Posts

Mereka Berlari di Padang, Aku Bertarung Dalam Diam

Image
    Sejak posting 2023, tiga tahun ini terasa berat. Tapi, malaslah aku nak cerita beratnya menanggung rasa, kerana doa mak dan abah, kehadiran mak dan abah, keberadaan adik-adik dan kawan baik, sentiasa ada dan aku yakin, doa-doa mereka diangkat, sehinggakan aku mulai redha dan belajar untuk tunduk. Cuma makin lama bekerja dengan manusia, terasa makin mencabar keimanan dan kesabaran. Ikut rasa, binasa; jadi, diamkan saja. Selagi buat kerja kita, sudahlah.     Okay, chin up! Hari ini hari kedua MSSD Olahraga, aku selaku guru pengiring serta juruletih, jantung memang tak senang degup. Berdebar lain macam nengok anak-anak atlet masuk gelanggang perjuangan mereka. Sedikit sebanyak juga memberikan secebis pengalaman dulu-dulu pernah join wakil Kuantan, kita turunkan kepada anak-anak murid. Melihat ada yang menggenggam emas, perak, gangsa dalam acara yang mereka sertai, ada rasa bangga, terharu dan syukur atas kejayaan mereka.    Untuk menggenggam pingat, b...

Di Antara Ombak dan Redha

Dia hanyalah seorang perempuan, yang masih belum usai urusan dunianya, melewati relung masa dengan langkah yang digagahkan, bukanlah dia kuat sepanjang jalan, cukup untuk membawa hati yang penuh dengan takungan berbagai-bagai perasaan; kadang membuatnya lemas di tengah jalan, kadang membuatkannya tersungkur tersadung batu, kadang membuatnya menjerut leher sendiri. Likat hitam malam, sunyi menggenggam jiwa, hanya Tuhan dia mengharap, agar tersahutkan, setiap raungan jiwa itu. Tidak cukupkah perasaan ditinggalkan itu cukup sekadar sekali? Datang berkali-kali bagai ombak menunjal-nunjal kepala, Tidak sempat menarik nafas aman, Datang lagi badai, menghempas lagi, Sehinggalah, Akhirnya, terdampar di tepian; dada berombak kencang tetapi selamat. Semua rasa itu dirayakan, semua rasa itu diselami, dijiwai sehingga damai datang. Berkali-kali ditampar dengan kehilangan, Satu-satu pergi, meninggalkan, Bukannya dia tidak bersyukur, malah sangat bersyukur, Bercanda tawa, tangan kaki gerak bekerja, ...

4 hari 3 malam di Ho Chi Minh

Image
Assalamualaikum WBT Phew, alhamdulillah, penghujung 2025 -- akhirnya dapat berkelana ke luar negara bersama mak dan abah. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cerita sepanjang 4 hari 3 malam kami di Ho Chi Minh, Vietnam. Ini kali pertama saya ikut trip besar, dalam 25 orang, private trup ke Ho Chi Minh bersama emak dan rakan-rakan guru & staf sekolahnya. Jadi, saya join sekali trip ini, alang-alang dapat berjalan dengan emak dan abah. Post Office Pilih baju di Linda Wholesale Pho dan Bhanh Mi Hari Pertama - 26 Disember 2025 Kami bergerak malam 25/12 dari Kuantan ke KLIA2. Kami naik bas awal, sampai saja di Petronas, kami sempat tidur 3-4 jam di dalam bas. Kemudian, pukul 5 pagi kami ke KLIA2, makan sarapan awal pagi, dan solat subuh di sana.  6:30 pagi, kami berkumpul dan diberikan briefing sedikit oleh staf In Saff Travel. Oh ya, kami pergi di bawah In Saff Travel & Tours. Selepas itu, kami checked in, terus masuk ke boarding ga...

28 November 2025 - Banjir Kuala Lipis

Image
Sepatutnya sebagai seorang guru bahasa, saya mungkin boleh buat tajuk penulisan yang lebih berbahasa dan bernyawa, tapi saya memilih untuk menulis tajuk seperti di kebiasaan artikel berita saja. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama saya menghadapi banjir di Kuala Lipis sepanjang tiga tahun saya di sini. Perasaan yang menghentam saya sehari dua ini amat memenatkan tapi kita bertahan dan terus kuat terutamanya untuk anak-anak pelajar SPM serta amanah tugas warden yang diberikan. Jadi, seringkas itu tajuknya, buat saya yang terkejut! Bermula Rabu dan Khamis lagi (26-27/11/2025), hujan sekejap turun sekejap berhenti, tetapi pada Khamis, hujan gerimis dan renyai turun tanpa henti. Hati saya cukup berdebar kerana hujan yang berlarutan serta laporan MET tentang taufan Senyar itu pun sudah memberikan petanda. Khamis malam, kumpulan WhatsApp naik notifikasi tanpa henti. Jadi, PdPC pada Jumaat dibatalkan dan OPS PAYUNG perlu dilancarkan. Jumaat, 28/11/2025 kami seluruh warga sekolah, bergot...

Saya Guru Bukan Opsyen Bahasa Inggeris

Image
Assalamualaikum WBT.  Phew, dah lama tak menulis tapi hari ini terasa nak menulis dan berkongsi rasa tentang pengalaman saya mengajar Bahasa Inggeris sebagai seorang guru non-opsyen. Saya ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris bermula Julai 2023, jadi kurang lebih dua tahun saya mengajar Bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan 2. Mengapa saya mengajar Bahasa Inggeris sedangkan saya bukan opsyen Bahasa Inggeris? Tempat untuk guru-guru Bahasa Inggeris ada di sekolah-sekolah cuma isunya apabila kekurangan guru. Jadi, apabila saya posting ke sekolah yang saya mengajar sekarang, ada kekurangan guru Bahasa Inggeris. Jadi, saya menyahut cabaran untuk mengajar subjek yang saya kira, sudah seperti bahasa ketiga saya. Manakan tidak, saya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina, jadi Bahasa Inggeris tidaklah digunakan selalu dalam perbualan harian.  Apakah jangkaan pertama kali perlu mengajar subjek Bahasa Inggeris? Saya akui, Bahasa Inggeris bukanlah satu subjek yang kita boleh terus mengajar ...

Review: Rasa Damai Wellness, Kuantan - Pusat Refleksologi

Assalamualaikum WBT Phew! Tak sangkanya, saya menulis blog dari zaman persekolahan, sehinggalah sekarang sudah dewasa, bekerja. Alhamdulillah, semoga ada manfaatnya kepada pembaca serta kepada saya. Sudah lama juga tidak menulis blog, agak kekok pula rasanya. Pulang ke Kuantan, duduk bersama emak dan abah, berkursus di Kuantan selama 3 hari, memberi saya ruang dan masa yang lebih untuk beristirehat. Badan saya memang sengal-sengal, makin lama rasa memandu Lipis-Kuantan-Lipis buat badan saya lesu. Gembira berjumpa ayahanda bonda tersayang tetapi pinggang dan bahu juga sudah beri signal. Jadi, saya Google dan akhirnya, jumpa tempat untuk urutan satu badan di Indera Mahkota 7. Apa lagi, terus saya buat tempahan dan hadir pada waktu yang dijanjikan. Sesi urutan satu badan selama 1 jam memang melegakan. Kak Azah juga pernah mengurut kaki saya yang terseliuh zaman saya belajar dulu. Urutan refleksologi kaki memang padu! Hilang sengal-sengal, malah dengan kelebihan Kak Azah ini, beliau mengur...

Tukar dari Celcom ke Umobile

Image
Assalamualaikum WBT Bekerja sebagai guru yang kadang perlu berkursus, mesyuarat ke sana sini, kadang ada tempat tidak ada kemudahan Wifi.  Jadi, selama ini saya bertahan dengan Celcom, tetapi kuota Hotspot yang ada tidak mencukupi. Setelah berfikir panjang, saya sudah nekad untuk bertukar kepada line Umobile. Pakej yang lagi menarik dan  memberi manfaat. Namun, saya tidak mahu menggunakan nombor telefon baru. Jadi, saya telah ke Service Center UMobile di bandar Kuantan untuk servis Mobile Number Portability (MNP) , kiranya saya ingin mengekalkan nombor lama. Jadi, saya ke Umobile Kuantan Sentral, dan sepantas kilas, selesai. Langkah-langkah: 1. Pergi ke mana-mana Umobile Authorized Seller, boleh cari Umobile Store Locator. 2. Bawa IC. Jumpa seller .  3. Nanti seller akan daftarkan, dan akan beri simkad baru & bayar. Selesai! 4. Kemudian, kita tunggu sahaja mesej daripada telco asal untuk Port Out. Ikut langkah yang dinyatakan. Keluarkan simkad lama, masukkan yang baru...