Cara Pos Barang Menggunakan Pgeon dari Rumah Sahaja!


Musim pandemik sekarang memang menguji tahap kemampuan dan kesabaran semua orang. Semua orang terjejas dan diuji dengan ujian yang berbeza. Benarlah, hanya Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Semoga kita dilapangkan dada dan sentiasa bergantung harap kepada Allah. 

Jadi, ramai juga beralih kepada berbisnes, membuat bisnes dengan ruang dan peluang yang ada. Urusan untuk pos barang pun semakin ditambah baik dan mempunyai banyak pilihan. Sebelum ini saya pernah menulis entri cara untuk pos barang dengan mendaftar di laman web Easy Parcel (boleh klik di sini). Kini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk pos barang di dua laman web lain iaitu Pgeon

1) Kenapa saya pernah menggunakan perkhidmatan ini? Bukankah Pgeon juga turut ada dalam sistem Easy Parcel?

Ha, ini adalah kerana Easy Parcel memerlukan kita untuk topup paling sikit RM20, tetapi barang yang saya hendak hantar tidak sampai RM20 caj pengeposannya. Jadi, saya cuba memikirkan cara lain untuk pos barang dengan harga berpatutan dan menjimatkan. 

2) Kenapa saya tidak saja pergi ke mana-mana pejabat JnT atau Poslaju untuk pos barang? 

Jawapan saya, pabila ada promosi atas talian, saya akan menggunakan cara yang lebih menjimatkan. Dengan syarat, di rumah ada printer kerana kita perlu print AWB untuk ditampal atas bungkusan. 


PGEON DELIVERY

Pgeon merupakan satu syarikat kurier yang saya boleh kata baru juga. Promosi di Pgeon sangat tidak masuk akal, kerana saya menggunakan Pegon untuk menghantar barang pada bulan Ramadan kepada adik saya di Melaka dan juga Johor, yang mengandungi kopi 3 in 1, biskut dan sambal kering yang beratnya hampir 6 kg tetapi saya hanya membayar RM6 sahaja. Sangat murah!

Selain itu, saya juga mengirim buku kepada pembeli di Terengganu serta kerja kursus kepada pensyarah saya di Seremban, bukan saja murah dengan harga RM6 tetapi setakat ini perkhidmatan Pgeon sangat laju! 

Klik pautan ini: Pgeon, untuk mendaftar dan isi sahaja pilihan yang ada mahukan. Meh sini saya ajarkan. Setelah anda mendaftar, masukkan poskod rumah anda, penerima dan tuliskan berat barang yang anda ingin pos. Contohnya, saya tulis di bawah, poskod saya 25200 dan saya ingin kirimkan kepada pensyarah saya di Negeri Sembilan di poskod 70400.


Kemudian, lihat pula pada bahagian di sebelah kanan: Choose Your Service. Saya memilih Door to Door. Ini bermaksud, runner akan mengambil barang di rumah kita dan akan menghantar sehingga sampai ke rumah penerima. Biasanya, runner akan mesej atau menelefon kita untuk beritahu pukul berapa dia akan datang untuk ambil barang. 

Kemudian, isilah maklumat kita dan maklumat penerima serta ilih tarikh untuk pos barang anda. Seterusnya, kita akan lihat pula paparan  seperti gambar di bawah.



Seperti yang kita lihat, harga ialah RM6.29. Yang saya suka tentang Pgeon adalah saya tidak perlu topup terlebih dahulu. Saya boleh saja terus bayar mengikut kuantiti bayaran yang dikehendaki. 


Jadi, saya hanya perlu klik saja pada Credit Card, isi nombor kad dan maklumat berkenaan serta bayar di situ saja. Tidak silap saya akan ada caj yang dikenakan sebanyak RM1 tetapi sangat berbaloi sekiranya Pgeon membuat promosi kerana harganya sama sahaja jika kita ke pejabat pos atau menggunakan Easy Parcel. 

Settle! Tunggu saja runner datang ambil barang.

Semoga membantu, InshaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?