Review: Sunscreen Beauty of Joseon
Assalamualaikum wbt!
Hah, jarang sekali nak share hasil skincare cuma kali ini rasa nak share juga sebab result dia betul-betul ohsem! Saya beli sunscreen ini di Tiktok Shop dengan harga promosi RM35/50ml. Pertama kali saya gunakan produk ini, terus jatuh hati!
Teksturnya nampak pekat tapi tidak meninggalkan rasa berminyak di muka malah terus meresap dalam kulit. Kulit terasa lembab dan selesa di muka. Tidak seperti sebelum ini, saya memang pengguna sunscreen Biore kerana kulit saya kering ketika belajar di Beijing. Cuaca yang kering, menjadikan muka berasa sedikit ketat dan flaky menjadikan sunscreen Biore UV Watery Essence memang favorite saya sepanjang zaman belajar.
Pulang saja ke Malaysia, saya masih tidak menjumpai sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit. Cuaca Malaysia yang lembab dan panas ini, serta alergik turut menambahkan masalah pada kulit muka saya. Akhirnya saya bertekad untuk mencuba produk ini dan hasilnya sangatlah ohsem!
Comments
Post a Comment
Ya, saya?