Posts

Showing posts from 2025

Tukar dari Celcom ke Umobile

Image
Assalamualaikum WBT Bekerja sebagai guru yang kadang perlu berkursus, mesyuarat ke sana sini, kadang ada tempat tidak ada kemudahan Wifi.  Jadi, selama ini saya bertahan dengan Celcom, tetapi kuota Hotspot yang ada tidak mencukupi. Setelah berfikir panjang, saya sudah nekad untuk bertukar kepada line Umobile. Pakej yang lagi menarik dan  memberi manfaat. Namun, saya tidak mahu menggunakan nombor telefon baru. Jadi, saya telah ke Service Center UMobile di bandar Kuantan untuk servis Mobile Number Portability (MNP) , kiranya saya ingin mengekalkan nombor lama. Jadi, saya ke Umobile Kuantan Sentral, dan sepantas kilas, selesai. Langkah-langkah: 1. Pergi ke mana-mana Umobile Authorized Seller, boleh cari Umobile Store Locator. 2. Bawa IC. Jumpa seller .  3. Nanti seller akan daftarkan, dan akan beri simkad baru & bayar. Selesai! 4. Kemudian, kita tunggu sahaja mesej daripada telco asal untuk Port Out. Ikut langkah yang dinyatakan. Keluarkan simkad lama, masukkan yang baru...

Kemahiran yang Wajib Guru Pelajari #dasarpendidikandigital

Image
Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera! Hari ini saya nak kongsikan beberapa kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai guru-guru yang bakal posting serta guru-guru yang sudah berpengalaman juga. Kemahiran-kemahiran yang saya ingin kongsikan bukan saja memudahkan kerja, malah menjimatkan masa serta yang paling utama, sebagai nilai tambah dalam diri para guru yang dipilih oleh Allah SWT. Baiklah, jadi jom kita cuba buat kemahiran-kemahiran di bawah ini: 1) Kemahiran Berucap Saya merupakan seorang yang sangat darah gemuruh. Masih saya ingat ketika di Tingkatan 1, saya perlu berucap secara spontan dalam Bahasa Inggeris. Usai berucap hanya selama 5 minit, saya terus berasa sesak nafas, sakit perut dan akhirnya saya demam selama lebih 4 hari. Jadi, sedari itu saya sedar, saya bukanlah seorang yang boleh bercakap secara spontan atau memberikan ucapan spontan.  Kini, saya sudah bergelar seorang guru. Tidak boleh lari daripada perlu bercakap di hadapan pelajar. Jadi, saya cuba menambah ba...

Cara Menjejaki Telefon Bimbit atau Tablet Android Yang Hilang

Image
Hai assalamualaikum wbt! Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua, satu cara yang pastinya dapat melegakan hati yang gundah mencari telefon/tablet kita yang tertinggal atau hilang atau tercicir. Langkah-langkah ini juga saya dapatkan jawapan dari internet:  How to Locate or Track an Infinix Xpad (klik sini).  Jadi, jom kita ambil tahu Cara Menjejaki Telefon Bimbit atau Tablet Android Yang Hilang. Sebelum apa-apa buruk berlaku kepada tablet/telefon, kita perlulah ingat dan lalukan beberapa perkara. 1) Tablet/telefon mestilah sync dengan Google account kita.  2) Tablet mesti connect dengan internet. Jadi, dua hari telefon saya tertinggal di kawasan sekolah. Disebabkan saya cari-cari geledah tak jumpa, saya pun menggunakan cara yang moden ini. 1) Saya pergi pada pautan ini: Find My Device (klik sini) 2) Pada pautan ini akan auto cari device kita yang sedia sync dengan Google Account kita. Maka, keluarlah nama tablet Infinix Xpad saya. 3) Jadi, saya pun pergi ke lokasi y...

3 Bengkel Digital Yang Bermanfaat kepada Pelajar

Image
3 Bengkel Digital Yang Bermanfaat kepada Pelajar Hai assalamualaikum wbt! Dapatan tahun 2024, terdapat beberapa perkara yang saya ingin kongsikan, terutamanya aktiviti-aktiviti atau bengkel-bengkel yang telah dilaksanakan di sekolah, yang saya rasa sangat menarik dan berbaloi untuk cikgu-cikgu di luar sana mencuba! Jadi, hari ini saya ingin kongsikan 3 bengkel digital yang boleh kita anjurkan kepada pelajar. Bengkel-bengkel ini semestinya akan memberi nilai tambah dan spark kepada pelajar untuk terus menerokai perkara baharu dalam hidup mereka. 1. Bengkel Canva Menerusi bengkel ini, para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran mereka bentuk poster, kad, brosur dan pelbagai lagi. Jadi, guru boleh berkongsi perkara-perkara asas tentang fungsi-fungsi Text, Elements, Upload, Apps dan banyak lagi ciri Canva. Jadi, usai perkongsian, kita minta pelajar untuk mencuba, meneroka dan menghasilkan produk reka bentuk mereka. 2. Bengkel Arduino Menerusi bengkel Arduino, pelajar akan didedahkan den...