Posts

Showing posts from February, 2019

Review: El Medina Spa Bekam Kuantan

Image
Asalamualaikum WBT Hari ini saya nak review  tentang servis di El Medina Spa Bekam Kuantan yang terletak di Indera Mahkota 7, berhadapan dengan Restoran Dapur Mama. El Medina Kuantan terletak di tingkat 1, kena naik tanggalah spa di tingkat atas. Masuk-masuk saja Subhanallah sejuk! Pertama kali juga iols masuk spa, interior design dalaman pun sangatlah mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir, ada sofa menunggu, wifi percuma yang laju, ada tempat kanak-kanak bermain, air mineral percuma, staff yang sopan dan baik serta tempat yang sangat strategik.  Ada beberapa pakej yang ditawarkan, boleh tengok gambar dekat bawah: Yang buat bekam ialah mak saya, terlalu stress dengan lambakan kerja, jadi ini kalilah mak pun berbekam, katanya kepala pun rasa ringan sedikit. Nice service , alhamdulillah, mak pun dah beberapa kali berbekam di sini. Recommended !

Review: Rosken Sensitive Cream

Image
Sumber: Google Assalamualaikum WBT Hari ini saya nak review tentang Rosken Dry to Extra Dry Skin Cream, warna biru gelap seperti dalam gambar di atas.  Okay, masalah utama saya ialah kulit kering. Lagi-lagi ketika belajar di Beijng, badan rasa gatal-gatal sebab kulit kering. Saya sudah cuba banyak losyen untuk lembabkan kulit. Awalnya saya beli losyen  Vaseline, losyennya melembabkan kulit cuma saya tak berapa suka tekstur losyen yang lambat menyerap ke dalam kulit. Bila sapu di atas badan, terasa losyen tu di atas badan lagi, sapu nipis-nipis pun ada rasa minyak-minyak, lama-lama saya berasa rimas. Lagi-lagi bila kita rushing nak ke kelas atau nak cepat-cepat keluar, jadi losyen itu membuat rasa mood agak tidak aman. Seorang rakan saya mencadangkan losyen jenama Rosken ini. Itulah kali pertama saya dengar jenama Rosken. B alik Malaysia saya pun beli yang 75ml. Alhamdulillah, losyen ni memang melembabkan, sapu dekat atas badan, bahagian yang kering dah tak gatal, lembab dan y

Review: Innisfree Lava Seawater Cream

Image
Assalamualaikum WBT. Sumber Google Fuh, jujurnya saya bukanlah orang yang pandai tulis review tapi hari ini just nak share Innisfree Lava Seawater Cream dah buat dekat kulit muka saya!  Ceritanya, waktu tu moisturiser habis dan nak beli barulah, of course tapi kulit saya jenis sensitif, jadi sangatlah takut nak guna mana-mana produk sesuka hati. Satu hari ni saya dengan kawan, Dayana pergi ke sebuah pusat beli-belah, masuk Innisfree dan keluar daripada Innisfree dengan satu barang iaitu Lava Seawater Cream. Produk ini bahan pertama yang perasan ialah ceramide , satu bahan yang bagus untuk pelembapan. Jadi, ambil keputusan beli dan cuba! Fuh! Tak murah yang pastinya tapi itulah bagi merawat kulit muka yang kering lagi menggerunkan dengan cuaca yang tak menentu dekat Beijing ni.  Oh ya produk ini kira untuk anti-aging effect, sebab susah nak dapatkan moisturiser yang elok untuk muka, jadi saya memang berani mati untuk cuba produk ini. Sebelum ni pernah cuba Innisfree Gre

#NanaEuropeTrip: Edinburgh

Image
EDINBURGH 23 Jan Rabu : Pukul 10 pagi kami checked out dan naik bas 397 menuju ke Schipol Airport. Disebabkan tiket 24 jam kami sudah tidak valid , kami kena beli tiket dengan pemandu bas. Pembelian tiket di atas bas pun hanya menggunakan kad bank sahaja, cashless. Wang tunai tidak diterima. Pukul 2:50 petang, kami terbang dengan pesawat British Airways menuju ke London Gatwick. Pukul 5:40 petang, kami terbang pula ke Edinburgh. Sampai tersesat dekat Gatwick Airport, mula-mula ke North Terminal, salah pula. Patah balik ke South Terminal. Selepas menunggu dalam setengah jam, kami akhirnya bisa terbang. Oh ya, tadi sewaktu pemeriksaan kastam, banyak soalan yang ditanya. Alhamdulillah, lancar. Sewaktu security check pula agak strict sebab segala jenis cecair kena letak di dalam plastik yang disediakan awal-awal sebelum masuk ke kaunter pemeriksaan keselamatan. Alhamdulillah pukul 7:05 petang kami tiba di Edinburgh Airport. Kemudian, kami beli tiket bas Skylink

#NanaEuropeTrip: Paris

Image
PARIS 20 Jan Ahad: Kami checked out Marghera House pada pukul 6 pagi dan berjalan kaki ke stesen kereta api Roma Termini. Kemudian, Dayana beli tiket kereta api untuk ke Fiumicino Airport. Agak kelam-kabut sedikit sebab kami tak beli tiket train dari Roma Termini ke Fiumicno Airport awal-awal. Alhamdulillah, Dayana beli tiket dekat kedai runcit, validate tiket dan dapat naik train pukul 6:35 am. Sampai di airport, terus drop luggage, security check dan Alhamdulillah boleh rehat sekejap sebelum naik flight. Pukul 12 tengah hari, kami sampai di Paris Orly Airport. Naik Orlyval, tukar line sampailah di stesen berdekatan di hotel dan berjalan kaki ke hotel. Selepas check in kami keluar cari makan. Lapar woi! Kami berjalan kaki ke restoran Shaazan, recommended sebab harga dia ohsem, tak mahal sangat, portion makanan memuaskan. Usai makan, kami cari supermarket untuk beli roti dan air mineral buat sarapan esok. Kebanyakan roti buku yang dijual di Paris semuanya mengandungi alkoho

#NanaEuropeTrip: Amsterdam

Image
AMSTERDAM 22 Jan Selasa: Malam semalam kami naik Flixbus dari Paris Bercy Seine ke Amsterdam Sloterdijk, sampai di Amsterdam lebih kurang pukul 5 pagi. Kemudian, pukul 6:45 pagi kami naik Sprinter (kereta api) dari Amsterdam Sloterdijk ke Amsterdam Central. Di Amsterdam, nak beli tiket transport di vending machine tak boleh guna cash , hanya kad bank saja. Jadi, untuk beli tiket Sprinter , saya beli di app NS secara online , murah 1 EU, jimatlah sikit. Kemudian, kami santai sekejap dekat kedai Albert Heijn, kira macam kedai runcitlah. Kami beli secawan kopi dan secawan warme chocomel untuk menghangatkan jari-jemari yang dah membeku. Sejuk sangat dekat luar, -3 Celcius, dijangka turun salji hari ini. Tak sanggup nak duduk dekat luar. Selepas itu, kami beli tiket GVB 24 hrs untuk naik transport dekat Amsterdam ni, kami beli di Amsterdam Central. Caranya adalah cari saja vending machine public transport, pilih jenis tiket sama ada 90 mins, 24 hrs, day pass dsb. Ingat! Pemb

#NanaEuropeTrip: Venice

Image
VENICE 16 Jan Rabu : Selepas bersarapan, pukul 7 pagi kami ke stesen Interlaken West untuk naik train ke Spiez. Kemudian, turun di Spiez untuk naik train ke Milan Centrale. 11:34 pagi pula train menghala ke Venice. Sampai saja di Venice pada pukul 2 petang, kami terus check-in hotel yang terletak kita-kira 500 m dari stesen kereta api. Hotel kami terletak berdekatan saja dengan stesen kereta api Venezia Santa Lucia. Kemudian, kami checked in dan berehat. Usai solat, dalam pukul 4:30 petang kami keluar jalan-jalan. Niat asal nak jalan dekat-dekat je, sekali terjalan jauh, sampai ke Rialto Bridge. Seram pun ada, jalan bersimpang-siur dengan gelapnya, allahu berdebar je rasa tapi takkan nak patah balik ha. Bila tengok Google Maps rupanya dah jauh sangat dari kawasan hotel, sedar tak sedar dah berjalan sejauh 1 km. Jadi, kami teruskan saja misi berjalan sehingga ke Rialto Bridge. View dari atas Rialto Bridge sangat cantik! Dekat situ banyak kedai cenderamata. Terdap