Mengajar Murid Pintar Cerdas Berbakat di Akademi Sains Pendang



Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan ruang untuk masih bernafas dan hidup! Kali ini saya diberi peluang untuk mengenali, memahami dan mengajar murid-murid pintar cerdas dan berbakat. 

Siapakah murid pintar cerdas dan berbakat?

Mengikut laman web National Association for Gifted Children, murid pintar cerdas dan berbakat ialah mempunyai keupayaan untuk berprestasi—pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain yang mempunyai umur, pengalaman dan persekitaran yang sama dalam satu atau lebih domain. Umur kognitif mereka tidak sama dengan umur biologi mereka, malah lebih tinggi. IQ mereka tinggi berbanding kanak-kanak yang setara malah terdapat beberapa sifat lain yang kita boleh lihat apabila bersama-sama dengan mereka. Contoh, murid-murid di Akademi Sains Pendang ini, ketika umur mereka tingkatan 1, mereka sudah belajar Kimia Tingkatan 4 malah mereka sudah boleh meneroka dan berfikir lebih jauh daripada itu. 

Bagi mengenali mereka dengan lebih mendalam, boleh lawati laman web tersebut. Kadang-kadang kita menganggap anak-anak kita itu pelik berbanding dengan kanak-kanak lain; tidak suka kepada perkara yang mudah, suka perkara yang susah dan mencabar, emosi yang turun naik, serta banyak lagi atitud yang kita rasa tidak normal. Walaupun begitu, anak-anak itu sebenarnya satu anugerah yang sungguh bernilai, yang perlu kita selami dunianya, yang perlu kita bantu untuk gilap bakat dan kecerdasannya, yang perlu kita berikan sesuatu yang memenuhi keperluannya. 

Akademi Sains Pendang, Kedah

Kolej GENIUS Insan, USIM

Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM


Murid Pintar Cerdas dan Berbakat di Malaysia

Malaysia juga mempunyai anak-anak istimewa yang dihadiahkan oleh Allah SWT, dilahirkan ke dunia dengan bakat yang perlu digilap supaya lebih bersinar terang. Mereka inilah bakal penggegar dunia dan permata negara. Jadi, untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka ini, terdapat beberapa pusat yang menempatkan anak-anak pintar ini seperti di Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM, Kolej GENIUS Insan USIM dan Akademi Sains Pendang, KedahUntuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah, pedagogi dan silibus yang mereka gunakan di pusat genius ini, boleh klik pada pautan tersebut. 

Suka saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya praktikum di Akademi Sains Pendang selama seminggu. Dalam waktu yang singkat ini, banyak perkara yang saya belajar, yang boleh menjadi pedoman dan motivasi kelak. Perkara pertama yang saya rasa سُـبْـحَـانَ ٱلله sangat adalah pelajar Tingkatan 1 sudah boleh menguasai subjek Kimia, Fizik, Biologi Tingkatan 4 dan 5. Selain itu, ketika mereka belajar bahasa Mandarin, mereka mudah meresap ilmu dan hanya memerlukan sedikit dorongan sahaja daripada guru untuk mereka mempraktikkan dan bercakap dengan yakin.

Wah, mereka ini benar-benar permata yang berharga. Allah telah mengurniakan mereka kecerdasan kognitif yang luar biasa berbanding anak-anak lain yang sama umur dengan mereka. Semoga usaha kita dalam menjaga dan memenuhi keperluan mereka dapat membina jati diri anak-anak pintar cerdas ini untuk terus maju jaya dan memaknai erti hidup pada memberi, inshaAllah. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?