sekitar kawasan Tower Bridge. Wuw, tengok bangunan-bangunan yang Teme lukis, dekat area ni tak jumpa tempat tertutup, jadi kami solat dekat tepi bangunan yang dindingnya berkaca. Orang dekat dalam boleh nampak kami solat tapi itulah tempat paling tertutup waktu itu.
Kemudian, kami ke Oxford Street sekali lagi. Kali ini Dayana benar-benar nak beli beg tangan untuk mummy dia. Lama juga, nak pilih nak fikir nak itu nak ini, setelah beberapa jam, barulah dapat keputusan dan membeli dengan penuh gaya.
Hari pun semakin gelap, lama juga di kedai beg tangan, kami carilah kedai makan, nak merasa Fish n Chips London gituh. Haih, entahlah nak, rasa dia biasa-biasa, harga tu ha mesti kena mahal. Lepas makan, shopping lagi, masuk lagi Victoria Secret, Dayana beli lagi losyennya. Kemudian, kami ke The Body Shop, harga murah sampai RM20 beza, seingat saya lah tapi tidaklah membeli dengan banyaknya, untuk kita-kita pakai saja.
Sebelum pulang, kami singgah dekat Boots dan Drug Store, weh borong deodorant Vaseline jenis spray, murah, saya suka! Tak jual dekat Malaysia. Masuk Boots pula, Simple tengah buat sale, buy 1 free 1, ha apa lagi!
Dah lama sangat dekat Oxford Street, kami pun pulang ke Bayswater tapi hujan lebat amat! Habis basah barang, dekat situ juga kami belli keychain, magnet, baju --- bolehlah nego sampai jadi! Pekerjanya bukanlah English, orang Bangladesh, Pakistan maybe, tak tahulah, tapi kedai mereka harga memang kita nego sampai boleh beli.
Hujan lebat sangat sampai terjatuh jatuh barang, beg dah rosak. Mujur ada dalam beberapa ratus meter lagi menuju Malaysia Hall. Kemudian, kami kemas barang untuk pulang ke Malaysia esoknya!
Alhamdulillah!
Untuk baca travelog di bumi Eropah yang lain, boleh klik di bawah:
Comments
Post a Comment
Ya, saya?