Kadar Bayaran Penghantaran Poslaju Meningkat?

Assalamualaikum WBT

Fuh, hari ini saya mengalami pengalaman yang baru! Pertama kali ke Pos Laju untuk pos barang. Caranya sangat mudah sekali, servis di kaunter mengambil/mengepos barang pun laju! Pekerjanya ramah, bekerja dengan sangat tangkas, hampir sama lajunya dengan 快递员 di Beijing, serius, part ni sis tak tipu.

Caranya mudah sekali, InshaAllah mudah.

FLYERS

Nak hantar barang Pos Laju, sekarang guna flyers yang disediakan oleh Pos Laju pun okay, jimat pun jimat. Saya nak cerita flyers warna oren, ada tiga saiz; S, M, L. Seriap saiz ada had berat, contoh S 0.5 kg, M 1.5 kg, L 2 kg rasanya. Harga flyers murah saja, contoh saiz M (10 keping) RM3, cumanya sekarang harga postage itu yang sedikit mahal, ceh! Oh ya, flyers boleh beli di Pejabat Pos Laju! Nak beli dekat Shopee pun boleh, tapi itulah tak berbaloi pula nak bayar postage, boleh jadi RM 8! Kalau pejabat pos laju dekat, lebih baik pergi beli sendiri.


POSTAGE

Tadi kisahnya, nak hantar ubat lecturer yang keluarganya kirim dari Beijing. Jadi, tadi saya pergi pejabat Pos Laju Bukit Ubi Kuantan, ambil nombor giliran, pergi kaunter, pekerja bagi borang untuk diisi, borang itu dikenali sebagai Consignment Note, dia ada 4 helai salinan, kita isi yang helaian pertama saja. 

Kemudian, pekerja akan timbang barang dan bayar postage. Tadi saya dikenakan bayaran RM 7.80. Saya tanya juga rate postage yang terbaru, jawapan daripada pekerja itu, "Yang bandar RM 7.80, kawasan pedalaman RM 9", eh RM 8 ke RM 9, allahu, lupa! Yang pasti, harga untuk dua kawasan ini berbeza.

Selesai. Urusannya mudah dan cepat sahaja, InshaAllah. 


BEZA POS MALAYSIA DAN CHINA

Saya menulis berdasarkan pengalaman saya, saya tak ada data statistik yang tepat cuma ada pengalaman saja. Saya sudah menetap di China selama 4 tahun, hampir setiap bulan, paling parok setiap minggu ha, ada saja benda yang akan dibeli online. 

Contohnya, nak beli beras, nak beli sabun basuh baju, beli periuk, beli apa-apa sajalah, saya memilih untuk membeli secara atas talian di laman web Taobao, Jingdong atau Eleme. Selalunya setiap kali saya membeli barang, jarang sekali saya dikenakan postage. Jarang sangat, kalau seingat saya sekali sekala sajalah dikenakan bayaran penghantaran. Kalau kena bayar pun, tak mahal. 

Apabila di Malaysia, bila nak bayar postage RM 7.80 tadi, ataupun apabila saya membeli belah online membayar postage RM10 pun fuh, telan air liur sajalah. 

Apa-apa pun, kita sedang menuju negara maju, nampak dah lah ada sikit-sikit improvement orang kata. Semoga semakin maju dan bisa menjadi negara cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?