Posts

Showing posts from 2022

Review: Sunscreen Beauty of Joseon

Image
  Assalamualaikum wbt!  Hah, jarang sekali nak share hasil skincare cuma kali ini rasa nak share juga sebab result dia betul-betul ohsem! Saya beli sunscreen ini di Tiktok Shop dengan harga promosi RM35/50ml. Pertama kali saya gunakan produk ini, terus jatuh hati!  Teksturnya nampak pekat tapi tidak meninggalkan rasa berminyak di muka malah terus meresap dalam kulit. Kulit terasa lembab dan selesa di muka. Tidak seperti sebelum ini, saya memang pengguna sunscreen Biore kerana kulit saya kering ketika belajar di Beijing. Cuaca yang kering, menjadikan muka berasa sedikit ketat dan flaky menjadikan sunscreen Biore UV Watery Essence memang favorite saya sepanjang zaman belajar. Pulang saja ke Malaysia, saya masih tidak menjumpai sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit. Cuaca Malaysia yang lembab dan panas ini, serta alergik turut menambahkan masalah pada kulit muka saya. Akhirnya saya bertekad untuk mencuba produk ini dan hasilnya sangatlah ohsem! Muka saya jenis oily-combo s

Mengajar Murid Genius di Kolej Genius Insan, USIM

Image
My gucci gang! Awesome teachers, I learnt a lot from them. Assalamualaikum WBT Kalau sebelum ini pada Jun saya berpraktikum di Akademi Sains Pendang, pada September yang lalu saya berpraktikum di Kolej Genius Insan USIM (KGI). Alhamdulillah a'la kulli hal! Betapa beruntungnya saya dapat merasakan pengalaman yang mahal ini. Selama seminggu kami berkampung di USIM, pada waktu yang sama SUKMA 2022 juga dilaksanakan. Inilah kali pertama saya ke USIM dan sungguh mengujakan! Teruja saya melihat Velodrom Nasional terletak betul-betul di hadapan pintu pagar USIM dan betapa terujanya saya masuk ke dalam USIM.  Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam KGI, terus hati kecil saya berkata, "Bertuahnya pelajar di sini." Untuk pengetahuan anda, Genius Insan  merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia.  Fokus utama dalam program yang dira

Cara Bayar Kompaun MBK dengan PahangGo

Image
Kredit: Majlis Daerah Jerantut Assalamualaikum WBT! Teringat pula 4 Ogos yang lepas, kereta kena kompaun RM30 sebab tak bayar parkir kereta. Wah, boleh pula selama ni bayar je parkir di bandar raya Kuantan ni, nak dijadikan cerita, 4 Ogos 2022 tu boleh pula tak bayar parkir di sekitar Kolej Widad tersebut. Dah terselit kompaun dekat wiper kereta. Untuk kompaun di bandar raya Kuantan ini, boleh terus bayar di apps PahangGo . Tidak perlu bersusah-payah cari tempat untuk bayar kompaun. Esoknya terus saya bayar kompaun yang berjumlah RM30 di apps tersebut.  Hanya masukkan maklumat yang diperlukan dan selesailah pembayaran kompaun tersebut.  Aduhai.  Ingat!  Selesaikan kompaun tak lebih daripada tempoh sebulan, kalau tidak, nilai kompaun semakin bertambah. Jika nak bayar waktu promosi pun boleh, boleh check announcements oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Facebook page mereka. Kadang-kadang mereka buka booth di pasar tani, pasar malam atau mana-mana event yang berlangsung di Kuantan.

Satu Hari Berjalan di Perlis

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah alhamdulillah, terasa laju saja tangan nak menaip pengalaman saya ke negeri Perlis Indera Kayangan untuk kali pertama ini. Perjalanan saya ke negeri Perlis ini sangatlah tidak dirancang dan sangatlah wow! Memang sesuailah bagi siapa-siapa yang mahu ke Perlis dalam masa sehari, tak kalut tapi agak laju hewhew. KAMPUNG IBU, AYER HITAM, KEDAH Let's go! Kolam ikan air masin Pukul 9 pagi, saya bersama ibu dan abah keluar ke destinasi pertama iaitu kolam ikan abah di kampung ibu di Ayer Hitam. Mashaallah, punya terkejut saya, besar benor kolamnya. Ada dua kolam ikan abah, dua-dua penuh ikan. Teruja weh! Ibu & abah bagi makan ikan dulu sebelum kami bergerak ke Perlis. Saya pun ikut sekali dekat belakang, seperti rusa masuk kampung. Terkedek-kedek saya dekat belakang merasai sendiri pengalaman yang seronok ni! DATARAN EMPANGAN TIMAH TASOH Usai bagi ikan makan, kami pun bergerak ke destinasi pertama di Perlis iaitu Dataran Empangan Timah Tasoh. Lebih ku

Menjejaki Kasih Ibu & Abah di Kedah

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk hidup dan mencari-cari makna hidup untuk sentiasa berbalik semula kepada-Nya! Alhamdulillah thummalhamdulillah! Tanpa saya sangka, pada umur saya 25 tahun ini, akhirnya saya dapat menjejaki kasih ibu & abah saya di Kedah. 25 tahun sudah saya bernafas, ada saat-saat saya akan tiba-tiba saja teringatkan detik yang lalu. Antaranya ialah kenangan bermain rounders, basikal, tembak-tembak dengan anak-anak tentera yang lain di TUDM Subang dulu. Selain itu, kenangan bersama rakan-rakan yang antara nama yang terpahat dalam ingatan saya; Omar, Kamarul, Azizah di SK Bukit Jelutong. Kemudian, 2005 saya berpindah ke Kuantan dan semakin lama saya seolah-olah tidak dapat mengorek kembali akan detik-detik zaman kanak-kanak saya di TUDM Subang. Hanya yang benar-benar saya ingat saja yang betul-betul terpahat dalam ingatan. Sepanjang beberapa tahun ini jugalah saya selalu dibayangi kenangan detik perpisahan bersama pengasuh yang saya pan

Mengajar Murid Pintar Cerdas Berbakat di Akademi Sains Pendang

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan ruang untuk masih bernafas dan hidup! Kali ini saya diberi peluang untuk mengenali, memahami dan mengajar murid-murid pintar cerdas dan berbakat.  Siapakah murid pintar cerdas dan berbakat? Mengikut laman web National Association for Gifted Children , murid pintar cerdas dan berbakat ialah mempunyai keupayaan untuk berprestasi—pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain yang mempunyai umur, pengalaman dan persekitaran yang sama dalam satu atau lebih domain. Umur kognitif mereka tidak sama dengan umur biologi mereka, malah lebih tinggi. IQ mereka tinggi berbanding kanak-kanak yang setara malah terdapat beberapa sifat lain yang kita boleh lihat apabila bersama-sama dengan mereka. Contoh, murid-murid di Akademi Sains Pendang ini, ketika umur mereka tingkatan 1, mereka sudah belajar Kimia Tingkatan 4 malah mereka sudah boleh meneroka dan berfikir lebih jauh daripada itu.  Bagi mengenali mereka dengan lebih mendalam,

Temuduga SPP 2022 Secara Bersemuka

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah, dapat juga mencuri masa dan ruang untuk menulis sebuah pengalaman yang saya kira sangat berharga iaitu menghadiri Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Pada 31 Mei 2022, lebih kurang pukul 11:30 malam, rakan saya menelefon saya dan memberitahu SPP sudah membuat hebahan untuk panggilan temuduga pegawai pendidikan DG41. Saya terus klik pautan yang dikongsi, masukkan nombor IC dan akhirnya, dipanggil untuk temuduga! Alhamdulillah. Tarikh temuduga saya adalah pada 8 Jun 2022. Wah, seminggu saja lagi untuk menghadiri temuduga. Dalam masa beberapa hari untuk persediaan temuduga, saya sangatlah berdebar, makan tak kenyang, tidur tak lena, dada terasa berat saja. Terlalu berdebar sehingga setiap langkah saya akan teringatkan hari-hari temuduga yang mendatang.  Dalam masa beberapa hari itu juga saya membaca tips dan jenis soalan yang pernah disoal kepada calon-calon temuduga terdahulu. Dalam masa yang sama, saya menyediakan dokumen-dokumen yang d

Cara Perbaharui Lesen Secara Atas Talian (Renew License Online)

Image
Assalamualaikum WBT. Hari ini saya nak berkongsi cara-cara untuk kita perbaharui lesen tanpa perlu ke kaunter! Sangat mudah. Hanya perbaharui lesen memandu secara atas talian sahaja! Langkah 1 Layari laman web Lesen2u (klik sini) . Kemudian, anda akan nampak paparan seperti gambar di bawah: Langkah 2 Klik pada butang "Perbaharui Lesen Memandu". Kemudian, isi semua maklumat dengan betul dan tepat, dan klik "Hantar Permohonan dan Buat Bayaran." Mudah saja, kan? Kadar Bayaran Seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah, kadar bayaran untuk setahun ialah RM100, 2 tahun sebanyak RM155 dan paling maksimum 5 tahun ialah RM290. Beza harga promosi dengan harga asal!

Cara Tukar Kad Debit Maybank di Maybank2U

Image
Assalamualaikum WBT Saya nak kongsi cara yang paling senang nak ganti kad debit Maybank secara atas talian sahaja! Kad debit Maybank saya luput pada tarikh 31/01/2022, jadi saya dapat mesej daripada Maybank pada awal bulan untuk tukar kad debit.  Jadi, kita ada dua pilihan nak tukar kad tersebut, sama ada secara atas talian (Maybank2U) atau pergi saja ke mana-mana cawangan Maybank. Saya memilih untuk menukar kad tersebut di laman web Maybank2U sahaja! Caranya mudah saja, hanya ikut saja arahan pada pautan ini: Cara Tukar Kad Maybank di Maybank2U . Satu-persatu langkah diajar untuk kita buat sendiri. Yang penting, kad dapat ditukar secara percuma! Namun begitu, perlu untuk kita tahu, jumlah wang sebanyak RM12 akan dipotong terlebih dahulu. Kemudian, saya menunggu lebih kurang 14 hari (termasuk hari cuti) untuk dapatkan kad baru yang dipos terus ke alamat rumah kita. Setelah saya aktifkan semula kad debit baru saya itu, beberapa hari kemudian saya dapat semula wang RM12 tersebut.  Mudah