3 Bengkel Digital Yang Bermanfaat kepada Pelajar


3 Bengkel Digital Yang Bermanfaat kepada Pelajar

Hai assalamualaikum wbt!

Dapatan tahun 2024, terdapat beberapa perkara yang saya ingin kongsikan, terutamanya aktiviti-aktiviti atau bengkel-bengkel yang telah dilaksanakan di sekolah, yang saya rasa sangat menarik dan berbaloi untuk cikgu-cikgu di luar sana mencuba!

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan 3 bengkel digital yang boleh kita anjurkan kepada pelajar. Bengkel-bengkel ini semestinya akan memberi nilai tambah dan spark kepada pelajar untuk terus menerokai perkara baharu dalam hidup mereka.

1. Bengkel Canva

Menerusi bengkel ini, para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran mereka bentuk poster, kad, brosur dan pelbagai lagi. Jadi, guru boleh berkongsi perkara-perkara asas tentang fungsi-fungsi Text, Elements, Upload, Apps dan banyak lagi ciri Canva. Jadi, usai perkongsian, kita minta pelajar untuk mencuba, meneroka dan menghasilkan produk reka bentuk mereka.

2. Bengkel Arduino

Menerusi bengkel Arduino, pelajar akan didedahkan dengan ciri-ciri asas untuk memprogramkan sesuatu reka bentuk, berdasarkan hardware atau software yang mereka pelajari. Jadi, dengan kemahiran berfikir yang kreatif dan inovatif, semestinya pelajar akan cuba menghasilkan sesuatu produk atau inovasi yang akan menghadiahkan senyuman kepada para guru.

3. Bengkel Fotografi atau Videografi

Sesetengah sekolah telah menubuhkan Kelab atau Kru Media, Dokumentasi, Redaksi, Majalah, TVPSS yang terlibat secara total dan kuat untuk dokumentasi sesebuah sekolah. Jadi, inilah masanya kita memberi kepercayaan total kepada para pelajar untuk menghasilkan karya gambar, video, buletin sekolah dengan kreativiti mereka sendiri. Jadi, dengan mengadakan bengkel ini, mereka dapat berkarya bebas tetapi berdisiplin dalam menghasilkan karya kreatif.

Jadi, cikgu-cikgu, ayuhlah kita merancang dan melaksanakan usaha-usaha yang tampak kecil tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada anak-anak pelajar. Semestinya, bengkel-bengkel seperti yang dinyatakan di atas ini perlulah dilaksanakan dalam jangka masa yang berterusan, berperingkat, bersiri; agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka serta dalam masa yang sama guru dapat memberi komen, kritikan membina dan kerjasama agar hasil dan kemahiran pelajar bergerak ke arah yang lebih positif.

Selamat maju jaya kepada kita semua!

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Kau Belajar dekat China?

Temuduga IPG : Sejarah 2015